Sabtu, 21 November 2009

Borak Borak ChromeOS

Kemaskini_1: 21 November 2009

5 Siri Terawal

Pernah K menulis tentang Google Chrome OS yang K gelar sebagai GoCOS. Sebanyak 5 siri telah ditulis. Semuanya tentang Google Chrome OS. Dan kini, secara rasmi Google mengeluarkan kod sumber Chrome OS kepada umum.

Penulisan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan Chrome OS didalam VirtualBox

Bukan yang Terawal
K bukan yang terawal menulis tentang ini, Amanz dan suki antara yang terawal. Oleh itu K tidak akan menceritakan apa itu GoCOS, bagaimana ia dibina kerana semua itu telah diceritakan pada edisi pertama dahulu. Mungkin ada kelainan kerana perubahan masa tetapi K rasa konsep adalah tetap sama.



Biru Chrome
Warna biru yang sama dengan warna pelayar internet chrome menyambut anda di muka hadapan GoCOS. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan, lagipun ia hanya satu konsep awal sistem ini. Pengguna harus memasukkan ID Google anda iaitu akaun Gmail, hanya Gmail yang diterima. Dan kemudian disambut dengan paparan yang seketika sementara akaun anda dibina dengan sempurna.

Penetapan akaun anda akan berada didalam sistem ini apabila anda memasuki untuk pertama kali (yang memerlukan talian internet) dan selepas itu anda mampu untuk memasuki sistem walaupun tiada talian internet dengan membuat kemasukkan luar talian.

Flash
Flash dan lain lain skrip mampu dijalankan walaupun agak berat apabila dijalankan. Mungkin kerana semua kod masih belum ditahap yang stabil. Kerana utiliti seperti notepad dan kalkulator masih tidak dapat digunakan dengan baik.


menu pilihan versi awal. Masih tidak diasingkan mengikut kategori


Flash bertindak dengan baik walaupun sedikit "lagging"


Permainan catur yang menggunakan Flash. Perhatikan satu buah yang "hilang"


Percubaan membuka AMBNaC menggunakan GoCOS


Pro
Masih awal, boleh diperbaiki.
Dibina oleh Google.
Sesuai untuk masa hadapan.
Masa Boot yang laju. 7 saat. Mungkin kerana kernal masih ringan

Kontra
Terlalu futuristik. Mungkin tidak ramai yang mahu menggunakan konsep ini.
Semuanya harus menggunakan internet. Tidak sesuai untuk pengguna Malaysia.
Mungkin semua storan di internet, dan yang mempunyai had.

Kesimpulan
Masih awal untuk membuat apa-apa kesimpulan, masih menunggu versi seterusnya.

4 ulasan:

aman berkata...

Pasal storan tue, maybe kita leh tunggu GDrive diperkenalkan oleh Google. Lagipun, Google sendiri ada tawarkan ruangan sehingga 16TB pada suatu kadar khas.

TMUkmkd berkata...

akhirnya tidak percuma ^_^
mungkin konsep ini bagus tetapi mungkin bukan hari ini.

sukiminna berkata...

sygnye...ak rasa dgn keadaan tenet di malaysia yg sgt 'laju' os yg 100% online masih blum sesuai

TMUkmkd berkata...

yup. konsep atas talian tu menyebabkan pengguna malaysia atas pagar dan condong untuk tidak menggunakannya :)