Khamis, 12 Mac 2009

[Sekuriti] Pemendekkan URL: Satu Ancaman Sekuriti?

Tarikh Keluaran Artikel: 12032009

Pemendekkan URL: satu trend
Di Malaysia mungkin kurang orang yang menggunakan khidmat pemendekkan URL[1] di internet, kerana kurangnya orang Malaysia yang menggunakan Twitter. Tetapi setahun daripada sekarang pengguna Twitter di Malaysia akan meningkat seperti banyaknya pengguna Friendster dan MySpace yang bertukar kepada Facebook. Jika anda menggunakan Twitter, maka pemendekkan URL ini amatlah penting. Kerana Twitter mempunyai limitasi perkataan sebanyak 140 karekter termasuklah ruang "jarak" atau space (Atwood, 2007).

Lebih 90 laman
Cukup untuk membuktikan bahawa seluruh dunia menggunakan khidmat pemendekkan URL ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 90 laman memendekkan URL diseluruh internet (Ningthoujam, 2008). Antara yang paling popular adalah, TinyURL. Sehingga Firefox sendiri mempunyai kemudahan tambahan (addon) untuk memendekkan URL. Selain daripada digunakan didalam Twitter, khidmat ini juga digunakan untuk memudahkan pengguna mengingati sebarang URL yang panjang dan yang dikecilkan menjadi hanya beberapa perkataan. Malah didalam emel juga seringkali digunakan oleh pengguna untuk mengurangkan perkataan didalam sesuatu email yang panjang.

Kelemahan dan ancaman sekuriti
Mungkin anda pernah mendengar perkataan phishing sebelum ini. Phishing dapat diringkaskan dengan erti kata menipu pengguna untuk mendapatkan keuntungan seperti identiti pengguna, nombor kad kredit dan kata laluan. Oleh itu trend pemendekkan URL ini juga membuka satu lagi cara untuk memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini menipu pengguna dengan pelbagai cara. Antara yang paling klasik adalah cara baru untuk menipu pengguna menggunakan emel. Walaupun cara ini sudah lama tetapi ditambahkan dengan cara baru, menjadikan cara ini lebih sempurna dan kadang-kala dapat menjerat mereka yang tidak mengetahui bahawa mereka sedang berada didalam laman web phishing.

Berdasarkan gambar tersebut (tekan gambar untuk lebih jelas), tertulis sebuah emel bahawa kononnya bank yang anda gunakan telah disekat atas sebab tertentu oleh kerana itu anda dikehendaki untuk membuat membuang sekatan tersebut dengan memasuki laman tersebut. Tertulis didalam emel tersebut satu hiperrangkai yang terus membawa anda ke laman web bank tersebut. Hiperrangkai yang tertulis didalam itu adalah benar. Seperti yang benar. Tetapi jika anda larikan tetikus anda ke hiperrangkai tersebut akan ternyata dibawah pelayan internet anda, hiperrangkai tersebut bukan secara terus tetapi melalui satu laman pemendekkan URL (Kassner, 2009). Jika anda mengalami perkara ini, sila abaikan secara terus emel tersebut kerana kemungkinan besar itu adalah phishing.

Teknologi salah guna
Sebenarnya ini hanya sebahagian daripada kelemahan sistem pemendekkan URL ini tetapi seharusnya sebagai pengguna kita harus lebih berhati-hati dengan mana-mana emel yang tidak dikenali. Terutamanya yang melibatkan data sensitif anda. Jika menggunakan Twitter pula anda boleh berhati-hati dengan menyiasat dahulu kemana perginya hiperrangkai dengan menggunakan perisian yang dipercayai seperti TinyURL Preview (Kassner, 2009). Jika anda menggunakan Mozilla Firefox, ada boleh mengurangkan risiko sekuriti seperti ini dengan memasukkan kemudahan tambahan seperti NoScript. Secara tidak langsung anda juga terhindar daripada satu lagi sekuriti internet, clickjacking.

Peperangan: Stratergi
Seperti permainan catur, "peperangan" anda melawan penipuan yang cuba dilakukan ini stratergi dan taktik musuh harus diketahui supaya anda dapat mengagak apa yang cuba dilakukan oleh mereka. Oleh itu, mengetahui apa yang musuh anda cuba lakukan itu amat baik kerana;
Security is not a product, it's a process

Glosari
[1] URL - Uniform Resource Locator



Rujukan
Atwood, J. (2007) Dikeluarkan pada: 21 Ogos 2007. URL Shortening: Hashes In Practice. Laman Web: www.codinghorror.com
Kassner, M. (2009) Dikeluarkan pada: 9 Mac 2009. URL shortening: Yet another security risk. Laman Web: blogs.techrepublic.com.com
Ningthoujam, P. (2008) Dikeluarkan pada: 8 Januari 2008. URL Toolbox: 90+ URL Shortening Services. Laman Web: mashable.com

Technorati Tags: , , , , ,

Rabu, 11 Mac 2009

[Artikel] 4GB RAM, Hilang?

Tarikh Keluaran Artikel: 11032009

Kemana
Tuan punya sistem ini menggunakan sistem operasi Windows Vista dengan Memori Akses Rawak - RAM[1] sebanyak 4 GB tetapi hanya sebanyak 3454 MB atau 3.454 GB sahaja yang dapat dikesan oleh sistem operasi ini. Apakah yang mahu ditunjukkan didalam tajuk kali ini? Gunakan Linux untuk mendapatkan 4GB? Jika itu anda fikirkan, anda telah melabelkan K sebagai seorang Linux-fan secara tidak sengaja. Dan ternyata tekaan anda salah. Oleh itu betulkan persepsi anda dengan membaca untuk penerangan yang lebih lanjut.

Mengapa
Terdapat beberapa sebab yang dapat diperkatakan dengan punca kepada RAM yang diletakkan tidak sama dengan apa yang ditunjukkan didalam sistem. Antara yang paling popular adalah rekabentuk kejuruteraan unit pemprosesan utama - CPU[2] itu sendiri (Wikipedia - RAM Limit). Seperti contoh gambar tersebut, yang menggunakan sistem operasi dan CPU 32 bit. Didalam bidang kejuruteraan rekabentuk CPU menyatakan bahawa bit itu mewakili bertapa banyak tempat memori (1 byte) boleh diletakkan (Madden, 2004). Seperti 32-bit, 232 = 4,294,967,296 tempat unik. Sekali gus menyatakan bahawa rekabentuk CPU 32-bit secara maksima dapat menyokong sebanyak 4GB memori (Atwood, 2007). Tetapi mengapa sistem tersebut tidak menunjukkan 4GB tetapi hanya menunjukkan secara kasar 3.5GB, kerana berdasarkan gambar (Odgen - AN804) tersebut, menunjukkan tidak semua memori akan dapat digunakan oleh sistem, tetapi terdapat satu bahagian yang disimpan untuk MMIO[3] untuk pengurusan fail dan interaksi antara sistem operasi dan perkakasan (hardware) (Oldnewthing, 2007). Oleh kerana itu jumlah RAM yang ditunjukkan oleh sistem hanya 3.5GB sahaja.

Kenangan
Jika anda mengatakan anda tertipu kerana anda telah membeli 4GB RAM, seharusnya anda bersyukur kerana jika tidak, anda sedang menggunakan sistem kejuruteraan rekabentuk CPU 16-bit. Cuba bilang berapa RAM maksimum yang boleh dimasukkan jika menggunakan 16-bit. 216 = 65536. Dengan kata lain, 65KB. Bayangkan. Tetapi jika anda memang berminat untuk menggunakan RAM yang besar sebagai contoh 16GB, anda patut tukar kepada sistem CPU 64-bit. Kerana 64-bit boleh menyokong sehingga 128GB. Dan juga penggunaan 4GB dan keatas di dalam CPU 64-bit amat dirasakan kelainannya seperti contoh game, untuk lebih lanjut anda boleh meneruskan pembacaan anda dengan memuat turun fail PDF ini: AN804: Gaming Performance Analysis – 4GB vs 2GB.

Bagaimana
Adakah cara untuk menaikkan juga kepada 4GB secara paksa. Ada. Dan cara tersebut memerlukan anda "menggodam" sistem anda sendiri dengan menambah PAE[4] kedalam kernal anda supaya anda boleh menggunakannya seperti anda menggunakan sistem operasi 64-bit. Dan bagaimana caranya tidak K tunjukkan kerana K sendiri tidak pernah melakukan perkara ini. Google boleh menjawab bagi pihak K.

Glosari
[1] RAM - Random Access Memory
[2] CPU - Central Processing Unit
[3] MMIO - Memory Mapping Input Output
[4] PAE - Physical Address Extension

Rujukan
Atwood, J. (2007) Dikeluarkan pada: 08 Mac 2007. Dude, Where's My 4 Gigabytes of RAM?. Laman Web: www.codinghorror.com
Madden, B. (2004) Dikeluarkan pada: 19 Februari 2004. The 4GB Windows Memory Limit: What does it really mean?. Laman Web: www.brianmadden.com
Odgen, G. AN804: Gaming Performance Analysis – 4GB vs 2GB. Corsair Memory Inc. PDF: www.corsairmemory.com
Oldnewthing. (2007) Dikeluarkan pada: 14 Ogos 2007. Why can't I see all of the 4GB of RAM in my machine?. Laman Web: blogs.msdn.com
Wikipedia. RAM Limit. Laman Web: en.wikipedia.org

Selasa, 10 Mac 2009

[Sumber Terbuka] Jangan Guna Linux

Tarikh Keluaran Artikel: 10032009

Jangan gunakan Linux
Mengapa katakan begitu? Kerana begitu ramai yang berminat dengan Linux, tanpa mengira distro. Ubuntu, OpenSuse, Mandriva, Fedora, Slackware, DSL dan Knoppix. Itu antara yang popular. Tetapi bagaimana K sebagai seorang pengguna Ubuntu dapat mengeluarkan satu kenyataan sebegitu. "Jangan Guna Linux" kerana "K Kata Jangan".

5 Dalil Kenapa Jangan Guna Linux
  1. Google, apa tu? - Anda tidak-mahu menggunakan Google. Anda tidak-tahu menggunakan Google. Anda tidak-mahu-tahu menggunakan Google. Kerana itu K mengesyorkan anda jauhi Linux kerana Linux memerlukan Google. Terutamanya diperingkat awal pembelajaran. Jika anda orang yang disebutkan, K Kata Jangan Guna Linux.
  2. Benda baru, susahlah - Anda tidak dapat menerima sebarang benda baru didalam kehidupan anda. Jika anda menerima benda baru seolah-olah ia menjadi satu wabak didalam diri anda. Perkara pertama didalam fikiran anda, benda baru = susah. Jika itu yang anda fikirkan, K Kata Jangan Guna Linux.
  3. Anti Linux, Anti Mac, Pro Windows - Jika itu yang anda mahukan, maka itu terpulang segalanya kepada anda. Anda mungkin lebih suka dengan permainan anda selama ini iaitu virus, sistem yang semakin perlahan, semakin perlahan dan semakin perlahan. Anda tidak mahu menggunakan Mac kerana ianya sukar, kerana terdapat hanya satu butang di tetikusnya. anda tidak suka Mac kerana ianya bersaudara dengan Linux, diasaskan daripada Unix. Linux... Memang anda tidak pernah suka, walaupun anda pengguna internet yang setia. Dan anda memang suka apabila, K Kata Jangan Guna Linux.
  4. Woooo.. Compiz - Jika itu yang anda mahukan, sistem operasi yang lengkap dengan grafik yang hebat, pusing sana pusing sini, seperti gambar dibawah. secara terang, K Kata Jangan Guna Linux.
  5. Game Game Game - Jika anda seorang kaki game yang bertungkus lumus menjadikan sistem komputer anda sebagai terhebat agar dapat memainkan sebarang game Windows yang popular, anda usah biarkan sistem anda itu tersadai kerana Linux tidak banyak yang membenarkan game Windows dijalankan. Maka itu, K Kata Jangan Guna LinuX.

K Kata Jangan Guna Linux

  1. Google rakan kepada Linux - Didalam apa jua sistem operasi, Windows, Linux mahupun Mac. Anda akan mengalami sedikit sebanyak masalah misalnya taskbar tidak muncul, icon tiada dan virus. Windows mungkin lebih mudah kerana ramai yang menggunakan Windows, cuba mungkin terdapat diantara mereka yang betul-betul boleh membaiki ataupun hanya sekadar tikus membaiki labu. tetapi tidak didalam Linux, jika anda pergi ke mana-mana kedai untuk membaiki Linux anda, boleh saya katakan kebanyakkan kedai tidak mahu mengambil tugas itu kerana Linux adalah satu yang asing bagi mereka. Tetapi itu di Malaysia. Di luar negara mungkin lain ceritanya. Oleh itu Google adalah satu cara yang paling bagus, terdapat banyak forum di seluruh Internet. Komuniti siber ini mampu memberi tunjuk ajar kepada anda.
  2. Benda baru itulah yang menarik - Anda pernah menggunakan Windows 95? Pernah melalui zaman Windows 98? Pertukaran kepada Windows XP bukan semudah yang disangka. Maka itu pertukaran kepada Vista dan Windows 7 juga bukan mudah yang disangka. Siapa kata Windows mudah. Alang belajar perkara baru mengapa tidak sistem yang baru. Mac OS juga bukan mudah untuk yang pertama kali menggunakannya, tetikus satu butang, juga tidak dapat menjalankan fail .exe, siapa kata Mac OS mudah. Jadi mengapa mengatakan Linux itu sukar, hanya sentimen yang bermain diminda anda mengatakan Linux itu sukar.
  3. Sentimen Anti dan Pro - Sentimen ini biasa berlaku didalam kehidupan seharian. Perkara ini seolah-olah normal.
    • Sistem operasi - Windows v Mac OS v Linux
    • Persekitaran desktop (Linux) - Gnome v KDE v Xfce
    • Pelayan internet (Browser) - Firefox v IE v Safari
    • Agama Islam - ASWJ v Wahabi v Syiah
    • Kristian - Protestant v Katolik
    Tetapi perkara itu dapat dikurangkan dengan satu cara. Tidak terlalu ekstrem dalam menyokong sesuatu pihak kerana suatu pihak yang lain itu mungkin lebih baik dalam beberapa perkara. Dan perbezaan ini perlu diambil untuk menjadikan diri kita lebih baik. Oleh itu, mengapa tidak mencuba Linux hari ini.
  4. Linux bukan untuk grafik semata-mata - tidak dinafikan bahawa grafik didalam Linux amat menarik terutamanya yang menggunakan KDE mahupun Gnome yang ditambah dengan Compiz. Mampu melakukan beberapa grafik yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana sistem operasi lain (Windows dan Mac). Tetapi bukan itu tujuan Linux diwujudkan. Tujuan utama adalah untuk membuktikan bahawa sistem sumber terbuka mampu melawan sistem sumber tertutup. Dan Linux harus diselami keseniannya bukan hanya pada grafik tetapi pada fungsinya dalam kehidupan seharian. Terdapat satu cara alternatif yang percuma disebalik aplikasi berbayar. Serta menerapkan nilai komuniti dan kerjasama didalam perhubungan antara ahli komuniti.
  5. Game - Satu kenyataan buat anda yang sememangnya kaki game, K tidak mengalakkan anda menukar kepada Linux (mahupun Mac) kerana anda akan mahu kembali ke WIndows kerana kekurangan dari segi game.


Segalanya kembali terserah kepada anda. Empunya hati dan keinginan. Jika itu juga anda tiada, K Kata Jangan Guna Linux.

Isnin, 9 Mac 2009

[Khas] Bulan Maulid

Tarikh Keluaran Artikel: 09032009

Hanya dua perkara yang mahu disampaikan didalam artikel ini.

Daripada Hasan ibn Ali Alaihissalam berkata, Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:
"Di mana sahaja kalian berada, ucapkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kalian itu akan sampai kepadaku."
Diriwayatkan oleh al Tabrani dalam al Kabir dan al Ausat dan isnadnya adalah hasan.

Daripada Abdullah ibn Mas'ud Radhiallahuanhu berkata: Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:
"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku pada hari kiamat ialah yang paling banyak mengucapkan selawat ke atasku."
Diriwayatkan oleh al Tirmizi dengan hukum hasan.


dipetik daripada
Abu al Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani Radhiallahuannu. al Nafhah al Illahiyah fi al Solah 'ala Khair al Bariyyah. Di terjemahkan: Al Faqir Ilallah al Qawiyy Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki. (2008) Fadhilat Selawat. Sofa Production.

