Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2010

Telinga Universal

Aku suka dengar lagu.
Tidak kira mana artis yang datang daripada Songbird aku sambut.
Daripada Elvis Presley, The Beatles, B.B.King dan Frank Sinatra
kepada instrumental macam Maksim,
Yang terkenal macam Greenday, Linkin Park, Queen dan John Mayer,
sampai la korang tak kenal macam Miester, 10-Feet dan Kartina Dahari....
baca selanjutnya di AMBNaC Wordpress didalam tajuk Telinga Universal.

Notakaki: Anda digalakkan untuk menukar feed kepada AMBNaC Wordpress kerana AMBNaC Blogspot sudah tidak aktif.

Khamis, 21 Januari 2010

Ralat Laman Thundermatch

Member aku mengidam dengan Razer Tarantula. Aku jalan-jalan tolong mencari harga sampai ke thundermatch. Dah jumpa. Harganya RM329.00. Ok tamat disitu. Belek-belek laman ni dan aku pelik kenapa keluar macam ni.



Benda ni akan keluar kalau aku tak pilih produk daripada kategori yang disediakan. Contohnya "keyboards & mice". Kalau aku tak piih produk sebagai contoh Razer, akan keluar ralat seperti gambar di atas. Tekan gambar untuk paparan yang lebih menarik.

Patutnya kalau orang pilih "keyboards & mice" dia akan bawa pengguna ke satu paparan yang akan tunjuk semua produk yang ada dalam kategori tu. Betul itu yang cuba diorang lakukan. Tetapi masalah ini berlaku seolah-olah diorang nak panggil sesuatu daripada database. Hiperrangkai ke produk ada. Dia tunjukkan melalui gambar. Oleh itu apa yang berlaku sebenarnya dalam ni? Mungkin ada orang yang boleh terangkan :p

Pelik dan aneh.

notakaki: di akhir ralat terdapat satu tulisan "[TEP STOP]"

Rabu, 20 Januari 2010

The Letter

Aku dapat tugasan berkumpulan untuk buat satu filem pendek. Kira-kira 30 minit. Dan tajuk telah dipilih, dirangka dan dinamakan The Letter secara tidak rasmi.

Dan bila dengar lagu I Call You Love dari Meister ni menyebabkan aku rasa nak buat ni jadi lagu ending. ok tak?



Sinopsis secara kasar The Letter
Mengisahkan seorang watak yang dahulunya jahat, samseng kampung, hidup dibandar atas tiket orang buangan oleh keluarga sendiri (rogol adiknya) dan masyarakat kampung menjadi insaf kerana dia merupakan seorang pesakit barah otak tahap akhir (penonton tidak akan tahu kenapa dia insaf secara terperinci). Perjalanan hidup dia daripada hospital di bandar ke kampungnya semula merupakan perjalanannya yang terakhir. Filem ini jika diikut rancangannya akan banyak main emosi dan menunjukkan kehidupan bandar yang 'kasar' dan kehidupan kampung yang 'lembut'. Dia balik ke kampung bukan dengan sambutan yang meriah tetapi dipandang serong dan keji oleh orang kampung malahan emaknya. Dan di babak babak terakhir dia nazak dan emaknya mengampunkan semua salahnya dan di atas meja terdapat satu surat yang akan ditunjukkan pada akhir cerita kenapa dia mati. menunjukkan bahawa sejahat mana pun seorang itu, emak tetap emak. keluarga tetap keluarga. sayang tetap sayang.

Konsep
cerita ni sebenarnya hanay satu eksperimen. sebab aku dan member semua tak ada pengalaman buat filem yang betul. Pengalaman terakhir aku buat filem masa matrik dulu. Saja aku nak ketengahkan cara yang unik daripada filem budak lain yang aku nampak macam terlalu banyak filem "skriptik" (aku reka sendiri, skrip + plastik). Filem ini akan banyak lagu dan kurang berkata. mungkin watak akan berkata tapi suara tak kedengaran. Dan hanya kadang2 akan keluar (macam semasa nazak, nafas dan ucapan terakhir). dan lagu atas tu akan masuk bila dia mula nak nazak.

Pendapat korang?

kemaskini_1: 20 Januari 2010

Isnin, 18 Januari 2010

Ucapan Sendiri

Tiba-tiba terkeluar ayat lebih kurang begini dalam benak kepala aku.
Ramai wanita boleh jadi awek aku, tapi hanya yang terpilih boleh jadi isteri aku
sekian, selamat malam.

Notakaki: aku makin lemas dengan dunia teknologi. Terlalu laju. Aku terlalu perlahan.

Ahad, 17 Januari 2010

Mayangsari, Dungun

Mayangsari nama diberi
Tempat bertemu dua pahlawan
Sekian lama sudah menanti
Perbetul tali persaudaraan

Telah dipilih ditepi pantai
Berombak kecil bertanah landai
Ada perkara perlu dilangsai
Bersidang sudah si bijak pandai

Terungkai sudah kusut dan ikat
Menjadi faham yang nian cindai
Harapnya kekal dan juga lekat
Seperti akar memegang pantai

Tibalah masa untuk berangkat
Dua pahlawan ke negeri adat
Kenangan tidak akan terlumat
Selagi nyawa dibadan tersemat


Disebuah lokasi yang dirahsiakan. kelihatan: pulau kapas (mungkin)


Tiga gadis milo memperagakan milo straw banyak lubang


Sudah tiba di Mayangsari, Dungun


Tulisan yang mengalukan kedatangan ke dewan


Tempat tinggal. Dorm yang ada kolam renang ikan di hadapannya


Aktiviti explorace. Tugasan ala PLKN


Antara mangsa dan pemangsa


Saket weh rambut kene ikat macam tu.


Lapar tidak mengenal... kamera


Hacking DoTA di Mayangsari


Penny: nanti kita datang lagi ya ~

Kredit
Sumber gambar ini adalah daripada beberapa akaun facebook pelajar IT dan Entech yang terlibat didalam Bengkel Pembangunan Pemantapan Kendiri 2010 Sesi 1 "Ke Arah Persediaan Menjalani Latihan Industri" atas kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu dan Angsaraya Resources pada 14-16 Januari 2010 di Mayangsari Resort, Dungun.

Artikel ini juga diletakkan di;
blog umt
comtech umt

Ahad, 10 Januari 2010

AJL24 Streaming

Amaran: Entri ini memerlukan kelajuan interent 220kbps untuk mendapatkan pembacaan yang optimum.

Ok, amaran itu tipu. Blog ini tidak sehebat ajl.tv3 yang memerlukan 220kbps untuk menonton secara langsung secara streaming. 220kbps. Jika anda mengambil pakej 1mpbs anda akan mendapat 180-200 kbps. Dengan itu secara automatiknya anda tidak layak untuk menggunakan khidmat ini. Dan jika anda berkongsi talian interent anda, anda lebih layak untuk tidak menggunakan khidmat ini.

Aku hanya sempat menggunakan hanya sebentar (sebelum AJL bermula) dan selepas itu semuanya menjadi lebih menggila. Aku mengalah.

Dan gambar-gambar ini sebagai tatapan kenangan AJL24 untuk aku.

Untuk menontonnya memerlukan codec tambahan, iaitu octoshape. Masalah utamanya adalah

Tiada hiperrangkai untuk Linux. Apa ni. Anti-Foss ke? Nasib baik di laman utama octoshape ada untuk Linux.

Dan selepas memasang, membuat sedikit konfigurasi tambahan boleh melihat acara backstage. Itu sebelum pukul 9.00 malam

Dan tepat 9.00 malam ini yang dapat dilihat

Penuh dengan log percubaan octoshape untuk memainkan AJL24 tersebut. Akhirnya aku mengalah, keluar makan dan pulang membuka NetBeans.
Mungkin selepas itu sudah kembali normal tetapi sudah malas. Dan hanya mengikuti perkembangan AJL24 menggunakan Twitter dan Facebook sahaja. Ternyata tag #AJL24 bolehtrending topic di Twitter.

Penutup
Tak kisah siapa yang menjadi pemenang, juara ataupun mendapat saguhati pada malam ini kerana aku membuka netbeans dan meneruskan PITA yang belum selesai. Tidak kisah apa yang terjadi sama ada baju hujan, rambut mop atau pun siaran terputus aku tetap tidak menonton. Bukan kerana tidak suka tetapi ada urusan yang belum selesai.

Sekian entri untuk malam ini, khas untuk AJL24.

Owh masa sudah hampir tamat, rasanya keputusan sedang diumumkan kerana rumah sebelah riuh rendah.

Jangan lupa, tatkala kita bersuka ada insan yang derita.

Notakaki: tv3malaysia mengumumkan bahawa AJL24 adalah acara atas talian terbesar di asia tenggara dengan jumlah penonton 18 ribu orang.

Sabtu, 9 Januari 2010

PITA Punya Pasal, Ku Gagahkan Jua

Adalah dengan ini aku dan rakan-rakan (mahu menggunakan ganti diri "aku" pula sekarang) mengumumkan kewujudan forum PITA yang diterbitkan khas untuk semua rakan-rakan sepejuangan yang sedang menghadapi PITA sekarang ini. Mungkin dapat membantu mereka daripada mati tidak terbantu kepada hidup kembali.

Walaupun aku dan rakan-rakan bukanlah pakar dalam hal sebegini sebenarnya tetapi kita bantu apa yang mampu.
Walaupun aku tidak menggunakan Windows, tidak menggunakan .net, tidak menggunakan mobile, kerana aku menggunakan linux, netbeans, glassfish, java, struts dan six sigma aku tetap mahu mencuba untuk membantu. Kita sama-sama bantu.

[forum PITA]

Notakaki 1: sebenarnya kerana terkenangkan kepada cara bantu membantu kini yang tidak terlalu membantu orang yang membantu (kurang faham abaikan)
Notakaki 2: bukan hanya untuk tahun akhir IT sahaja, mungkin tahun akhir - 1 juga boleh masuk sama. Mana tahu boleh membantu.
Notakaki 3: bukan hanya untuk PITA sahaja, tugasan juga dapat dibincang. Tetapi bukan untuk cedok tanpa perkongsian (memerlukan kerjasama)
Notakaki 4: bukan hanya untuk IT sahaja. Mana tahu kos lain mahu berbincang juga. Katakan sahaja kos anda untuk dihidupkan sub bod.
Notakaki 5: benda ini terjadi kerana forum didalam elearn masih tidak siap!

Jumaat, 8 Januari 2010

Antara Bakar & Hilang

Malaysia insider kata sudah empat gereja. di BAKAR
Redmummy post dalam facebook pasal budak HILANG

satu isu ketakutan pasal kekacauan dan darurat.
satu isu ketakutan pasal anak masing-masing.

moga dua isu ini segera selesai.
ada pihak bertepuk tangan kegembiraan

Rabu, 6 Januari 2010

Penggodam Malaysia Kantoi

Kuala Terengganu, 6 Januari 2010 - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditangkap dirumahnya oleh Skuad Polis Khas Bahagian Jenayah Siber dan dibantu oleh Interpol atas dakwaan mengodam pangkalan data penjenayah global. Dia yang dikenali sebagai Agent juga didakwa atas dakawaan mengodam pangkalan data akedemik sebuah universiti dunia dan juga sebuah pangkalan data sosial di Eropah. Pihak Interpol berjaya menahannya setelah penyiasatan selama 5 bulan yang lepas.

Menurut Ketua Interpol untuk misi ini, SSA Rossi; Agent adalah salah seorang daripada penggodam yang meningkat naik dan dia boleh dikategorikan sebagai penggodam yang berpengalaman dan berpotensi untuk melakukan masalah besar kepada dunia. Dia juga dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli Uplink: Hacker Elite. SSA Rossi menambah, sebenarnya bukan mudah untuk menjejak seorang penggodam kecuali dia sendiri melakukan kesalahan seperti meninggalkan jejak di dalam sistem yang telah digodamnya.

Pihak kami cuba menghubungi Sekuriti Malaysia atau MyCERT untuk maklumat lanjut tetapi tidak berjaya.

