Jumaat, 9 Oktober 2009

Pidgin Patah Sayap (Lagi)

Kemaskini_1: 9 Oktober 2009

Tidak Terbang Bersama

Ms Norimah pernah berkata didalam kelas English for Occupational Purpose (EOP)
Bird of feather, flock together
Dahulu pernah sekali mempunyai masalah hubungan Pidgin - YM. Tetapi seharusnya telah selesai. Tetapi hari ini sekali lagi Pidgin tidak dapat terbang bersama Yahoo Messenger. Gtalk (XMPP/Jabber) dan lain-lain protokol tidak mempunyai masalah.

Perubahan Protokol
Adakah Yahoo sekali lagi menjalankan perubahan protokol kepada server Yahoo Messenger (YM) nya yang sekaligus menyebabkan Pidgin tidak dapat menjumpainya. Atau sememangnya berlaku masalah daripada Pidgin sendiri. Percubaan telah dilakukan kepada emphaty dan hasilnya notis ralat "Network Error" dikeluarkan. Ada pihak ketiga yang mengatakan bahawa mereka mengalami masalah menggunakan YM daripada Digsby dan setelah dilihat pada forum Digsby ternyata perkara itu benar. Manakala Trillian dilihat masih boleh memasuki YM.

Tunggu Sayap Sembuh
Sekarang hanya menunggu masa untuk sayap Digsby kembali sembuh.
Gagak sama enggang masakan boleh terbang bersama
Keajaipan Berlaku
Walaupun sebelum ini memang menggunakan server pager scsa.msg.yahoo.com tetapi setelah membuangnya, restart pidgin dan memasukkannya kembali sebelum restart pidgin sekali lagi ternyata menjadi keajaipan. YM dan Pidgin telah terbang bersama semula. Musykil tentang apa yang berlaku. Soba yo la.

Tiada ulasan: