Kualiti
Semua orang mahukan sesuautu yang tinggi dari segi kualiti dan memenuhi kehendaknya. Sebut sahaja apa barang sekali pun, aa yang orang tidak buat reviu daripadanya. Daripada antivirus sehinggalah kepada telefon bimbit. Oleh kerana itu kualiti adalah perkara penting. Disebabkan itu Six Sigma diwujudkan.
Motorola, 1980-an
Six Sigma dibangunkan oleh Motorola dan diperbaiki oleh beberapa syarikat seperti GE untuk memperbaiki produk-produknya agar menepati kehendak pengguna dan juga untuk mengurangkan masalah projek yang tergendala ataupun gagal disiapkan. Di ikuti oleh syarikat berprofil tinggi seperti Texas Instrument, Allied Signal, Sony dan GSK menunjukkan Six Sigma bukan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan (Chakrabarty & Tan, 2008). Terdapat dua modul didalam Six Sigma yang boleh digunakan untuk tujuan yang berbeza.
Bukan Perkara Baru
Sebenarnya metodologi Six Sigma bukanlah satu satunya dan yang pertama yang membangkitkan tentang penjagaan kualiti sesebuah produk dan projek, antara projek terdahulu adalah seperti Total Quality Management (TQM), Business Process Re-engineering (BPR) dan Team Building (TB) (Schwable, 2007)(Chakravorty, 2009). Tetapi antara perkara yang tidak dilakukan didalam metodologi yang terdahulu adalah;
Komitmen daripada keseluruhan organisasi. Bukan hanya memberikan sokongan semata-mata tetapi perlu menunjukkan kepada semua organisasi projek tersebut bahawa mereka memberikan komitment (Chakrabarty & Tan, 2008)(Schwable, 2007). Perkara ini penting untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatka sokongan orang atasan seperti perkara yang melibatkan antara dua jabatan yang berbeza.
Six Sigma menggunakan sistem "belt" yang mana menunjukkan taraf, pangkat dan juga perbezaan pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membantu dan memantau projek tersebut. Pangkat tersebut adalah (Yellow Belt < Green Belt < Black Belt). Mereka yang diatas akan menjadi mentor kepada mereka yang lebih bawah. Cara ini mengelakkan berlakunya kesilapan ketika projek (Schwable, 2007).
Meningkatkan keupayaan syarikat untuk menyiapkan lebih banyak projek dengan lebih pantas dan lebih baik dari segi kualiti. Sekaligus menaikkan perhubungan antara pelanggan dan menaikkan kepuasan pelanggan (Schwable, 2007).
Statistik
Perkara yang paling penting didalam Six Sigma adalah bagaimana pengiraan kebarangkalian masalah yang mungkin terjadi kepada sesebuah projek yang sedang dijalankan. Dengan itu pengurusan risiko akan menjadi lebih baik dan kegagalan projek disebabkan masalah akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan cara pengurangan masalah yang mungkin terjadi menjadikan kebarangkalian projek untuk berjaya lebih tinggi. Dengan mensasarkan kurang daripada 3.4 masalah akan berlaku untuk sejuta kebarangkalian menjadikan Six Sigma satu cara pengurusan projek yang bagus.
Masih Belum Sempurna
Walaupun begitu terdapat beberapa masalah didalam Six Sigma yang menjadikan beberapa projek yang menggunakan Six Sigma menemui kegagalan antara masalah yang diutarakan adalah kurangnya bantuan atau garis panduan apabila sampai di peringkat perlaksanaan (Chakravorty, 2009). Masalah yang lain adalah peralatan bantuan (tool) yang tidak digunakan secara optimum. Antara alat bantu yang boleh digunakan didalam Six Sigma dalah Histogram, Pareto Chart, SIPOC, Fishbone dan Brainstorm.
Masalah lain adalah pengurus projek tidak mampu untuk memberikan pelan fasa perlaksaan yang berkesan yang kadang kalau berpunca daripada masalah komunikasi dan komitment.
Kesimpulan
Sebaik mana pun cara atau metodologi tersebut, pengurus sesebuah projek perlu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut apa yang dicadangkan didalam metodologi dan juga menggunakan pemikiran kritikal untuk menyesuaikan metodologi tersebut kepada situasi dan keadaan.
Sumber

- DMAIC - Define-Measure-Analyze-Improve-Control
- DMADV - Define-Measure-Analyze-Design-Verify

- (Chakrabarty & Tan, 2008) A. Chakrabarty , & K.C. Tan. (2008). Case Study Analysis of Six Sigma in Singapore Service Organizations. National University of Singapore, Singapore.
- (Jacowski, 2008) Tony Jacowski. (2008, April 9). DMAIC vs. DMADV | Improvement and Innovation. Retrieved August 8, 2009, from www.improvementandinnovation.com
- (Schwable, 2007) Kathy Schwable. (2007). Information Technology Project Management (5th ed., p321-327). United State of America: Thomson.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan