Jumaat, 25 Disember 2009

Esok Cuti. Kurang RSS

WiMAX
Ini bukan cerita baru, hanya mahu memberi tahu kepada yang tidak tahu. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat empat (4) syarikat yang telah diberikan lesen WiMAX atau nama panjangnya Worldwide Interoperability for Microwave Access?
  1. YTLe
  2. AsiaSpace DotCom
  3. RedTone-CNX Broadband
  4. Packet One
Mungkin ramai diantara kita yang hanya pernah mendengar satu sahaja, P1 Wimax daripada Packet One yang terkenal dengan lagu Potong, Potong, Potong yang diadaptasi daripada lagu Satu nyanyian Aris Ariwatan tersebut. Jenama lain adalah:-
  • amax daripada AsiaSpace
  • RedTone Wimax daripada RedTone
  • YMax daripada YTLe
Pada November lepas tiga daripada empat syarikat ini yang kurang popular tersebut telah disaman kerana gagal mencapai tahap penembusan 25% daripada populasi rangkaian. Mereka yang dikehendaki membayar saman tersebut adalah:-
  • TYLe (RM1.9 juta)
  • AsiaSpace (RM1.7 juta)
  • RedTone (RM200,000)
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang WiMAX dengan meneruskan pembacaan di artikel WiMAX yang lepas.

Ikon Paling Popular
Trivia untuk anda: apakah ikon permainan yang paling popular sepanjang zaman? Jawapannya dipenghujung artikel.

Android
Android rasanya semakin terkenal didalam dunia sistem operasi telefon bimbit. Dengan telefon android yang terbaru Motorola Droid yang dikatakan amat popular, HTC Hero yang mengkagumkan dan dikatakan Android bakal menggugat iPhone dalam masa 5 tahun akan datang. Tidak lupa juga kepada Google Nexus One yang misteri dan juga digelar sebagai Google Droid Killer. Kini LG Prada 3 juga dikatakan mahu menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Sumber: MacWorld, Linux, SlashGear

Linux Linux Linux
Pertengahan tahun hadapan akan memperlihatkan kebanyakkan Distro Linux akan mengeluarkan versi Linux mereka yang terbaru terutamanya Ubuntu, Fedora, OpenSuse dan tidak ketinggalan mungkin pengguna boleh menggunakan Google Chrome OS versi beta yang dijangkakan dikeluarkan secara penuh pada suku keempat tahun 2010 nanti. Penggunaan kernal yang lebih baru, lebih pantas, lebih bermutu menjadikan Linux menarik bagi K sendiri. Oleh itu, tiada istillah "cuti" bagi Linux. Yang ditunggu, Gnome 3.

Jawapan untuk soalan diatas tadi: pacman.

Tiada ulasan: