Memaparkan catatan dengan label Windows 7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Windows 7. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2009

[Windows 7] Windows 7 di MacBook Pro

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009
Windows 7 Kebanggaan Microsoft
Setelah beberapa kejayaan ditempa oleh Windows 7 yang hanya baru diperingkat beta, kini mereka selangkah lagi kehadapan dengan kejayaan yang terbaru, dipasang pada Apple MacBook Pro. walaupun bukan perkara baru Apple MacBook Pro boleh dipasangkan dengan Vista atas bantuan BootCamp tetapi kebolehan Windows 7 untuk berinteraksi dengan Apple MacBook Pro haruslah mendapat pujian kerana Apple bukannya pengguna rasmi Windows tetapi pihak Microsoft telah berjaya membuatkan Windows 7 beroperasi di MacBook Pro.

BootCamp, MacBook Pro dan Windows
dengan menggunakan BootCamp, MacBook Pro boleh dipasangkan dengan Windows kerana laptop ini menggunakan prosessor Intel tetapi tidak dijamin untuk menjalankan Windows 7.

Sumber
Engadget - Windows 7 gets installed on MacBook Pro, explained
Engadget - Windows 7 installed on a new MacBook Pro, sparks fly
Cofeestops - Guide: Windows 7 x64 Build 7000 on a MacBook Pro
Gearlog - Windows 7 on a MacBook Pro

Ahad, 11 Januari 2009

[Windows 7] Beta dilancarkan, tingkat naik percuma

Tarikh Keluaran Artikel : 11012009

Windows 7 - Satu paradigma baru
09 Januari 2009 - Microsoft melancarkan Windows 7 Beta secara rasmi kepada umum, dengan had muatturun hanya 2.5 juta orang pertama sahaja. Windows 7 Beta 1 Build 7000 yang dikatakan paling baik dalam sejarah Microsoft mengeluarkan senarai beta mereka kerana boleh dikira stabil dan memuaskan kecuali masalah tentang mp3 yang telah diperbaiki oleh mereka (pihak Microsoft) selepas itu. keperluan hardware minima yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft adalah:
  • Processor: 1 GHz 32-bit atau 64-bit processor
  • Memori: 1 GB untuk memori sistem
  • Cakera Keras (HDD): 16 GB ruangan cakera
  • Kad Video: menyokong DirectX 9 dan mempunyai 128MB (untuk "Aero Theme")
  • Drive: DVD-R/W driveTalian internet (untuk memuat turun Beta dan update)
dan Windows Server 2008 R2 Beta juga dikeluarkan kepada umum mulai hari itu, anda yang berminat boleh dapatkannya di Microsoft Download Center.

Permintaan yang terlalu tinggi dan masalah "key"
Permintaan yang terlalu tinggi dihadapi oleh pihak Microsoft oleh kerana hanya 2.5 juta yang pertama sahaja dapat mengambil fail tersebut, maka server Microsoft telah ditutup sementara dan setelah dipulihkan semula server tersebut dihidupkan kembali di Microsoft Beta Download tetapi ada beberapa pengguna mengalami masalah mendapatkan "key" untuk mengaktifkan produk tersebut.

Oleh kerana permintaan yang tinggi pihak Microsoft telah pun membatalkan had 2.5 juta itu kepada unlimited sehingga 24 Januari 2009 sebagai tarikh terakhir untuk mengambil produk itu.

Vista SP1 & Windows 7
Oleh kerana Vista dianggap sebagai satu hasil gagal Microsoft, maka penukaran Vista ke Windows 7 mendapat perhatian hebat, jika dahulu pihak Microsoft mengadakan pakej secara percuma untuk pengguna Windows XP menukarkan kepada Windows Vista, kini tawaran tersebut itu kembali lagi kepada pengguna Windows Vista. tetapi tertakluk kepada beberapa syarat daripada pihak Microsoft iaitu;
  • Windows Vista itu haruslah sebagai pre-installed, bukannya yang dibeli didalam kotak (beli asing), komputer tersebut haruslah mempunyai label Windows Vista COA yang sah seperti dibawah
  • Hanya Home Premium, Business dan Ultimate sahaja, Home Basic terkeluar daripada promosi ini

Windows 7 & Torrent
Jika anda malas untuk memuat turun daripada server Microsoft maka anda perlu rajin sedikit untuk pergi ke laman Torrent seperti PirateBay dan Mininova untuk mendapatkan salinan fail tersebut. sungguh nasib baik Microsoft membatalkan had 2.5 juta tersebut, jika tidak laman Torrent ini akan popular sekali lagi.

Sumber
WindowsBlog - Here's where we stand
Microsoft - Download the Windows 7 beta
ArsTechnica - The week in Microsoft: it's all about Windows 7
ArsTechnica - Windows 7 public beta is available now
CNETNewsBeyondBinary - Windows 7 beta now available
CNETNewsMicrosoft - Microsoft lift download limit for Windows 7 beta
LifeHacker - Microsoft extends Windows 7 beta availability untuk January 24th
LifeHacker - How to get your Windows 7 beta product key
PCMag - Windows 7 public beta finally goes live
PCMag - Microsoft delays Windows 7 beta due to traffic
Engadget@CES - VAIO P, now with more Windows 7
Engadget@CES - Microsoft puts full-scale Windows 7 beta back in action
DownloadSquad - the downloadsquad Windows 7 rundown
DownloadSquad - Vista to Windows 7 upgrade date and details revealed
Vista.blorge - Microsoft says upgrade to Vista because Windows 7 is pretty much the same
TheTechNewsBlog - FREE upgrade to Windows 7 for Vista users
Gizmodo - Windows 7 open beta download limit lifted until January 24

Selasa, 30 Disember 2008

Windows 7 Beta 1 "akan" dikeluarkan (Update 3 - 30122008)



Pendahuluan

walaupun K sekarang bukan lagi bergerak dibawah Microsoft, tetapi Ubuntu 8.10, tetapi update untuk kesemua software akan berjalan seperti biasa. dan diharapkan juga troubleshoot akan berjalan seperti biasa kerana K belum layak untuk membuat troubleshoot didalam
Ubuntu ini.

Windows 7 Beta 1
walaupun
Microsoft bercadang untuk mengeluarkan Beta 1 selepas Beta 0 (sebelum ini ada beta telah dikeluarkan) pada pertengahan bulan Januari tetapi ramai orang yang tidak sabar untuk melihat apakah yang terdapat pada Beta 1 yang terbaru ini, ada beberapa laman (yang pasti kini 2) yang telah menunjukkan Beta 1 ini.





err kenapa ikan betta (sejenis dengan ikan laga) tu sebagai latar belakang? pelik tetapi itu yang dibuat oleh mereka (
Microsoft)

dan terdapat beberapa lagi screenshot yang tidak menarik hendak ditunjuk disini kerana kekangan ruang yang menyebabkan gambar itu menjadi kecil. dan ini gambar terakhir yang K rasakan menarik



Kesimpulan
Windows 7 ini masih baru dan apa yang K boleh kata ialah, dari segi paparan antara muka (user interface) semakin baik daripada Vista yang terdahulu dan K boleh katakan lebih baik tunggu dan lihat

update 28122008
BitTorrent telah pun mempunyai fail tersebut, jika berminat dapatkan BitTorrent dan mula torrent sekarang :)


update 29122008
Windows 7 Beta 1 ini mendapat pujian yang tinggi kerana usaha Windows dalam mengeluarkan Beta mereka yang terbaik kerana tidak pernah satu Beta yang dikeluarkan oleh Windows yang begitu stabil sebelum ini dan ini memberi impak positif kepada Windows 7



update 30122008
DownloadSquad mengatakan bahawa PirateBay dan Mininova mendapat begitu banyak seeders dan leechers untuk file Windows 7 Beta 1. ini juga menunjukkan kegunaan P2P dalam menyebarkan file percubaan seperti ini walaupun begitu dikecam dalam memberi peluang cetak rompak bergerak

"kami tidak mencadangkan anda membazirkan masa untuk memuat-turun Windows 7 tetapi jika anda telah menggunakannya, jangan segan silu untuk memberitahu kami pendapat anda tentangnya" - microsoft

Sumber
TechSpot - Windows 7 Beta 1 is ready, leaked
Neowin - Windows 7 Beta 1 build 7000 leaks
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 1
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 2
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 3
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 4
Gizmodo - Windows 7: Windows 7 Beta 1 (Built 7000) leaks on BitTorrent
LifeHacker - Windows 7: Windows 7 Beta 1 out in the wild
Lowyat.Net - Windows 7 Beta ISO in the wild
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO leaked on torrent tracker
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO the hottest download on the net
Wired - Leaked copies of Windows 7 Beta 1 hit BitTorrent

Selasa, 23 Disember 2008

Windows XP jual sampai May 09 - Microsoft

Perdahuluan
setelah lama Windows XP bertahan 2001-sehingga sekarang, Microsoft telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjualan lesen Windows XP akan tamat pada Januari 2009 tetapi akhirnya dipanjangkan kepada May 2009 kerana kurangnya popular daripada pengguna lama yang mahu bertukar kepada Vista dan terdapat beberapa syarikat yang mahu menjual Vista tetapi pengguna mahukan XP.

Mengapa Berlaku
1. XP masih popular - tak dapat disangkal kerana pengguna XP masih stick bersama XP
2. Vista masih tidak dipercayai - masakan tidak.. sebab ketiga mengukuhkan sebab ini
3. mid-2009/end-2009 akan keluar Windows 7 - sebab tu XP dilanjutkan kepada mid-2009 :)
4. pelanggan mahukan XP bukannya Vista - mereka terpaksa melakukan downgrade

Selepas 2009? apa akan berlaku?
harga XP akan turun dan terus berjalan sehingga June 2010. dan sehingga itu boleh dikatakan hampir semua pengguna XP akan tetap pada XP.

kesimpulan
bila la K nak ke Vista ni? atau perlu tunggu Windows 7?

Sumber
TechSpot - Windows XP to continue selling through May 2009
TGDaily - Microsoft quietly extends Windows XP lifecycle, again
CNETNews - Microsoft grants Windows XP a reprieve
LifeHacker - Windows's XP availability extended until May 2009
Gizmodo - Windows XP lives for four more months
PCMag - Windows XP given another reprieve
engadget - Microsft extends Windows XP deliveries to May 30, 2009
BBCTechnology - Windows XP allowed to live again

Rabu, 19 November 2008

Microsoft bagi security suite percuma ("finally")

Microsoft () mengeluarkan sesuatu yang percuma kepada pengguna Windows (). (wow, ajaibnya)

apa benda tu?
kalau korang pernah guna Live OneCare () dari
(K tak pernah guna) yang dikatakan sebagai hasil gagal dari dari beberapa pihak kerana tidak setanding dengan Security Suite lain di internet seperti Kaspersky () Interent Security 2009, Bitdefender () Total Security 2009 dan beberapa lain security suite yang lebih gah dipandang.

oleh kerana itu juga
menamatkan perkhidmatan dan mereka sedang meneruskan kajian kepada "Morro" yang dikatakan free untuk semua pengguna (rasanya ni umpan suruh beli 7 nanti).

Morro ini juga dikatakan mampu menyaingi semua security suite yang lain diluar. tetapi banyak komen mengatakan ini merupakan anti-competitive yang cuba dilakukan oleh pihak seperti mana taktik mereka menggulingkan browser Netspace () dahulu, mengeluarkan browser Internet Explorer () didalam setiap ketika perang konsol pertama dahulu.

berjaya atau tidak, masih kabur dan K dapat rasakan, pengguna sekarang lebih bijak daripada pengguna pada perang konsol pertama
- dahulu. K merasakan taktik ini akan gagal. dan kebanyakkan pengguna akan mengabaikan security suite ini dan tetap akan memasukkan third party security suite ke dalam system mereka, biarpun slogan Morro nanti "hanya memahami keperluan sebenar " mereka tetap akan gagal.

mengapa membina
Morro?
kerana mengikut tinjauan daripada pihak
, pengguna tidak kisah dengan security sistem mereka dan kerana ini ingin "membantu" pengguna terbabit dalam memberi secutiry suite yang percuma yang disertakan sekali didalam

kenapa K katakan yang dapat membantu pengguna tersebut dan melindungi pengguna terbabit.
Morro bakal gagal
jawapannya simple. mengikut wakil McAfee (),
selama ini tidak pernah membuat perkara ini, dan perkara pertama dibuat adalah yang mendapat peratusan kurang daripada 2% dari keseluruhan pengguna security suite didunia. dan mengikut wakil Sophos (), perkara ini tidak langsung menggugat

mengikut pihak kerana skop adalah berlainan. mereka lebih kepada interprise tetapi tidak mungkin akan ada satu syarikat menggunakan sesuatu yang telah diberi percuma untuk melindungi data mereka yang berharga. mahukan anda?
, Morro akan berjalan didalam XP (eh, support lagi rupanya, ingat dah lupa), Vista, dan 7 (dah agak dah). dan dikatakan juga resource demand untuk Morro adalah sedikit sahaja dan akan dilimitkan bandwith supaya pengguna tidak mengalami kepayahan untuk surf.

Morro akan membri perkhidmatan Antivirus, Antispyware dan Antimalware tetapi tidak firewall kerana
telah mempunyai firewall sendiri.

kesimpulan awal yang dapat K predict
Morro akan hangat untuk jangkamasa singkat dan akan menjadi seperti . anda berminat atau tidak, terpulang kepada anda. jangan keluarnya Morro menjadikan Moron sudah laaa~

sumber
MicrosoftPressPass - Microsoft announce plans for no-cost consumer security offering
WindowsLiveOneCareTeamBlog - consumer security strategy update
CNETNewsBeyondBinary - will Microsoft's antivirus move draw antitrust fire?
CNETNewsSecurity - Microsoft to offer free consumer security suite
LifeHacker - Microsoft to offer free anti-malware software with Windows
PCMag - Microsoft replace OneCare with thin alternative
TechRadarInternetNews - Microsoft announces free Morro antivirus software