Rabu, 6 Januari 2010

Penggodam Malaysia Kantoi

Kuala Terengganu, 6 Januari 2010 - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditangkap dirumahnya oleh Skuad Polis Khas Bahagian Jenayah Siber dan dibantu oleh Interpol atas dakwaan mengodam pangkalan data penjenayah global. Dia yang dikenali sebagai Agent juga didakwa atas dakawaan mengodam pangkalan data akedemik sebuah universiti dunia dan juga sebuah pangkalan data sosial di Eropah. Pihak Interpol berjaya menahannya setelah penyiasatan selama 5 bulan yang lepas.

Menurut Ketua Interpol untuk misi ini, SSA Rossi; Agent adalah salah seorang daripada penggodam yang meningkat naik dan dia boleh dikategorikan sebagai penggodam yang berpengalaman dan berpotensi untuk melakukan masalah besar kepada dunia. Dia juga dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli Uplink: Hacker Elite. SSA Rossi menambah, sebenarnya bukan mudah untuk menjejak seorang penggodam kecuali dia sendiri melakukan kesalahan seperti meninggalkan jejak di dalam sistem yang telah digodamnya.

Pihak kami cuba menghubungi Sekuriti Malaysia atau MyCERT untuk maklumat lanjut tetapi tidak berjaya.

Sumber: Kosmong

16 ulasan:

Mi vida berkata...

games??

adoii..ingatkan betul td..

izzat berkata...

hoho...ni kira dia mengaplikasikan balik apa yang dia dapat dalam game ke dunia realiti la ni..hebat2...boleh belajar daripada game. :)

Syazwan Zubir berkata...

haha..ingatkan betul

TMUkmkd berkata...

aa game.. macam mana leh lakukan silly mistake tah =="
act 1st time tulis ala berita.. tapi sikit tak jadi

kalau tertipu tu sori ek :)

PEJUANG KESENIAN EXTREME berkata...

Ada juga hacker yang terror kat malaysia..
Tapi klu nama dah hacker mane boleh kantoi..
klu kantoi maknanya tak cukup terror la..

Momomalaya berkata...

ko dah tipu aku

cybernetic88 berkata...

hahaha. camne leh kantoi ni. adih la. susah beb camtu. dorng mesti trace blk ni. haha. ptut pkai la proxy, hlng dari ditrace. adoi la. =P

TMUkmkd berkata...

@pejuang: tapi kadang2 kantoi pun bagus. sebab ada kerja lepas tu :p

@momo: hak hak

@cyber: aku lupa delete log dalam satu server tu. siot tol.

sukiminna berkata...

cis..cilakak tul..hark tuih..
aku baca atas lupe nak tgk gambar uplink kat bawah tu..baca komen baru pasan game..

ko men uplink ek.aku xpenah main ar game ni.aku main street hacker.tapi cam xbest sangat ar

Aj berkata...

kamu dah buat kan aku panik.. hmmm... coz heran gak sampai aku tya bukit aman benda ni

JMR berkata...

hahahahaha...ada gaya penulisan mantap nih..hampir2 tertipu sumer...

muyyaQ berkata...

hadoi. aku juga tertipu.

TMUkmkd berkata...

@suki entah.. uplink macam best ja. syok gak :)
@aj huh kalau betul mesti havoc :)
@jmr main sebat jek tu.. tiba2 gatal tangan
@muyyaq ceh. ye la ko

Amear berkata...

damn!..serius je aku baca..ttipu jgk akhirnya...

PenggodamMalaya berkata...

@amear heh. mesti mula2 tu maki2 kan :p

a1zudd1n berkata...

ni game ape?
aku x pernah nampak pun..huhu