Isnin, 9 November 2009

GetDeb & Mirror Malaysia

GetDeb
GetDeb adalah satu laman yang mana mengumpulkan banyak aplikasi Linux didalam bentuk pakej .deb atau Debian software binary package. Perkara baik didalam deb ini adalah pengguna tidak perlu untuk menggunakan terminal untuk memasang sesebuah aplikasi. Tetapi pengguna hanya perlu menekan ikon aplikasi tersebut dua kali. Ini adalah perkara baik untuk pengguna Windows yang mahu membuat migrasi kepada Linux. Tetapi kini GetDeb melangkah kepada satu taraf yang lebih baik.

Naiktaraf Secara Repo
Kelemahan menggunakan pemasangan luar seperti ini adalah pengguna kadang kala harus membuang dahulu aplikasi tersebut sebelum memasang aplikasi baharu seperti Pidgin untuk mengelakkan implikasi pertembungan antara versi. Oleh itu apa yang dilakukan oleh GetDeb didalam versi kedua kini adalah untuk memudahkan pengguna dan hanya perlu melakukan proses naiktaraf yang rutin sepertimana selalu. Dan aplikasi tersbut akan dinaiktaraf kepada versi yang terkini secara automatik melalui repositori. Langkah ini adalah lebih baik daripada menunggu versi terkini untuk keluar secara rasmi daripada repositori rasmi. Jika berminat ada boleh terus ke laman GetDeb dan disana ada diajarkan cara untuk menggunakannya.

Mirror Malaysia
Kembali kepada naiktaraf dan kemaskini daripada repositori yang rasmi, anda di Malaysia sebenarnya boleh menggunakan mirror Malaysia yang mungkin membantu anda membuat kemaskini dan naiktaraf dengan lebih pantas. Di dalam Ubuntu 9.10 ada ditulis beberapa pilihan mirror untuk Malaysia, iaitu;
  • archive.mmu.edu.my
  • mirror.oscc.org.my
  • mirror.upm.edu.my
  • ubuntu.bytecraft.com.my
  • ubuntu.mmu.edu.my
Dan dengan server mirror ini anda akan dapat lihat kelainan didalam membuat naiktaraf yang lebih laju.

Tukar Kepada Mirror Malaysia


System > Administration > Software Source (kedudukan tidak mengikut gambar)
Selalunya sistem akan meminta katalaluan untuk pengesahan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk mengubah penetapan.


Ubuntu Software > Download from > Other
Dan satu popup akan keluar untuk anda memilih daripada senarai yang ada.


Cari "Malaysia" dan pilih salah satu daripada 5 mirror yang ada. Disini K memilih "ubuntu.mmu.edu.my" sebagai server pilihan dan tekan butang "Change Server" untuk membuat simpanan.

Selepas itu sistem akan bertanyakan sama ada anda mahu membuat kemaskini server atau tidak, dan anda boleh memilih sama ada mahu membuatnya atau tidak. Semoga ini akan membuat naiktaraf dan kemaskini anda lebih laju.

2 ulasan:

sukiminna berkata...

laju ke klu pakai mirror malaysia..

klu xsilap aku kat setting tu dia ley auto test tgk mane mirror yg paling ok dari segi speed..

TMUkmkd berkata...

yup.. memang ada.. saja nak tunjuk bahawa malaysia pun ada mirror ubuntu juga :p