Sumber: Kosmong

Ahad, 3 Januari 2010

Six Sigma, Struts 2.1 dan JavaEE6

Kurang pasti apa masalahnya tetapi struts 2.1 tidak mahu berjalan jika digunakan JavaEE6 bersamanya. Dikatakan bahawa "action" untuk fail tidak dipetakan. Kurang pasti adakah masalah ini berpunca daripada Linux ataupun netbeans 6.8 atau JavaEE itu sendiri. Kerana masalah ini dihadapi jika menggunakan "plugin" tambahan Struts2 atau pun menggunakan "library" luaran. Mungkin masalah konfigurasi yang kurang diketahui dengan lebih lanjut. Oleh itu cara terbaik adalah menukarnya kembali kepada JavaEE5.

Oleh itu projek ilmiah tahun akhir Six Sigma Tools with Struts Framework menggunakan Struts 2.1 (library luar, bukan plugin) dan JavaEE5.

setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Kecuali semalam satu kecil yang kelakar.

Apabila mahu di "compare" antara data yang ada didalam pangkalan data dan juga apa yang dimasukkan oleh pengguna (ketika ujian untuk modul log masuk pengguna) masalah yang dijumpai adalah masalah nullPointerException. Setelah dicari dan dijalankan operasi "debug", operasi didalam databaseConnection.java akan berhenti dengan tiba-tiba apa bila sampai ke satu tahap (yang berwarna hijau).
public ResultSet selectQuery(String fields, String tableName, String cond, String orderBy) {
ResultSet resultSet = null;
try { resultSet = stmt.executeQuery("SELECT " + fields + " FROM " + tableName + ((cond == null || cond.equals("")) ? "" : (" WHERE " + cond)) + ((orderBy == null || orderBy.equals("")) ? "" : (" ORDER BY " + orderBy)));
}
catch (SQLException se) {
se.printStackTrace();
}
return resultSet;
}
Mudah kata operasi tersebut gagal. Terdapat beberapa yang membolehkan perkara itu berlaku. Antaranya ketika log masuk ke sistem pangkalan memberikan katalaluan atau nama pengguna yang salah. Ataupun parameter yang diberikan tidak betul. Sama ada nama table yang salah, atau nama lapangan yang salah. Tetapi dalam kes ini semuanya betul

Dan masalah tersebut di ketahui apabila teringat kembali masalah yang pernah dilalui oleh seorang rakan yang lain beberapa hari sebelum itu. Masalahnya sama, puncanya adalah dia tidak memasukkan library MySQL JDBC Driver.

Dan setelah dimasukkan library tersebut, data dapat di "compare" dengan baik.

Buat masa ini. Selesai.

Notakaki: Penulis kini sedang membina sistem untuk projek ilmiah tahun akhirnya yang bertajuk Six Sigma Tools with Struts Framework dan menggunakan Ubuntu 9.10, Linux 2.6.31, NetBeans 6.8, Struts 2.1.8.1.

Selasa, 29 Disember 2009

Roti Canai, Kerjaya & Kata Laluan

Kerjaya IT Luas
Terima kasih kepada tukang karut the ulek diatas tajuk "kerja IT sangat lumayan" yang menampilkan artikel daripada Harian Metro yang bertarikh 4 Ogos 2009. Menunjukkan bahawa IT bukan satu bidang "lelongan" bahkan ditakuti kerana dianggap satu bidang yang sukar. Mungkin kerana bidang IT ini terlalu luas untuk diringkaskan didalam satu perenggan ayat.

Surat Khabar Lama Lebih Popular
Percayakah anda kenyataan ini? Tatkala kita membuka bungkusan roti canai, nasi lemak bahkan semasa mahu membuangnya barulah berminat untuk membaca artikel tersebut. Aneh bukan? Lebih-lebih lagi artikel yang pelik-pelik seperti gay tertekan. Contoh terdekat adalah artikel kerjaya IT lumayan diatas.

Apa pun semalam Twitter telah mengeluarkan senarai kata laluan yang diharamkan untuk digunakan oleh pengguna Twitter. 370 369 kata laluan seperti 123456, iloveyou, password123 bahkan vagina. Semuanya dimasukkan oleh techcrunch kedalam satu fail txt untuk tatapan anda.

Mungkin perkara ini berlanjutan daripada masalah Conficker dahulu yang mempunyai 246 kata laluan yang akan diteka sebagai brute force semasa memecah masuk kedalam sistem rangkaian. Sumber: TechCrunch, Sophos, Gawker

Sabtu, 26 Disember 2009

Songbird, SkreemR & Penulis Baru

Bring It On Home To Me
Apa gila dikepala menyebabkan begitu minat dengan lagu blues yang satu ini. Mungkin penangan B.B. King yang berduet bersama Paul Carrack didalam album Deuce Wild. Penyanyi asal lagu ini adalah Sam Cooke. Masalah utamanya tiada dalam data simpanan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya. Percubaan mencari di Interent ternyata sukar kerana mungkin tidak reti bermain kata kunci di Google. Nasib baik ada Songbird.

Bila Burung Bernyanyi
Artikel tentang Songbird yang pertama didalam blog ini ditulis pada 7 Disember 2008. Ya, lebih setahun yang lalu. Pada masa itu versi 1.0 RC1 baru sahaja dikeluarkan. Digelar sebagai "iTunes Killer" dan kini Songbird baru sahaja mengeluarkan versi yang terbaru, Songbird 1.4.2. Antara lain perubahannya adalah pembentukkan bulu yang baru. Bulu di dalam Songbird dimaksudkan dengan tema. Daripada bulu yang berwarna putih kini telah menjadi ungu kehitaman. Mungkin ingin menampakkan lebih matang.


Aplikasi plugin juga telah semakin matang. Boleh didapati di laman rasmi Songbird untuk pengguna Windows (Win7 tidak ditawarkan secara rasmi, walaupun masih boleh dipasang), Linux dan juga Mac OSX. Oh tidak lupa, adakah anda tahu bahawa anda boleh memuat turun lagu di internet secara percuma dengan menggunakan Songbird dan SkreemR sebagai plugin?. Sumber: Songbird, lifehacker.com

SkreemR
Oleh kerana begitu minat dengan lagu tersebut, pencarian menggunakan SkreemR dimulakan. Dan hasilnya begitu memberansangkan. Lihat gambar di bawah:



419 hasil. Dan sehingga 100 yang pertama, 20 versi Bring It On Home To Me boleh dimuat turun. Perhatikan gambar yang menunjukkan ada butang download. Anda mungkin berminat jika anda mencubanya sendiri. Songbird

Intergrasi Bersama Karmic
Yang paling menarik adalah intergrasi bersama Linux Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) yang membolehkan notifikasi lagu yang dimainkan ditunjukkan menggunakan features notifikasi Karmic yang sedia ada. Sekali gus menunjukkan pengaruh Ubuntu dan Linux didalam Songbird bukan boleh diabaikan begitu sahaja.

Penulis baru
Sementara ini juga K dengan berbesar hatinya memperkenalkan penulis jemputan yang pertama didalam blog yang tidak popular ini. Beliau adalah penulis blog Sukiprettle, Sukiminna. untuk mengenali lebih lanjut tentang apa yang akan dibuat oleh Suki didalam blog ini, K rasa lebih baik Suki sendiri menulis serba sedikit.

Ok, kita tamatkan edisi hari ini.

Jumaat, 25 Disember 2009

Esok Cuti. Kurang RSS

WiMAX
Ini bukan cerita baru, hanya mahu memberi tahu kepada yang tidak tahu. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat empat (4) syarikat yang telah diberikan lesen WiMAX atau nama panjangnya Worldwide Interoperability for Microwave Access?
  1. YTLe
  2. AsiaSpace DotCom
  3. RedTone-CNX Broadband
  4. Packet One
Mungkin ramai diantara kita yang hanya pernah mendengar satu sahaja, P1 Wimax daripada Packet One yang terkenal dengan lagu Potong, Potong, Potong yang diadaptasi daripada lagu Satu nyanyian Aris Ariwatan tersebut. Jenama lain adalah:-
  • amax daripada AsiaSpace
  • RedTone Wimax daripada RedTone
  • YMax daripada YTLe
Pada November lepas tiga daripada empat syarikat ini yang kurang popular tersebut telah disaman kerana gagal mencapai tahap penembusan 25% daripada populasi rangkaian. Mereka yang dikehendaki membayar saman tersebut adalah:-
  • TYLe (RM1.9 juta)
  • AsiaSpace (RM1.7 juta)
  • RedTone (RM200,000)
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang WiMAX dengan meneruskan pembacaan di artikel WiMAX yang lepas.

