Isnin, 14 September 2009

Teori & Peraturan Moore

Moore's Law
Selama 4 dekad trend didalam bidang perkakasan komputer dipengaruhi oleh sebuah teori yang akhirnya menjadi peraturan iaitu Moore's Law. Moore's Law adalah sebuah teori yang mengatakan bahawa jumlah transistor didalam sebuah CPU akan bertambah dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya dalam masa setiap dua tahun. Tetapi Moore's Law bukan hanya di situ sahaja.

Aplikasi Lain

Jumlah pixel didalam sebuah kamera, kelajuan sebuah unit pemprosessan dan kapasiti memori juga mengikuti teori ini cuma mungkin bukan dua kali ganda tetapi tetap mengikut satu acuan yang sekata dan sama. Secara ringkas Moore's Law dibentangkan oleh pembangun bersama Intel, Gordon Moore pada tahun 1965 dan dikatakan teori ini akan berlanjutan sehingga 2 dekad lagi. Kemungkinan tersebut boleh K bahagikan kepada tiga kemungkinan.
  1. Meningkat, melebihi 2 kali ganda. Kerana sejarah membuktikan semua peralatan elektronik semakin kecil
  2. Menurun, kurang daripada 2 kali ganda tetapi tetap meningkat. Peralatan semakin baik, semakin cekap sebagai contoh komputer kuantum.
  3. Kekal, pada 2 kali ganda. Disebabkan tambah tolak daripada dua perkara diatas, kemungkinan akan kekal. K lebih berat pada pendapat ini.
Notakaki: Moore tidak pernah mengatakan bahawa transistor didalam CPU aka bertambah sebanyak dua kali ganda setiap 18 bulan. Menurut pandangan Michael Kanellos pada tahun 2003.
Notakaki_2: Untuk rekod, sehingga tahun 2008 CPU Intel Itanium Tukwila telah mencapai angka 2 bilion transistor didalam satu cip CPU.
Notakaki_3: Untuk mereka yang ingin mendalami tetang Moore's Law/Teori Moore, K cadangkan anda membaca artikel Arstechnica yang bertajuk 'Classic.Ars: Understanding Moore's Law'.
Notakaki_4: Untuk mereka yang mahu memahami bagaimana sesebuah CPU berfungsi secara asas, and digalakkan membaca artikel 'Understanding the Microprocessor'.

Sumber
Intel. Moore's Law: Made real by Intel innovation. www.intel.com
Kanellos, M. 11 Jun 2003. Perspective: Myths of Moore's Law. news.cnet.com
Stokes, J. 7 Februari 2008. Intel shows off Tukwila, first 2 billion transistor CPU. arstechnica.com
Stokes, J. 27 September 2008. Classic.Ars: Understanding Moore's Law. arstechnica.com
Webopedia. Moore's Law.
Wikipedia, the free encyclopedia. Moore's law.

Tiada ulasan: