Jumaat, 11 September 2009

Firefox, Flock Dan Flash

Kemaskini_1: 12 September 2009
Kemaskini_2: 12 September 2009


Firefox 3.5.3 Mengecewakan
Tingkat naik yang terbaru ini amat mengecewakan K, disebalik berita-berita hebat yang diperkatakan oleh pengguna Opera, Firefox ini menunjukkan satu kisah yang berlainan. K tidak menyukainya.

Firefox -> Flock
Daripada Firefox K kini berpindah kepada Flock. Browser yang kurang terkenal kerana diasaskan daripada enjin yang sama dengan Firefox. Tetapi konsep yang berlainan. Flock lebih menumpukan kepada komuniti sosial seperti Facebook, Twitter, Suapan (Feed) dan Blog. Dimasukkan kedalam satu sidebar yang mudah dan menarik, bagi K mempunyai fungsi yang amat baik.

Masalah Flash
Cuma masalah yang K jumpa adalah Flash yang tidak mahu berjalan, setelah di kaji tiada flash yang dijumpai. Akhirnya selesai apabila membuka direktori Flock dan mengambil flashplugin-alternative.so daripada direktori Firefox. dan melakukan satu restart untuk Flock. Selepas itu Flock sudah boleh membaca flash player yang berada di direktori Flashplayer. Mungkin punca masalah ini adalah Flock tidak memasukkan flashplugin-alternative semasa pemasangan dilakukan.

Flock buat masa ini
Oleh kerana flash sudah boleh digunakan, pelayar internet rasmi K kini bertukar daripada Firefox kepada Flock.

Kehebatan Flock
Antara hebatnya Flock adalah;
  • Mengurangkan penambahan addon dengan menjadikan kepada satu pakej (Blog Editor, Sidebar)
  • Kurang addon = kurang memori = lebih lancar.
  • Dapat melihat sebarang kemaskini didalam Facebook/MySpace tanpa membuka laman tersebut
  • Pengurusan media yang baik
  • Antara muka pengguna yang agak menarik dan kemas
Kelemahan Flock
Tidak dinafikan Firefox terkenal kerana add-onnya yang hebat dan mempunyai pelbagai pilihan. Flock tidak mempunyai banyak addon sebaliknya lebih kepada yang berkaitan dengan jaringan sosial. Antara kelemahan yang dapat K jumpa adalah;
  • Flock Blog Editor tidak mampu menandingi ScribeFire daripada segi fungsi dan kepelbagaian.
  • Flock tidak menyokong Ubiquity (yang selalu K gunakan)
  • Flock tidak menyokong FastTab (yang selalu K gunakan)
  • Flock tidak menyokong AdBlock, NoScript dan FlashBlock
  • Flock bukan untuk mereka yang membina laman sesawang (Firebug)
  • Tidak menyokong IM yang lain selain daripada Facebook Chat
  • Tidak menyokong Zotero (K perlukan untuk urus sumber penulisan K)
Sumber
CollegeCzar. December 16 2008. Get Flash Working in Flock Browser in Ubuntu. helpforlinux

7 ulasan:

Fahmy Alwan berkata...

aku setuju ngn ko ttg firefox 3.5 tu..
aku dh gune..
x pernah lgi aku gune browser yg boleh membuat kn PC aku hang..
n jalan pnyelesaian hang tu hny la tutup suis..
dh byk kali jdi cam tu..
skrg ni aku gune chrome je..

Eldy Voon berkata...

Firefox walaubagaimanapun sukar dicabar .. add-ons power2 semua kat firefox ..

TMUkmkd berkata...

@fahmy - 3.5 yang lain ok K rasa tak de masalah,tapi 3.5.3 ni memang buat lappy K hang.. banyak kali. bukan sekali. lebih lagi kalau site yang banyak javascript dan flash yang banyak. kompem hang..

@eldy - hehe ada sesetengah je yang addon tak de dalam flock. dan rasanya bleh pasang ke flock kerana diorang based on engine yang sama

MK berkata...

Dulu pernah gak try Flock, tapi waktu tu tak aktif sangat social community ni. Ni yang terasa nak try lagi sekali ni ^_^

Btw, K, boleh buat apa ye dengan Ubiquity? Pernah dengar gak dulu, tapi tak pernah cuba.

TMUkmkd berkata...

@MK K suka ubiquity sebab nak search lagi mudah.. terus nampak apa hasilnya dan banyak lagi. ubiquity sekarang pun dah berkembang. dengar khabar ubiquity akan masuk dalam Firefox secara default akan datang.

p/s: dulu pun K pernah guna flock. tapi.. entah.. tak de feel masa tu :p

Amoi berkata...

aku pakai chrome.hehe. opera neh kdg2 tak works bila bukak facebook T_T. mcm yg ko ckp. firefox kalau bukak flash mmg cpt crash ><"

TMUkmkd berkata...

ko try balik ff 3.0 lagi best...
macma dulu ko suka guna ff 2.0 masa orang guna ff 3.0 :p