ni list terbaru untuk rough antivirus di internet. antara "antivirus" nya adalah;
www.av-online-scan.org/
sys-scanner.com/
spyprotector-pro.com
av-online-scan.org/
www.sys-scanner.com/
K dah report site2 ni, dan site ni masih boleh dimasuki menggunakan Firefox (FF) dan Google pun masih tak halang lagi, so sedikit berhati-hati diperlukan :)
bersama menentang penipuan antivirus dan antispyware
pengenalan walaupun kebelakangan ini sudah kurang K berjumpa dengan masalah antivirus tipu ini (mungkin kerana semuanya bertukar kepada kaspersky 2009 original) tetapi disuatu sudut masih ada lagi yang terpaksa menerima kesengsaraan daripada perkara ini.
VirusRemover 2008 & Spyware Secure daripada sumber mengatakan bahawa ini adalah antara antivirus/antispyware tipu kerana apabila dikaji oleh sumber mengatakan terdapat sejumlah laman web lain tetapi menggunakan antivirus yang sama contohnya, bestvirusremover2008.com, bestsecureexpertcleaner.com, secureexpertcleaner.com dan beberapa lagi laman yang telah diblacklist oleh Google dan Firefox secara automatik yang bersangkutan satu sama lain.
kesimpulan jangan mudah tertipu dengan mana-mana popup yang menyatakan komputer anda mempunyai virus dan menawarkan scan secara percuma.
Pengenalan spyware, virus, trojan, phishing, fraud, fake/rough antivirus dan pelbagai lagi hal dalam dunia siber kini, pada tahun 2007 menunjukkan peningkatan jumlah penjahat siber profesional dan tahun 2008 menyaksikan "kebangaan" bagi mereka kerana boleh dikatakan terlalu biasa kini perkara itu berlaku. Sophos melapurkan bahawa 20,000 malicious software (malware) baru setiap hari dan pada tahun ini juga Symantec dan menyatakan sistem anti virus mereka melindungi pengguna daripada sejuta jenis virus. mengapa pekara ini terjadi?
2 Gelombang besar ada dua gelombang yang menyebabkan virus ini dibuat. gelombang pertama adalah untuk memperbanyakkan lagi jenis virus yang sama tetapi varient yang berlainan. analogi yang paling mudah adalah ayam, ayam adalah satu spesis tetapi mempunya banyak jenis, secara komputernya dan dicampurkan dengan sains maka boleh ditulis begini
dan sebagainya. itu contoh paling mudah. so kalau diambil dalam bentuk virus, yang paling mudah dikenali di nusantara ini adalah Brontok (RontokBro, RontokBr dan pelbagai jenis nama lain) yang mempunya jenis;
Brontok.A, Brontok.B, Brontok.C, Brontok.D, Brontok.F, Brontok.G, Brontok.H, Brontok.I, Brontok.K, Brontok.Q dan jenis lain yang diambil daripada sejenis helang di Indonesia yang hampir pupus iaitu Spizaetus cirrhatus atau helang brontok seperti gambar dibawah.
dan gelombang kedua adalah mereka yang berniat untuk mengambil keuntungan dan data daripada mangsa. sama ada daripada spam, backdoor, trojan downloader mahupun botnet. dan ini juga adalah masalah yang paling besar perlu dihadapi oleh pengguna komputer pada zaman ini.
Masalah Bug jika dirujuk kembali post yang lepas, yang berkaitan dengan Internet Explorer (IE) mempunyai lubang yang membolehkan dimasuki oleh penjahat dan pelbagai lagi masalah yang menimpa kerana bug didalam sesuatu program. untuk lebih memahami masalah IE dan lubang tersebut rujuk - Peperangan Teramat: Browser War.
Kesimpulan tahun 2008 dikatakan sebagai tahun yang membanggakan bagi mereka, jadi apakah langkah pengguna dan pembuat program terutamanya antivirus dalam menghadapi masalah ini pada tahun 2009 kelak? semoga berjaya menempuhi tahun 2009 :)
dan semoga anda tidak menjadi mangsa seterusnya, kerana sekuriti itu bukannya produk tetapi sebaliknya adalah proses (security is not a product, it's a process)
K dapat ni daripada blog Dekan: MyWindowsXP, dia terangkan pasal seorang member dia dalam friendster yang bagi komen yang mencurigakan dan setelah diselidik, phisihing berlaku.
setelah diselidik menggunakan whois, ini jawapannya
so to all friendster-ian sila2 la berhati2 dan nasihat Dekan, kalau dah kene tu cepat2 ubah password anda ek..