Ikon Paling Popular
Trivia untuk anda: apakah ikon permainan yang paling popular sepanjang zaman? Jawapannya dipenghujung artikel.

Android
Android rasanya semakin terkenal didalam dunia sistem operasi telefon bimbit. Dengan telefon android yang terbaru Motorola Droid yang dikatakan amat popular, HTC Hero yang mengkagumkan dan dikatakan Android bakal menggugat iPhone dalam masa 5 tahun akan datang. Tidak lupa juga kepada Google Nexus One yang misteri dan juga digelar sebagai Google Droid Killer. Kini LG Prada 3 juga dikatakan mahu menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Sumber: MacWorld, Linux, SlashGear

Linux Linux Linux
Pertengahan tahun hadapan akan memperlihatkan kebanyakkan Distro Linux akan mengeluarkan versi Linux mereka yang terbaru terutamanya Ubuntu, Fedora, OpenSuse dan tidak ketinggalan mungkin pengguna boleh menggunakan Google Chrome OS versi beta yang dijangkakan dikeluarkan secara penuh pada suku keempat tahun 2010 nanti. Penggunaan kernal yang lebih baru, lebih pantas, lebih bermutu menjadikan Linux menarik bagi K sendiri. Oleh itu, tiada istillah "cuti" bagi Linux. Yang ditunggu, Gnome 3.

Jawapan untuk soalan diatas tadi: pacman.

Rabu, 23 Disember 2009

Populariti dan Kipas Susah Mati

Firefox 3.5 Lebih Popular
Berdasarkan statistik yang entahkan betul entahkan tidak menunjukkan Firefox 3.5 kini merupakan pelayar internet yang paling popular di dunia. Mendahului sedikit daripada IE8.0 dan IE7.0.

Jika anda perasan populariti Firefox 3.5 melonjak naik sejak daripada hari-hari pertama perlepasannya dan pada waktu yang sama Firefox 3.0 turun dengan mendadak. Sama seperti IE7 kepada IE8. Tetapi jika dicampurkan bersama antara Firefox dan IE tanpa pecahan versi IE masih mendahului dengan 55 peratus berbanding 68 peratus pada tahun lepas berbanding Firefox 32 peratus. Jika dilihat IE sedang menhadapi masalah kanibal atau "haruan makan anak" kerana mereka kekurangan pengguna baru sebaliknya Firefox semakin banyak pengguna baru. Firefox 3.5 poupular tetapi masih belum cukup. Sumber: webmonkey

Kau dan Aku
Didalam dunia komputer dan teknologi kadang kala terdapat mereka yang boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) untuk sesuatu perkara. Dan adakah anda bersetuju dengan gambar dibawah?

yang mungkin diinspirasikan daripada gambar dibawah ini

Apa-apa pun setiap perkara itu ada baik dan kurang baiknya. Rugi jika terlalu kipas-susah-mati kepada sesuatu perkara. Kerana dunia ini menarik kerana terdapat perbezaan pendapat dan idea. Sumber: rubyinside, joeydevilla

Ok, itu sahaja yang dapat dimasukkan pada malam ini, jumpa esok pula.

Deface: Metrolink


Di godam oleh Musti. Yang tak nak kalah siap ada lagu dalam bahasa yang kurang langsung tidak difahami. Semoga metrolink dapat pulih dengan pantas. Sumber: web2secure

Tipu atau Pura pura
Perlu atau tidak untuk menyembunyikan diri daripada mengatakan kita tahu didalam sesuatu bidang? Ada positif ada negetif. The Oatmeal ada membuat kartun (mungkin dia pelukis kartun seperti alif) tentang "kenapa ada baiknya anda berpura-pura untuk tidak tahu apa-apa tentang komputer".

Pelayar Internet
Sudah lama rasanya tidak menulis tentang peperangan pelayar internet kini. Yang menarik kini adalah:-
  1. Opera 10.5 mengatakan bahawa enjin JavaScript Carakan mereka pantas.
  2. Antara muka konsep Firefox 4 telah mula diperlihatkan. Agak menarik dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
  3. Firefox juga ada mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk mengeluarkan Firefox Mobile.
Perkara 10 dekad
Sudah ramai web dan blog yang mula mengeluarkan artikel penutup tahun ini ataupun lebih baik mengeluarkan artikel untuk 10 tahun yang lepas. Antara yang menarik perhatian adalah sistem operasi terburuk dan terbaik pernah dihasilkan dalam masa 10 tahun ini yang ditulis oleh tom henderson. Tekaan anda?
  • Terburuk: Windows Millennium Edition (WinME), NetWare 6.5, GNU Hurd & Windows Vista
  • Terbaik: Windows Server 2008 R2, MacOSX, Solaris 10, Linux & Google Android
Tetapi tidak semua yang diperkatakan itu K sendiri setuju. Anda pula bagaimana?

Owh ya.. tambahan. Tahukah anda bahawa teknologi kamera Nikon kini digunakan oleh NASA untuk ke ISS? Kali terakhir Nikon digunakan oleh NASA adalah pada tahun 2008.

notakaki: Masih ingat tentang Y2K? Apa yang anda buat pada malam Millennium tersebut?
notakaki_2: Disebabkan masa kurang mengizikan, K rasa ini cara terbaru untuk K menulis. masukkan banyak entri didalam satu tajuk.

Kemaskini_1: 23 Disember 2009

Sabtu, 19 Disember 2009

Satu Dekad 2000-2009

10 Tahun
Mudah kata sudah 10 tahun K mengunakan komputer secara "sebenar". Walaupun sejarah penggunaan komputer adalah lebih awal daripada itu. Teringat kembali game Skifree (gambar) yang pada masa itu K tidak tahu jenis komputer dan OS yang digunakan kerana terlalu kecil. Lebih mudah rasanya untuk mengatakan 10 tahun atau mungkin lebih beberapa bulan.

Sejarah Sedekad
Antara yang K masih ingat.
1. Windows 98: tahukah anda bahawa windows 98 ni pernah mengalami kejadian yang hampir sama ketika XP tiba? Stabil dan mudah.


2. Homeworld: Tak perlu kata banyak. K telah terangkan dahulu.

3. Half-Life: Pening tapi seronok.

4. Adobe Photoshop 7: Inilah asas penglibatan K didalam dunia gambar digital. Susah dan menarik. Masih ingat pada masa itu disebelah K adalah buku manual dan tutorial penggunaan Adobe Photoshop 7. Kombinasi kekunci adalah penting didalam Adobe Photoshop 7. gambar [via]


5. Code Red: Jika kini orang berkata tentang Conficker, dahulu Code Red adalah salah satu cecacing yang paling bahaya dengan lebih 350, 000 pelayan web telah dinodai. Gambar [via]


6. Brontok: Ini adalah virus yang mengajak K mempelajari OllyDbg, Sandboxie dan kejuruteraan balikkan (baca: reverse engineering) untuk mengetahui bagaimana dia beroperasi. Punca utama penglibatan K kedalam dunia sekuriti (sekarang sudah kurang). Masa tu cuba-cuba. Kerana tak tahu apa-apa.


7. Gempa Bumi Taiwan: 2006. Masa itu di Matrik. Lebih sebulan internet seperti hidup segan mati tidak mahu. Terlalu perlahan. Terlalu terlalu perlahan. Selepas kejadian itu selalu pula cable bawah laut dimana-mana putus.

8. Dan lain-lain yang kurang melekat di dalam memori.

Korang pula?

Jumaat, 18 Disember 2009

Twitter Di Godam

Tentera Siber Iran
Defacement yang dilakukan keatas Twitter oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka Tentera Siber Iran mengeluarkan gambar seperti dibawah.

Dengan memberi mesej;
Iranian Cyber Army
THIS SITE HAS BEEN HACKED BY IRANIAN CYBER ARMY
iRANiAN.CYBER.ARMY@GMAIL.COM
U.S.A. Think They Controlling And Managing Internet By Their Access, But They Don’t, We Control And Manage Internet By Our Power, So Do Not Try To Stimulation Iranian Peoples To….
NOW WHICH COUNTRY IN EMBARGO LIST? IRAN? USA?
WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST ;)
Take Care.
Carian di enjin carian Google menunjukkan dengan jelas kelainan apabila pengguna melakukan carian tentang Twitter.
Laman web lain yang mengalami perkara sama adalah mowjcamp. Kenapa dan mengapa laman itu digodam masih menjadi persoalan.

Sumber
Jay Hathaway. 18 Disember 2009. Twitter down, reportedly hacked by "Iranian Cyber Army". Via downloadsquad
Michael Arrington. 17 Disember 2009. Twitter Hacked, Defaced By “Iranian Cyber Army” (Developing). Via TechCrunch

Criminal Minds dan Analisis Perlakuan

Top 16 Unsub
Didalam web rasmi Criminal Minds ada poll yang mencari siapakah unsub (baca: unknown subject) yang paling popular. Dan kini telah hampir sampai ke penghujung dimana antara dua orang.

v

antara George Foyet dan Tobias Hankel.

George Foyet
George Foyet (the Reaper) adalah pembunuh bersiri yang tidak pernah ditangkap dan telah "diam" selamat sepuluh tahun sebelum kembali membunuh. BAU (baca: Behavioral Analysis Unit) telah berjaya menangkapnya tetapi terlepas kembali. Tajuk rujukan s04e18, s04e26, s05e01

Untuk mengundi anda boleh ke laman rasmi Criminal Minds

Tobias Hankel
Mempunyai dua identiti didalam diri (baca: Multiple Personality Disorder). Dia dan bapanya yang telah mati. Menculik salah seorang daripada ahli BAU (baca: Dr. Reid Prentiss) dan Dr. Reid harus mencari jalan agar dia tidak dibunuh sehingga ahlinya yang lain dapat menjumpainya. Tajuk rujukan s02e14, s02e15

Analisis Perlakuan
Sebenarnya perkara ini yang menarik minat untuk mengikuti siri ini. Mereka membaca dan mengetahui human gesture, bahasa badan yang kadang-kadang terlalu minima dan tidak dapat disedari oleh empunya diri. Mungkin jika anda pernah menhadiri mana-mana kursus persediaan untuk temuduga antara yang dikatakan adalah jangan menyentuh hidung ketika berkata dan jangan berpeluk tubuh kerana semua ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu didalam analisis perlakuan.

Khamis, 10 Disember 2009

Script didalam pakej DEB

Terbukti
Jika satu masa dahulu Windows dikatakan lemah, dan apabila Mac OSX dikejutkan dengan serangan trojan daripada muatturun aplikasi Adobe Photoshop CS4 dan iWork '09 cetak rompak melalui torrent, pegangan tersebut mula berubah. Kini Linux juga berpotensi untuk mengalami masalah yang sama.

Modus operandi: menggunakan pakej DEB untuk pemasangan screensaver air terjun didalam Linux. Kemungkinan digunakan untuk menjadikan sistem anda zombie didalam serangan DDoS. Serangan dilihat ditujukan kepada satu laman komuniti World of Warcraft.

Kesimpulan
Segalanya terletak pada diri anda. Anda yang menjadikan sistem operasi anda selamat atau sebaliknya.

Sabtu, 28 November 2009

Mesyuarat Bawah Dua Pokok

Pokok Ciku
Isu mensyuarat pertama: nasib pokok ciku yang terlalu tinggi, sukar diambil hasilnya.
Keputusan meysuarat: pokok itu dikorbankan.
Kehadiran: Ahli lembaga tertinggi hadir dengan "chainsaw" dan parang.
Nota: Pokok ciku bergetah, sila pakai baju yang tidak berapa mahal.

Pokok Kelapa
Isu mesyuarat kedua: nasib buah kelapa muda
Keputusan mesyuarat: proses pembelajaran mengenal buah kelapa muda dijalankan
Kehadiran: Ahli rahsia
Nota: Belah kelapa dari punggungnya bukan puncaknya.







Kedua-dua mesyuarat ditangguh menjelang tengah hari.