Jumaat, 6 Februari 2009

[Kuliah] Information Retrieval (IR)

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 06022008

IR: Satu ringkasan
Pengumpulan Maklumat (Information Retrieval - IR) adalah salah satu cabang sains didalam menukarkan data kepada informasi didalam satu dokumen agar dapat dicari dengan lebih mudah dan tepat bersesuaian dengan kehendak pengguna. IR ini sering digunakan didalam bidang sains komputer, metematik, sains perpustakaan dan fizik. Namun artikel ini akan menekankan IR didalam bidang sains komputer kerana K sendiri berada didalam bidang ini.

Contoh IR dalam kehidupan
Terdapat banyak aplikasi dan sistem yang menggunakan sistem IR. Sebagai contoh terdekat adalah enjin carian di pelayan internet (internet browser) seperti enjin carian Google dan Yahoo. Kegunaan IR yang lain adalah pengagihan dan pencarian dokumen didalam sesuatu pusat data seperti perpustakaan. Sebagai contoh terdekat, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universti Malaysia Terengganu yang menggunakan sistem Katalog Capaian Umum Atas Talian (Online Public Access Catalogue - OPAC).
Index dan metadata
Didalam sesuatu sistem pusat data (database), index adalah cara untuk mempercepatkan dan meningkatkan kebolehan sistem database dalam mencari maklumat yang diperlukan yang terdapat didalam database tersebut. Secara analoginya untuk mencari sesuatu didalam bekas yang besar adalah lebih mudah dengan mengasingkan barangan yang terdapat didalam bekas itu secara terperinci. Terdapat beberapa cara untuk "melabelkan" sesuatu perkara itu berdasarkan jenis subjek. Sebagai contoh IR didalam satu database adalah:
Buku, dokumen dan journal - Semua data akan dilabelkan mengikut tajuk, penulis, tarikh keluaran atau digelar sebagai data-pengkatalogan-dalam-penerbitan yang selalunya dicetak dibelakang tajuk buku seperti contoh, Faisal Tehrani - Saasatul Ibaad. Data-pengkatalogan-dalam-penerbitan ini digunakan untuk membolehkan buku atau dokumen tersebut diletakkan didalam bahagian yang betul untuk memudahkan pengguna mencari.

Gambar - Mutaakhir ini gambar kebanyakannya disimpan didalam bentuk grafik dan bukannya filem seperti dahulu, dan kerana itu juga didalam database mungkin juga terdapat simpanan gambar yang perlu disusun dan diindex. Lazimnya gambar akan menyimpan metadata didalam gambar tersebut secara automatik yang mengandungi data seperti jarak fokus, jenis kamera dan mode yang disimpan didalam EXIF. Contoh EXIF adalah seperti di bawah.

Muzik dan lagu - Seperti gambar dan foto, muzik dan lagu juga kini disimpan didalam bentuk digital yang lebih mudah disimpan. Kerana itu muzik juga perlu dilabelkan. Selalunya format muzik yang popular seperti MP3 dan OGG akan dilabelkan berdasarkan beberapa perkara seperti tajuk, penyanyi, komposer, album dan kulit album. Cara ini perlu untuk mencari kembali lagu tersebut apabila diperlukan dengan mudah tanpa perlu mencari dokumen yang dikehendaki diseluruh database. Sebagai contoh untuk metadata kepada muzik adalah seperti gambar dibawah.

Laman web dan blog - Tidak dinafikan bahawa terdapat terlalu banyak laman web dan juga blog didalam dunia pada zaman kini, soalnya bagaimana untuk mencari informasi yang betul dan bertepatan dengan fakta sebenar adalah satu cabaran kepada enjin carian. Seperti Google dan Yahoo, mereka menggunakan metadata yang diletakkan sendiri oleh pembangun laman tersebut agar dapat dicari dengan mudah oleh pengguna berdasarkan kata kunci.

Methodologi IR
Jika berkata tentang methodologi IR, terdapat beberapa methodologi yang digunakan untuk memastikan pengkatalogan tersebut membantu pengguna dalam carian mereka kelak. Oleh kerana itu, antara methodologi yang digunakan adalah;
  • Ketepatan - anggaran bahawa dokumen tersebut menepati kehendak pengguna, dianggapkan sebagai nilai positif
  • Spesifik - anggaran bahaw dokumen tersebut tidak menepati kehedak pengguna, dianggapkan sebagai nilai negatif
  • Pengulangan - mengira pengulangan kata kunci dinyatakan didalam sesuatu dokumen.
  • Perkiraan-F - sebagai pegimbang antara ketepatan dan pengulangan untuk sesuatu dokument tersebut
Methodologi yang ditulis didalam artikel ini hanya methodologi mudah kerana setiap enjin carian mempunyai cara sendiri dan methodologi sendiri yang lebih kompleks dalam menjadikan enjin carian itu lebih baik kepada pengguna. Disebabkan itu juga dapat dilihat perbezaan antara dua enjin carian (Google dan Yahoo sebagai contoh).

Nota Hujung
Artikel K ini adalah satu artikel yang bukannya boleh dikatakan sebagai satu artikel yang boleh digunakan sebagai rujukan bersifat formal kerana K tidak mempelajari IR secara langsung tetapi hanya secara tidak langsung. Oleh itu terdapat banyak perkara yang tidak tepat didalam artikel ini. Dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan untuk memperbaiki artikel ini. Pada artikel akan datang, mungkin K akan menyentuh tentang bagaimana proses pengakaran perkataan (stemming) berlaku.

Sumber: Wikipedia - Index, Wikipedia - EXIF

Technorati Tags: , ,

Khamis, 5 Februari 2009

[Sekuriti] Anti-malware tipu: Sesi 5

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 05022009

Entri sekuriti lepas
Antivirus 2008/2009 & Smithfraud *
WinWeb Security - Fake/Rough Antivirus *
[security] VirusRemover 2008 & Spyware Secure *
[security] Rough AV - SpyProtector *

Pendahuluan Sesi 5
Oleh kerana terlalu banyak antimalware tipu kini, K akan menggunakan tajuk yang samaa sahaja selepas ini dengan sesi yang berlainan.Disebabkan sudah terdapat empat tajuk yang berkaitan pada entri lepas, maka entri ini akan bermula dengan sesi 5.

RapidAntivirus
pengeluar aplikasi ini menggunakan nama satu antivirus yang terkenal dengan aplikasi percuma iaitu avira antivir. dengan membuat satu laman yang mengaburi mata pengguna, antara lamannya adalah;
  • www.rapidantivirus09.com
  • rapid-antivir2009.com
  • antivirus2009plus.com
  • extraantivir.com


Antimalware guard & antispyware expert
Menggunakan aplikasi yang sama dengan hanya menukarkan namanya sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan ianya bukan satu aplikasi yang sah. Antara lamannya adalah;
  • antimalwareguardplus.com
  • antimalwareguardsolution.com
  • antipsywareexpertplus.com
  • antispywareexpertsolution.com
PCPrivacyCleaner
Mengatakan bahawa aplikasi ini adalah untuk pengguna yang mahukan satu sekuriti data mereka dan mencegah daripada data tersebut dicuri. Dan laman yang mereka gunakan adalah;
  • pcprivacycleaner-plus.com
  • yourprivacycleanerpro.com
XPBooster
Walaupun XP kini semakin menghampiri pengakhiran zamannya bersama Microsoft, tidak bererti populariti XP dapat diatasi oleh Vista dengan mudah. Oleh sebab itu masih terdapat aplikasi yang menggunakan nama "XP" pada produk mereka, termasuklah XPBooster ini. Hanya satu laman yang dapat dijumpai.

  • xpboosterpro.com

* Artikel ini adalah artikel lama, format pengeluaran artikel adalah tidak sama dengan artikel yang baru


Sumber: websecurityweblog

Technorati Tags: , , , , ,

Rabu, 4 Februari 2009

[Aplikasi & Windows] Windows 7 dan adik beradik

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 04022009

Windows 7
Senarai "ahli" Windows 7 telah dikeluarkan kepada umum hari ini dengan menunjukkan tradisi yang dimulakan oleh XP dan ikuti oleh Vista akan berlanjutan didalam Windows 7. Dengan menamakan beberapa jenis dan pakej Windows 7 yang akan dikeluarkan, sekali gus menunjukkan bahawa Microsoft kini sudah bersedia untuk mengeluarkan Windows 7 secara rasmi. Versi tersebut adalah:
  • Windows 7 Starter Edition
  • Windows 7 Home Basic
  • Windows 7 Home Premium
  • Windows 7 Professional
  • Windows 7 Enterprise
  • Windows 7 Ultimate
Windows 7 Starter Edition dikhaskan untuk netbook yang menjadi sasaran utama Microsoft untuk menyaingi Linux. Di sini terletak ironinya kerana sebelum ini, Windows 7 Ultimate beta dapat dijalankan dengan baik oleh itu mengapa dan kenapa netbook harus menggunakan Windows 7 Starter Edition yang hanya boleh membuka tiga aplikasi sahaja pada satu masa. Mungkin kerana spesifikasi khas yang membolehkan jangka hayat bateri netbook tersebut bertahan dengan lebih lama daripada menggunakan Windows 7 Ultimate. Dan untuk mengurangkan kos pengguna yang tidak mahu membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk memasukkan sistem operasi kedalam laptop mereka.

Sumber: DownloadSquad, TechSpot, GeekZone,ArsTechnica - Microsoft, LifeHacker - Windows 7, Gizmodo - Windows 7, Engadget, Gadget-Techology, TechRadar - OperatingSystem, ZDNet - EdBott

Technorati Tags: , , , , ,

Selasa, 3 Februari 2009

[Aplikasi] Google Earth: lebih dari sekadar aplikasi biasa

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 03022009


Google Earth 5.0
Jika anda seorang yang gemar menggunakan aplikasi Google Earth anda semestinya tahu apakah kegunaan dan keseronokkan menggunakan Google Earth, dan kini Google Earth kembali lagi dengan menambahkan beberapa pembaharuan terkini. Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Google terhadap aplikasi berasaskan web ini adalah;
  • Menyelami dasar lautan dan beberapa tempat yang disediakan video oleh pihak National Geography
  • Menyusuri edaran masa untuk melihat perbezaan sesuatu tempat berdasarkan gerak masa yang berlalu
  • Merakamkan pengembaraan anda didalam Google Earth untuk dikongsi bersama rakan anda
Google Earth: Selami Dasar Lautan
Dengan kebolehan terbaru ini, Google Earth kini semakin memenuhi permintaan penggunanya kerana berdasarkan namanya iaitu "Google Earth" pengguna sepatutnya dapat melihat lebih daripada panorama di darat tetapi juga dilautan. Lebih daripada itu, kerjasama bersama pihak National Geography juga membawa banyak perbezaan daripada Google Earth yang dahulu dengan menjadikan Google Earth sebagai satu globe yang besar untuk dijelajah oleh pengguna sebagai satu cara untuk belajar. Jika dahulu kita mempelajari tentang iklim dan keadaan sesuatu tempat dengan hanya memandang didalam gambar ataupun hanya membacanya, kini kita boleh melihatnya dihadapan monitor dan disertai dengan video daripada pihak National Geography yang akan menerangkan sesuatu perkara itu dengan lebih baik.
Google Earth: Mesin Masa
Gambar diatas adalah sebagai contoh dimana mesin masa Google Earth memainkan peranannya, berdasarkan gambar ini, dilihat bahawa perbezaan antara tahun 1998 dan 2008 dilokasi yang sama. Kegunaan perkara ini K lihat adalah untuk pengkaji sejarah, peradapan manusia, kemajuan sesuatu tempat dalam tempoh masa, dan juga bagi saintis untuk mengkaji kemusnahan alam. Oleh itu Google Earth menjadi semakin berguna untuk banyak skop.

Google Earth: Rakaman video
Dengan kebolehan ini anda mampu menunjukkan kepada rakan anda mahupun sesiapa sahaja apa yang telah anda lakukan menggunakan Google Earth, sebenarnya K rasakan perkara ini terhasil apabila begitu banyak rakaman yang telah tersebar menggunakan Google Earth menunjukkan apa yang mereka jumpai menggunakan Google Earth. Oleh itu Google mengambil inisiatif untuk mengeluarkan aplikasi yang membolehkan pengguna mereka merakamkan secara terus apa yang mereka jumpai. Dan rakaman itu boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Sumber
TechSpot: Google Earth 5.0 lets you dive into the ocean
ArsTechnica - Hands on: Google Earth 5.0 goes under the sea, back in time
CNETDownload - Hands on: Google Earth 5 delightful but imperfect
CNETNews - Images: Google Earth 5.0 travels oceans, time, and space
CNETNewsGeek - Google Earth adds Mars roving
ReadWriteWeb - Google Earth now maps the ocean floor and mars in 3D

Technorati Tags: , ,

Isnin, 2 Februari 2009

[Ulasan] Portable Antivirus oleh Mehacomp_91

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 02022009

Perihal terdahulu
[Aplikasi] Portable Antivirus

Ulasan khas daripada Mehacomp_91
Ulasan ini bukan dilakukan oleh K sendiri tetapi oleh rakan K, Mehacomp_91. K masih menunggu bilakah masanya Meha mahu membuat blog sendiri kerana kebolehannya bukan calang-calang berdasarkan usianya yang baru mengambil peperiksaan SPM. K hanya mengambil daripada Meha dan mengurangkan penambahan mahupun pengurangan daripada ulasan asal.

Repair Modified Register
Sistem ini bertujuan untuk membetulkan kembali sistem registry Windows yang telah diubah oleh anasir luar seperti Virus, Adware, Spyware dan Trojan. Sebagai contoh paling popular adalah;
  • task manager had been disabled by the administrator
  • Registry editor had been disabled
  • Folder option had been disabled
Kegunaan lain cara ini adalah untuk memasukkan semula aturcara Windows yang asal. Dengan hanya semudah mengikut arahan seperti didalam gambar dibawah, segala perkara selepas itu akan dilakukan secara automatik. Hanya dengan satu sentuhan.

Data0.net Process Viewer
Jika anda biasa menggunakan Task Manager di Windows, anda akan biasa menggunakan aplikasi ini kerana aplikasi ini hampir sama fungsinya dengan Task Manager. Seperti "shutdown", "reboot" dan "log off". Dianggap antara pengganti kepada Task Manager, malah boleh menggantikan Task Manager dengan membuat pilihan, option > replace task manager. Dengan itu, akan datang apabila anda menekan kekunci ctrl + alt + del, Data0.net Process Viewer akan menggantikan Task Manager anda.

Malware Manager
Setiap virus yang dikesan harus disimpan didalam satu bekas yang dinamakan "quarantine" dan PAV menggelarkannya Malware Manager. Bekas ini amat sesuai untuk digunakan untuk menyimpan sesuatu fail yang tidak diketahui sama ada ianya virus atau sekadar "false alarm" kerana tiada satu enjin imbasan antivirus didunia ini lepas daripada masalah ini, termasuklah PAV. Tetapi tidak banyak perisian sekuriti yang mempunyai kemudahan ini. Oleh itu Malware Manager ini adalah satu aplikasi sebagai tapak simpanan untuk menyimpan fail-fail yang tidak diketahui status bahayanya. Dengan semudah, Task > Add File To Malware Manager, anda akan mendapati fail tersebut telah dikunci didalam Malware Manager ini yang seumpam penjara bagi virus. Mudah dan senang.

Data0.net Explorer
Diharapkan aplikasi ini mampu menggantikan Windows Explorer ternyata tidak kerana terlalu sedikit kebolehannya untuk dijadikan sebagai pengganti tetapi kegunaannya mungkin berguna apabila anda mengalami masalah dengan explorer.exe anda mengalami masalah untuk berfungsi. Tetapi fungsi sebenar untuk aplikasi ini tidak dapat diterangkan dengan lanjut.

Kesimpulan Ulasan
Secara kesimpulannya, PAV adalah satu antivirus yang merangkumi beberapa perkara seperti
  • sistem imbasan virus - PAV itu sendiri
  • sistem pembetulan registry - Repair Modified Register
  • sistem pemantauan proses - Data0.net Process Viewer
  • sistem kuarantin - Malware Manager
  • sistem pemantauan fail - Data0.net Explorer

Ulasan ini telah dibuat oleh Mehacomp_91 dan diubah suai oleh TMUkmkd secara minima.

Technorati Tags: , , , ,