Selasa, 10 Mac 2009

[Sumber Terbuka] Jangan Guna Linux

Tarikh Keluaran Artikel: 10032009

Jangan gunakan Linux
Mengapa katakan begitu? Kerana begitu ramai yang berminat dengan Linux, tanpa mengira distro. Ubuntu, OpenSuse, Mandriva, Fedora, Slackware, DSL dan Knoppix. Itu antara yang popular. Tetapi bagaimana K sebagai seorang pengguna Ubuntu dapat mengeluarkan satu kenyataan sebegitu. "Jangan Guna Linux" kerana "K Kata Jangan".

5 Dalil Kenapa Jangan Guna Linux
  1. Google, apa tu? - Anda tidak-mahu menggunakan Google. Anda tidak-tahu menggunakan Google. Anda tidak-mahu-tahu menggunakan Google. Kerana itu K mengesyorkan anda jauhi Linux kerana Linux memerlukan Google. Terutamanya diperingkat awal pembelajaran. Jika anda orang yang disebutkan, K Kata Jangan Guna Linux.
  2. Benda baru, susahlah - Anda tidak dapat menerima sebarang benda baru didalam kehidupan anda. Jika anda menerima benda baru seolah-olah ia menjadi satu wabak didalam diri anda. Perkara pertama didalam fikiran anda, benda baru = susah. Jika itu yang anda fikirkan, K Kata Jangan Guna Linux.
  3. Anti Linux, Anti Mac, Pro Windows - Jika itu yang anda mahukan, maka itu terpulang segalanya kepada anda. Anda mungkin lebih suka dengan permainan anda selama ini iaitu virus, sistem yang semakin perlahan, semakin perlahan dan semakin perlahan. Anda tidak mahu menggunakan Mac kerana ianya sukar, kerana terdapat hanya satu butang di tetikusnya. anda tidak suka Mac kerana ianya bersaudara dengan Linux, diasaskan daripada Unix. Linux... Memang anda tidak pernah suka, walaupun anda pengguna internet yang setia. Dan anda memang suka apabila, K Kata Jangan Guna Linux.
  4. Woooo.. Compiz - Jika itu yang anda mahukan, sistem operasi yang lengkap dengan grafik yang hebat, pusing sana pusing sini, seperti gambar dibawah. secara terang, K Kata Jangan Guna Linux.
  5. Game Game Game - Jika anda seorang kaki game yang bertungkus lumus menjadikan sistem komputer anda sebagai terhebat agar dapat memainkan sebarang game Windows yang popular, anda usah biarkan sistem anda itu tersadai kerana Linux tidak banyak yang membenarkan game Windows dijalankan. Maka itu, K Kata Jangan Guna LinuX.

K Kata Jangan Guna Linux

  1. Google rakan kepada Linux - Didalam apa jua sistem operasi, Windows, Linux mahupun Mac. Anda akan mengalami sedikit sebanyak masalah misalnya taskbar tidak muncul, icon tiada dan virus. Windows mungkin lebih mudah kerana ramai yang menggunakan Windows, cuba mungkin terdapat diantara mereka yang betul-betul boleh membaiki ataupun hanya sekadar tikus membaiki labu. tetapi tidak didalam Linux, jika anda pergi ke mana-mana kedai untuk membaiki Linux anda, boleh saya katakan kebanyakkan kedai tidak mahu mengambil tugas itu kerana Linux adalah satu yang asing bagi mereka. Tetapi itu di Malaysia. Di luar negara mungkin lain ceritanya. Oleh itu Google adalah satu cara yang paling bagus, terdapat banyak forum di seluruh Internet. Komuniti siber ini mampu memberi tunjuk ajar kepada anda.
  2. Benda baru itulah yang menarik - Anda pernah menggunakan Windows 95? Pernah melalui zaman Windows 98? Pertukaran kepada Windows XP bukan semudah yang disangka. Maka itu pertukaran kepada Vista dan Windows 7 juga bukan mudah yang disangka. Siapa kata Windows mudah. Alang belajar perkara baru mengapa tidak sistem yang baru. Mac OS juga bukan mudah untuk yang pertama kali menggunakannya, tetikus satu butang, juga tidak dapat menjalankan fail .exe, siapa kata Mac OS mudah. Jadi mengapa mengatakan Linux itu sukar, hanya sentimen yang bermain diminda anda mengatakan Linux itu sukar.
  3. Sentimen Anti dan Pro - Sentimen ini biasa berlaku didalam kehidupan seharian. Perkara ini seolah-olah normal.
    • Sistem operasi - Windows v Mac OS v Linux
    • Persekitaran desktop (Linux) - Gnome v KDE v Xfce
    • Pelayan internet (Browser) - Firefox v IE v Safari
    • Agama Islam - ASWJ v Wahabi v Syiah
    • Kristian - Protestant v Katolik
    Tetapi perkara itu dapat dikurangkan dengan satu cara. Tidak terlalu ekstrem dalam menyokong sesuatu pihak kerana suatu pihak yang lain itu mungkin lebih baik dalam beberapa perkara. Dan perbezaan ini perlu diambil untuk menjadikan diri kita lebih baik. Oleh itu, mengapa tidak mencuba Linux hari ini.
  4. Linux bukan untuk grafik semata-mata - tidak dinafikan bahawa grafik didalam Linux amat menarik terutamanya yang menggunakan KDE mahupun Gnome yang ditambah dengan Compiz. Mampu melakukan beberapa grafik yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana sistem operasi lain (Windows dan Mac). Tetapi bukan itu tujuan Linux diwujudkan. Tujuan utama adalah untuk membuktikan bahawa sistem sumber terbuka mampu melawan sistem sumber tertutup. Dan Linux harus diselami keseniannya bukan hanya pada grafik tetapi pada fungsinya dalam kehidupan seharian. Terdapat satu cara alternatif yang percuma disebalik aplikasi berbayar. Serta menerapkan nilai komuniti dan kerjasama didalam perhubungan antara ahli komuniti.
  5. Game - Satu kenyataan buat anda yang sememangnya kaki game, K tidak mengalakkan anda menukar kepada Linux (mahupun Mac) kerana anda akan mahu kembali ke WIndows kerana kekurangan dari segi game.


Segalanya kembali terserah kepada anda. Empunya hati dan keinginan. Jika itu juga anda tiada, K Kata Jangan Guna Linux.

10 ulasan:

abdus berkata...

Huhu. sungguh mencurigakan title post ini.. :) you got your points. Hehe.

[posted from mac]

SyaFia berkata...

curiga ke? emm tapi pikir balik panjang sangat la.. kene trim ni..

ni payah ni.. tulis sikit tahu2 dah panjang berjela

twenty-six berkata...

saya gunakan ps3 untuk bermain game.saya guna windows ketika santai.saya gunakan redhat ketika ingin menimbas kenangan lama.saya guna ubuntu ketika berada di cafe siber.saya guna Sun Microsystem ketika di itm.

"orang hebat guna linux"

SyaFia berkata...

windows - satai? :D
redhat... wow.. pernah nak guna tapi tak tahu la nak guna ke tak..
ubuntu di kafe... nak juga buat dalam tumbdrive tapi tak berjaya :(
sun... solaris? stail

orang hebat guna linux (slackware, knoppix)..
orang tak berapa hebat guna ubuntu.. :)

Megat136 berkata...

Jangan guna Linux... Xda gunanya... Orang yang guna linux xkan hebat klu guna mcm Windows... Distro yang berbeza x banyak perbezaan. It's still the same linux that based on the same linux kernel... Try to explore yur linux if you are linux user... More you explore, more powerful you are...

SyaFia berkata...

humm satu teguran dari sifu :)

the best part when using linux - solve the problem by using the terminal :D

muyyaQ berkata...

jgn gune linux kalau anda kaki game, kalau anda ni kaki men tenet.. gune lah linux. haha

SyaFia berkata...

@muyyaq - kalau kaki main game guna tenet (online) :D

MeGaT136 berkata...

Kaki game x semestinya x bleh guna linux... Klu stakat main game pc, linux bleh support. Zaman dah maju... Dah mcm2 technology dan kepakaran yg ada. Daripada os yg hanya mampu keluarkan baris2 perkataan je sehingga mampu menghasilkan grapical user interface yang mampu membuat kita ternganga. Jadi x mustahil selepas ni akan keluar linux untuk gamers. Memang sukar dijangka apa yg akn berlaku di masa hadapan.

Bagi sesiapa yang meminat untuk explore lebih mendalam mengenai security bolehla mencuba BackTrack linux. Dalam BackTrack linux ada banyak tools untuk penetration testing(hacking).

SyaFia berkata...

backtrack.. pernah dengar.. tapi macam mana? megat tak mahu buat pasal tu?