Ahad, 10 Januari 2010

AJL24 Streaming

Amaran: Entri ini memerlukan kelajuan interent 220kbps untuk mendapatkan pembacaan yang optimum.

Ok, amaran itu tipu. Blog ini tidak sehebat ajl.tv3 yang memerlukan 220kbps untuk menonton secara langsung secara streaming. 220kbps. Jika anda mengambil pakej 1mpbs anda akan mendapat 180-200 kbps. Dengan itu secara automatiknya anda tidak layak untuk menggunakan khidmat ini. Dan jika anda berkongsi talian interent anda, anda lebih layak untuk tidak menggunakan khidmat ini.

Aku hanya sempat menggunakan hanya sebentar (sebelum AJL bermula) dan selepas itu semuanya menjadi lebih menggila. Aku mengalah.

Dan gambar-gambar ini sebagai tatapan kenangan AJL24 untuk aku.

Untuk menontonnya memerlukan codec tambahan, iaitu octoshape. Masalah utamanya adalah

Tiada hiperrangkai untuk Linux. Apa ni. Anti-Foss ke? Nasib baik di laman utama octoshape ada untuk Linux.

Dan selepas memasang, membuat sedikit konfigurasi tambahan boleh melihat acara backstage. Itu sebelum pukul 9.00 malam

Dan tepat 9.00 malam ini yang dapat dilihat

Penuh dengan log percubaan octoshape untuk memainkan AJL24 tersebut. Akhirnya aku mengalah, keluar makan dan pulang membuka NetBeans.
Mungkin selepas itu sudah kembali normal tetapi sudah malas. Dan hanya mengikuti perkembangan AJL24 menggunakan Twitter dan Facebook sahaja. Ternyata tag #AJL24 bolehtrending topic di Twitter.

Penutup
Tak kisah siapa yang menjadi pemenang, juara ataupun mendapat saguhati pada malam ini kerana aku membuka netbeans dan meneruskan PITA yang belum selesai. Tidak kisah apa yang terjadi sama ada baju hujan, rambut mop atau pun siaran terputus aku tetap tidak menonton. Bukan kerana tidak suka tetapi ada urusan yang belum selesai.

Sekian entri untuk malam ini, khas untuk AJL24.

Owh masa sudah hampir tamat, rasanya keputusan sedang diumumkan kerana rumah sebelah riuh rendah.

Jangan lupa, tatkala kita bersuka ada insan yang derita.

Notakaki: tv3malaysia mengumumkan bahawa AJL24 adalah acara atas talian terbesar di asia tenggara dengan jumlah penonton 18 ribu orang.

8 ulasan:

amoi berkata...

aku nak tgk video utube 5 minit pun dah tersekat2 ini nak tgk ajl tv3 selama dua jam secara online. mesti tak layak langsung.haha

tokeyTV3 berkata...

huh. nampak sangat kau bukan orang pilihan tv3.
knizam yang jauh tu pun boleh tengok.

sukiminna berkata...

uik..metacity nmpk cam mac os...igt ko pakai apple tadi..hehe

Unknown berkata...

Salam. Saya juga tidak layak menonton TV online kerana kelajuan internet sangat-sangat tidak mencukupi. Lagi pula, baharu beli TV LCD Samsung 40". Apalah ada pada notebook buruk saya...He..he..

TMUkmkd berkata...

@suki tu bukan metacity.. aku guna compiz la. aku guna mac4lin punya theme :)

@mybabah huuuu~ 40" memang tak layak untuk streaming :)

naim berkata...

huh..jangan harap aku dapat tengok...poor me...huhu

TMUkmkd berkata...

@naim sama la kita :)

Abang berkata...

Kalau speed line 1mbps, bro akan dapat reality speed lebih kurang 128KBps je maksima...

Sama macam zaman dialup 56kbps dulu, reality speed adalah 7KBps je...