Sabtu, 20 Jun 2009

5 Permainan Catur (Chess) Di Linux

Kelab Catur UMT
K adalah salah seorang daripada ahli didalam Kelab Catur UMT yang masih baru setahun jagung apabila dibangunkan tahun lepas. Oleh itu penulisan kali ini akan memperkenalkan kepada pembaca, lima permainan catur yang terbaik didalam Linux, Ubuntu khususnya.

Knights
Dikatakan sebagai yang terbaik didalam kelasnya iaitu Catur dua dimensi (2D). Knights dibangunkan pada tahun 2001 dan kini pemain boleh menggunakan beberapa enjin kepandaian buatan[1] (AI) yang dibekalkan seperti BabyChess, GNUChess dan Cilian. Juga menyokong permainan di FISC dan beberapa laman serta kelab chess dunia di internet yang membolehkan anda berlawan secara atas talian dengan pemain seluruh dunia. Jika anda seorang pemain catur yang menggunakan Linux, Knights adalah pilihan utama.

Brutal Chess
Mempunyai reputasi yang baik didalam Linux mahupun Windows serta menyokong paparan antara muka tiga dimensi (3D), Brutal Chess dikatakan sebagai satu pemainan chess yang hebat di Linux, tetapi sayangnya setakat ini Brutal Chess seperti telah dihentikan pembinaannya. Kelemahan Brutal Chess adalah tidak menyokong sistem pemainan atas talian FISC. Dan K kurang menggemari permainan catur sebegini kerana tidak selesa dengan paparan antara muka 3D.

DreamChess
Paparan antara muka yang bersifat 3D, walaupun DreamChess mempunyai enjin AI yang tidak sehebat Knights, tapi mempunyai fungsi yang sama dengan Knights iaitu menyokong penyimpanan permainan untuk dimainkan pada masa akan datang. Menggunakan enjin Dreamer, DreamChess dikatakan bahawa tidak begitu hebat untuk pemain yang sudah biasa bermain. Oleh itu mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mahu mencabar AI. Tetapi masih menyokong sistem permainan pelbagai pemain (multiplayer).

pouteChess
Daripada tahap "Newbie" kepada "I'm Kasparov", pemain akan dicabar oleh AI yang menggunakan enjin Faile. Tidak begitu hebat, tetapi sebagai alternatif kepada Brutal Chess dan juga DreamChess kerana menggunakan antara muka 3D. K tidak pernah menggunakan permainan ini.

eboard
Pencabar terbaik Knights, eboard mempunyai antara muka 2D, menyokong permainan atas talian FISC dan beberapa tempat yang lain dan mempunyai enjin AI seperti GNUChess, Crafty dan Sjeng. Tidak syak lagi bahawa eboard merupakan pencabar terbaik untuk Knights.

[1] kepandaian buatan - artificial intelligent (AI)

Rujukan
Andrew, M. Top 5 Chess Games. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Issue #10 - Februari 2008. Laman Sesawang: http://www.fullcirclemagazine.org/

Tiada ulasan: