Jumaat, 25 Mac 2011

Backup Projek Anda! Jangan Lupa

Aku dapat tahu semalam UMT dan area Gong Badak banjir dan untuk mengelakkan perkara tak menarik berlaku ada baiknya korang buat backup segala projek, nota, terutamanya pelajar PITA. Paling mudah dan selamat aku cadangkan backup di internet.

Antara yang korang boleh guna adalah email korang itu sendiri. Lagi-lagi yang guna Gmail. Banyak beb korang boleh backup. Kalau yang ada FTP, maka upload lah dalam FTP sendiri.

Maka backup sekarang. Sebab sekarang korang ada internet.

Nota: Post ni sebenarnya aku nak post dalam blog Comtech tapi macam tak sedap pulak.

Tiada ulasan: