Selasa, 30 Disember 2008

Windows 7 Beta 1 "akan" dikeluarkan (Update 3 - 30122008)



Pendahuluan

walaupun K sekarang bukan lagi bergerak dibawah Microsoft, tetapi Ubuntu 8.10, tetapi update untuk kesemua software akan berjalan seperti biasa. dan diharapkan juga troubleshoot akan berjalan seperti biasa kerana K belum layak untuk membuat troubleshoot didalam
Ubuntu ini.

Windows 7 Beta 1
walaupun
Microsoft bercadang untuk mengeluarkan Beta 1 selepas Beta 0 (sebelum ini ada beta telah dikeluarkan) pada pertengahan bulan Januari tetapi ramai orang yang tidak sabar untuk melihat apakah yang terdapat pada Beta 1 yang terbaru ini, ada beberapa laman (yang pasti kini 2) yang telah menunjukkan Beta 1 ini.





err kenapa ikan betta (sejenis dengan ikan laga) tu sebagai latar belakang? pelik tetapi itu yang dibuat oleh mereka (
Microsoft)

dan terdapat beberapa lagi screenshot yang tidak menarik hendak ditunjuk disini kerana kekangan ruang yang menyebabkan gambar itu menjadi kecil. dan ini gambar terakhir yang K rasakan menarik



Kesimpulan
Windows 7 ini masih baru dan apa yang K boleh kata ialah, dari segi paparan antara muka (user interface) semakin baik daripada Vista yang terdahulu dan K boleh katakan lebih baik tunggu dan lihat

update 28122008
BitTorrent telah pun mempunyai fail tersebut, jika berminat dapatkan BitTorrent dan mula torrent sekarang :)


update 29122008
Windows 7 Beta 1 ini mendapat pujian yang tinggi kerana usaha Windows dalam mengeluarkan Beta mereka yang terbaik kerana tidak pernah satu Beta yang dikeluarkan oleh Windows yang begitu stabil sebelum ini dan ini memberi impak positif kepada Windows 7



update 30122008
DownloadSquad mengatakan bahawa PirateBay dan Mininova mendapat begitu banyak seeders dan leechers untuk file Windows 7 Beta 1. ini juga menunjukkan kegunaan P2P dalam menyebarkan file percubaan seperti ini walaupun begitu dikecam dalam memberi peluang cetak rompak bergerak

"kami tidak mencadangkan anda membazirkan masa untuk memuat-turun Windows 7 tetapi jika anda telah menggunakannya, jangan segan silu untuk memberitahu kami pendapat anda tentangnya" - microsoft

Sumber
TechSpot - Windows 7 Beta 1 is ready, leaked
Neowin - Windows 7 Beta 1 build 7000 leaks
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 1
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 2
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 3
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 4
Gizmodo - Windows 7: Windows 7 Beta 1 (Built 7000) leaks on BitTorrent
LifeHacker - Windows 7: Windows 7 Beta 1 out in the wild
Lowyat.Net - Windows 7 Beta ISO in the wild
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO leaked on torrent tracker
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO the hottest download on the net
Wired - Leaked copies of Windows 7 Beta 1 hit BitTorrent

Tiada ulasan: