Khamis, 24 Mac 2011

Sokongan Kepada CSS3 Semakin Baik

Aku mula perasan apabila sedang membuat kotak carian untuk tema baru aku dan apabila aku masukkan -moz-border-radius maka terus firebug menukarkannya kepada border-radius sahaja. Menunjukkan bahawa border-radius telah disokong secara penuh oleh pelayar internet tersebut.

Dan setakat yang aku telah cuba, Firefox 4, Opera 11, Chrome 10 dan Internet Explorer 9 menyokong border-radius tanpa perlu meletakkan simbol awal seperti -moz, -o dan -webkit.

Itulah guna aku pasang empat pelayar internet dalam komputer ini. Bukan saja-saja. Maka ini adalah hasil akhir untuk kotak carian aku. Tanpa butang submit. Agak-agak orang reti tak guna tanpa butang submit?

Ah, tak reti boleh diajar.

Nota: Aku alami masalah dengan grid menggunakan blueprint grid kerana ada sedikit lari (1px) didalam pelayar internet Opera dan Chrome tetapi Firefox dan Internet Explorer tiada masalah.

Tiada ulasan: