Rabu, 20 Januari 2010

The Letter

Aku dapat tugasan berkumpulan untuk buat satu filem pendek. Kira-kira 30 minit. Dan tajuk telah dipilih, dirangka dan dinamakan The Letter secara tidak rasmi.

Dan bila dengar lagu I Call You Love dari Meister ni menyebabkan aku rasa nak buat ni jadi lagu ending. ok tak?



Sinopsis secara kasar The Letter
Mengisahkan seorang watak yang dahulunya jahat, samseng kampung, hidup dibandar atas tiket orang buangan oleh keluarga sendiri (rogol adiknya) dan masyarakat kampung menjadi insaf kerana dia merupakan seorang pesakit barah otak tahap akhir (penonton tidak akan tahu kenapa dia insaf secara terperinci). Perjalanan hidup dia daripada hospital di bandar ke kampungnya semula merupakan perjalanannya yang terakhir. Filem ini jika diikut rancangannya akan banyak main emosi dan menunjukkan kehidupan bandar yang 'kasar' dan kehidupan kampung yang 'lembut'. Dia balik ke kampung bukan dengan sambutan yang meriah tetapi dipandang serong dan keji oleh orang kampung malahan emaknya. Dan di babak babak terakhir dia nazak dan emaknya mengampunkan semua salahnya dan di atas meja terdapat satu surat yang akan ditunjukkan pada akhir cerita kenapa dia mati. menunjukkan bahawa sejahat mana pun seorang itu, emak tetap emak. keluarga tetap keluarga. sayang tetap sayang.

Konsep
cerita ni sebenarnya hanay satu eksperimen. sebab aku dan member semua tak ada pengalaman buat filem yang betul. Pengalaman terakhir aku buat filem masa matrik dulu. Saja aku nak ketengahkan cara yang unik daripada filem budak lain yang aku nampak macam terlalu banyak filem "skriptik" (aku reka sendiri, skrip + plastik). Filem ini akan banyak lagu dan kurang berkata. mungkin watak akan berkata tapi suara tak kedengaran. Dan hanya kadang2 akan keluar (macam semasa nazak, nafas dan ucapan terakhir). dan lagu atas tu akan masuk bila dia mula nak nazak.

Pendapat korang?

kemaskini_1: 20 Januari 2010

3 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam. Tak tahu isi cerita pendek tuan, macamana nak melontarkan pendapat?

sukiminna berkata...

sedop jugak lagu ni..pes time dgr..heheh..btw filem pendek ko wat pasal pe?

TMUkmkd berkata...

@mybabah betul gak! huh silap aku :p nanti aku betulkan balik post tu
@suki nanti aku betulkan post :p

sori semua terlupa pasal filem tuh