[Tutorial, Tips & Sumber Terbuka] Xubuntu tiada panel

Tarikh Keluaran Artikel: 032009
TambahBaik_1: 10032009

2 Masalah Biasa Tetapi..
Masalah ini hanya masalah biasa. Panel yang anda gunakan tiba-tiba hilang atau memang hilang daripada awal. Perkara ini terdapat dua jenis yang K dapat jumpa. Jenisnya:
  • Title bar - yang mempunyai nama program, butang minimize, butang maximize dan butang tutup
  • Panel bar - bar yang mempunyai segala perkara termasuklah program, set dan butang log out.
Tetapi menjadi masalah jika orang yang terkena perkara ini juga orang biasa. Yang baru berjinak. K sendiri tidak pernah berhadapan dengan perkara ini secara langsung. Dan dengan merujuk kepada Google dengan kata kunci yang betul, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar.

Penukaran Persekitaran Desktop
Perkara ini sering terjadi. Sama ada menggunakan Xubuntu mahupun Ubuntu. Perkara ini dikatakan terjadi atas dua perkara. Penukaran persekitaran desktop (desktop enviroment) ataupun sememangnya terdapat "bug" didalam Xubuntu selepas Firefox "crash". Cara yang paling mudah untuk Xubuntu adalah menghidupkan kembali panel xfce yang tidak dihidupkan secara automatik. Secara analogi serta contoh yang mudah adalah seperti explorer.exe di Windows. Apabila sistem permulaan (startup) diganggu dan menyebabkan explorer.exe tidak dijalankan ketika sistem boot. Caranya hanya perlu membuat satu kombinasi papan kekunci (alt+f2) untuk menghidupkan Run Application dan memasukkan arahan, "xfce4-panel" (tanpa " ") dan panel tersebut akan dihidupkan kembali. Cara tersebut sahaja tidak cukup kerana anda akan mengalami masalah yang sama selepas anda restart sistem anda dan untuk mengelakkan perkara ini berlanjutan, teruskan pembacaan.

Xfce4 Panel
Untuk menjadikan xfce4-panel tersebut sentiasa dihidupkan secara automatik, pergi kepada Setting > Setting Manager > Startup dan tambahka satu lagi perkara, iaitu xfce4-panel. Masukkan dalam bentuk seperti ini:
  • Name: xfce4-panel
  • Discription: untuk xfce4 panel autorun lepas reboot
  • Command: xfce4-panel
Setelah itu simpan perkara tersebut sebagai startup. Anda telah berjaya untuk memasukkan perkara itu dan langkah seterusnya adalah mencuba. Restart kembali sistem anda dan lihat hasilnya. Jika ianya berjaya untuk bergerak tanpa masalah, maka anda telah berjaya memperbaiki sistem anda.

p/s: jika anda gunakan ubuntu, tukarkan daripada "xfce4" kepada "gnome".

CompizConfig Setting Manager TambahBaik_1
Kadang kala manusia melakukan kesilapannya sendiri. Contoh terbaik, seorang pengguna Xubuntu: Din yang telah mengubah sedikit aturan didalam CompizConfig Setting Manager lalu menyebabkan panel bar setiap aplikasinya hilang. Mungkin ini jarang berlaku kepada pengguna yang telah tahu perkara ini, tetapi bagi mereka yang masih baru dan tidak tahu apa itu compiz perkara ini boleh berlaku, mungkin menjenguk ke CompizConfig Setting Manager dapat membantu anda. Perhatikan apabila "Windows Decoration" tersebut dipadamkan, bar tajuk window tersebut hilang. K juga pernah berlaku demkian.

Rujukan
hyperair. (2007) Dikeluarkan pada: 31 Ogos 2007 didalam Gnome-Panel Missing. web site: ubuntuforums.org
jacobS. (2008) Dikeluarkan pada: 31 Oktober 2008 didalam After loading xubuntu, I restarted the system, and lost the menu bars, how can I get them back?. Web site: answers.launchpad.net
Jorophose. (2007) Dikeluarkan pada: 04 April 2007 didalam Missing panels - Xubuntu 6.06 (XFCE 4.2 or 4.4). Web site: www.linuxquestions.org
roger_1960. (2009) Dikeluarkan pada: 24 Januari 2009 didalam Xubuntu starts up to a light blue screen and that's it!. Web site: ubuntuforums.org