Isnin, 28 Disember 2009

Kamal, 3 Gadis dan Ubiquity

"Kamal, kau faham tentang aliphatic compounds yang Dr Manasan ajar tadi?" ujar Arina sambil ditemani oleh rakannya Mira dan Sakinah. Mereka baru sahaja habis kuliah 'Kimia I' yang diajar oleh Dr Michael Manasan. Mereka berempat duduk di ruangan meja rehat dikawasan fakulti melepas lelah.

"Tak juga, kene tengok balik la. Ni pun aku nak rujuk di internet, alang-alang masih segar." ujar Kamal sambil mengeluarkan komputer ribanya dan terus membuka Firefox, pelayar internet yang "terhangat dipasaran" kini. Tiba-tiba Sakinah terlihat sesuatu yang ganjil, cara Kamal melakukan carian adalah berlainan dan nampak lebih laju. Lantas Sakinah bertanya kepada Kamal.



"Yang aku guna ni dipanggil Ubiquity, salah satu daripada plugin didalam Firefox. Hai.. Terpersona ke wahai Sakinah?" Kamal membalas pertanyaan tersebut dengan nada bergurau. Lantas Kamal mengajarkan bagaimana untuk memasang Ubiquity sekaligus mengajarkan secara asas untuk menggunakan Ubiquity kepada tiga orang gadis tersebut.

Cara Pemasangan Ubiquity
"Daripada menu utama Firefox, pilih Tools > Add-on. Ambil pilihan get add-on dan lakukan carian "ubiquity" dan korang tekan butang install dan selepas itu Firefox perlu melakukan restart. Ubiquity sedia untuk digunakan selepas itu." Terang Kamal sambil menunjukkan demonstrasi kepada tiga orang dara pingitan tersebut.

"Untuk pembelajaran asas, korang boleh mengikuti tutorial yang akan ditunjukkan. Mungkin kekok untuk kali pertama, lama-lama rasa seronok la nanti." Ujar Kamal lagi.



"Wahh, nampak menarik la. Mula-mula aku fikir ini mesti salah satu benda pelik dalam OS yang si Kamal ni guna. Rupanya bukan. Semua OS boleh guna. Emm.. apa nama OS yang kau guna ni Kamal?" Tanya Mira. "Pasal OS ni nanti lain kali aku boleh bagi tahu. Tapi dengan syarat, Mira kene bagi tahu password komputer Mira boleh?". Kamal menjawab penuh harapan. "Boleh, boleh blah" ujar Mira dan disambut dengan gelak tawa mereka berempat. Mira telah belajar daripada kesilapannya yang dahulu.

Nota Tambahan
Watak tiga orang gadis diatas adalah diambil daripada cerita saya tidak suka password oleh waidakmy.
Watak Michael Manasan tersebut adalah salah seorang daripada tenaga pengajar kursus .net framework 3.5 tempoh hari.
Rasanya macam tidak sesuai K menulis dalam genre begini. Kurang berpuas hati.

Kemaskini_1: 28 Disember 2009


Kemaskini_2: 29 Disember 2009

6 ulasan:

sukiminna berkata...

hehe..rasa cam baca cerpen pendek
menarik ar gaya penulisan camni.sape yang start ? cite teknologi cara sastera..best2

TMUkmkd berkata...

emm aku follow waida..
tapi banyak orang buat gini.. tapi tak sedetail la.. asasnya macam dan brown (digital fortress), faisal tehrani (hijrah [kombat]) atau nak lagi lama h.g. wells tapi dia dalam bidang science la :)

sukiminna berkata...

ade slack sket ar sbb terubah katanama kat part ni
"Untuk pembelajaran asas, -->anda<-- boleh"

:D

RM berkata...

ubiquity kan cross platform plug-in, selamba kamal amik kesempatan ngan 3 dara pingitan itu. -_-"

TMUkmkd berkata...

@suki emm bahagian tu nanti aku betulkan balik

@rm emm rasanya diorang dah realize yang tu bukan untuk os yang rahsia tu je.. semua os boleh.. mungkin kruang jelas kot :p

waidakmy berkata...

Wah! Tiba-tiba ada watak baru ya? ;)

Nanti boleh dimasukkan dalam artikel akan datang Kamal dan Dr Manasan :D (Insya Allah, risau pula lupa heh)