9.04 -> 9.10
Didalam lappy K ada satu partition khas yang diberikan untuk menjadi bahan eksperiment untuk ubuntu distro yang baru untuk menguji kemampuan dan kebarangkalian untuk digunakan secara penuh sebelum menjadi ubuntu utama. K mempunyai dua ubuntu. 8.10 (utama) dan 9.04 (eksperiment). Kini Jaunty 9.04 tersebut telah ditingkatnaik menjadi Karmic 9.10 tadi.
Mengapa Eksperiment
K pernah mengalami masalah sokongan kernal terhadap pemacu intel chipset pada keluaran awal 9.04 dahulu. Yang menyebabkan K masih menggunakan 8.10 sehingga semalam sebagai ubuntu utama lappy ini. Kini 9.10 pula mengambil tempat 9.04 disana.
Laju, menarik dan minimalisme
Setelah ditingkat naik, beberapa perkara yang mengkagumkan adalah kelajuan boot yang ditambah dengan ikon pembukaan yang begitu kecil, skrin hitam dan logo ubuntu berwarna putih ditengah tengah menyinari ruang tersebut. Dan diteruskan dengan skrin limpah (splash screen) yang baru yang seakan-akan sedikit melengkung ke hadapan. Nilai 3D disitu.
Perubahan ketara adalah ikon. Ikon humanity digunakan didalam Karmic. Lebih nampak profesional dan bersifat minimalis. Lupa untuk dimasukkan. IM yang digunakan didalam Karmic adalah Emphaty yang mengantikan Pidgin.
Dan tiada lagi Add/Remove tetapi diberikan nilai profesional seperti AppStore iaitu Ubuntu Software Center.
Grub 2, EXT4 adalah antara perkara lain.
Tetapi
Disebabkan percubaan didalam partition experiment ini juga dapat mengesan masalah yang bukan masalah besar tetapi cukup menganggu perjalanan untuk menggunakan Karmic terus daripada Intrepid. Setiap 30 saat akan ada bunyi daripada speaker yang hanya seperti satu bip dan sebenarnya cukup kuat dan mengganggu. Bunyinya seperti "thub" atau "tut". K masih mencari punca masalah ini dan rasanya adalah berpunca daripada alsamixer atau seumpamanya. Adakah disebabkan operasi tingkat naik? K masih menunggu untuk ISO Karmic siap dan akan membuat pemasangan penuh kepada partition experiment kepada Karmic untuk mengesahkan perkara ini.
Dan Kini
Mungkin K akan bertukar daripada Intrepid kepada Jaunty sebagai Ubuntu utama nanti. Bila, itu kita tentukan nanti.
Sumber
Damein, 06 October 2009. Screenshots Tour of Ubuntu Karmic Koala 9.10 Beta. maketecheasier.com
Didalam lappy K ada satu partition khas yang diberikan untuk menjadi bahan eksperiment untuk ubuntu distro yang baru untuk menguji kemampuan dan kebarangkalian untuk digunakan secara penuh sebelum menjadi ubuntu utama. K mempunyai dua ubuntu. 8.10 (utama) dan 9.04 (eksperiment). Kini Jaunty 9.04 tersebut telah ditingkatnaik menjadi Karmic 9.10 tadi.
Mengapa Eksperiment
K pernah mengalami masalah sokongan kernal terhadap pemacu intel chipset pada keluaran awal 9.04 dahulu. Yang menyebabkan K masih menggunakan 8.10 sehingga semalam sebagai ubuntu utama lappy ini. Kini 9.10 pula mengambil tempat 9.04 disana.
Laju, menarik dan minimalisme
Setelah ditingkat naik, beberapa perkara yang mengkagumkan adalah kelajuan boot yang ditambah dengan ikon pembukaan yang begitu kecil, skrin hitam dan logo ubuntu berwarna putih ditengah tengah menyinari ruang tersebut. Dan diteruskan dengan skrin limpah (splash screen) yang baru yang seakan-akan sedikit melengkung ke hadapan. Nilai 3D disitu.
Dan tiada lagi Add/Remove tetapi diberikan nilai profesional seperti AppStore iaitu Ubuntu Software Center.
Grub 2, EXT4 adalah antara perkara lain.
Tetapi
Disebabkan percubaan didalam partition experiment ini juga dapat mengesan masalah yang bukan masalah besar tetapi cukup menganggu perjalanan untuk menggunakan Karmic terus daripada Intrepid. Setiap 30 saat akan ada bunyi daripada speaker yang hanya seperti satu bip dan sebenarnya cukup kuat dan mengganggu. Bunyinya seperti "thub" atau "tut". K masih mencari punca masalah ini dan rasanya adalah berpunca daripada alsamixer atau seumpamanya. Adakah disebabkan operasi tingkat naik? K masih menunggu untuk ISO Karmic siap dan akan membuat pemasangan penuh kepada partition experiment kepada Karmic untuk mengesahkan perkara ini.
Dan Kini
Mungkin K akan bertukar daripada Intrepid kepada Jaunty sebagai Ubuntu utama nanti. Bila, itu kita tentukan nanti.
Sumber
Damein, 06 October 2009. Screenshots Tour of Ubuntu Karmic Koala 9.10 Beta. maketecheasier.com
2 ulasan:
aku minat sangat nak pasang os ni kat lappy.. tp aku xbrape pandai la cara nak urus dia.. boleh bagi tips x ?
@blogger_31102009: nak urus? boleh terangkan maksud dengan lebih lanjut?
Catat Ulasan