Jumaat, 1 April 2011

Matematik Jari

Aku tak pasti sama ada cara ini ada diajar disekolah atau tidak tetapi ini adalah kaedah yang aku guna dari kecik dulu. Kira guna jari.

Kaedah Jari Sifir 9

Aku nampak sekarang dah ramai yang guna kaedah ini. Aku pun tak tahu siapa yang menyerbarkannya dan orang yang merekanya ini memang banyak jasanya kepada orang ramai.

Kaedah ini menggunakan paling tidak 10 jari tangan. Sebagai contoh 9*3. Nota: Aku gunakan * kerana aku tak mahu orang salah anggap dengan x sebagai x bukan sebagai darab dan memang * digunakan dalam pengaturcaraan.

[|||||]  [|||||]

Anggapkan | ini sebagai jari tangan dan aku asingkan menggunakan []. Untuk 9*3 anda hanya perlu menutup jadi yang ketiga daripada kiri. Atau kata lainnya tutup jari tengah tangan kiri. Aku wakilkan jari yang ditutup sebagai ‘,’.

[||,||]  [|||||]

Maka akan nampak pengasingan diantara dua bahagian, bahagian pertama adalah puluh dan bahagian kedua adalah sa. Maka 9*3=27.

Fasa & Set

Tetapi ada yang kemusykilan dalam hati aku, kalau 11*9 macam mana? 17*9 macam mana? Setelah aku pikirkan maka aku jumpa. Kaedah jari ini ada fasa-fasanya. Dalam Fasa 1, hanya 1 jari ditutup dan fasa ini hanya berguna untuk sifir 9 daripada 9*1 sehingga 9*10 sahaja.

Manakala untuk 9*11 sehingga 9*20 dimasukkan dalam Fasa 2. Untuk Fasa 2, anda perlu tutup 2 jari. Sebagai contoh 9*11.

[|||||]  [||||,] – Set 1

[,||||]  [|||||] – Set 2

Maka jika dilihat, ada dua bahagian didalam dua set ini, Untuk Set 1, angka yang akan keluar akan menjadi rumah puluh. Dalam contoh ini, 9 = 90. Dan Set 2 akan menjadi rumah puluh dan sa seperti mana 9*3 di atas. Maka jawapannya 9. Apabila ditambahkan, 9*11=99.

Mungkin ada yang tidak faham, maka aku terangkan dalam 9*17. Dalam 9*17 jari ke 6 dan 7 yang perlu ditutup pada Set 2.

[|||||]  [|||||] – Set 1

[|||||]  [,,|||] – Set 2

Maka untuk Set 1 = 100, Set 2 = 53, Set 1 + Set 2 = 153. Jika kita semak semula, 153/9=17.

Dan jika mahu mendarap seperti 9*25 pula, anda perlu mengunakan Fasa 3 yang mempunyai 3 Set. Dan perlu menutup 3 jari. Kaedah ini untuk 9*21 hingga 9*30

[|||||]  [|||||] – Set 1 = 100

[|||||]  [|||||] – Set 2 = 100

[||,,,]  [|||||] – Set 3 = 25

Set 1 + Set 2 + Set 3 = 225.

Nota: Kaedah ini sebenarnya tak sesuai untuk semua orang. Kerana takut lebih mengelirukan.

Kerja rumah: 9*73 berapa? Hint: ada 8 set. 8 jari perlu ditutup.

[|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][,,,,,]  [,,,||][|||||]

Tiada ulasan: