Rabu, 24 Jun 2009

Digodam: Cara Promosi Laman

Naiktaraf_1: 24 Jun 2009
Naiktaraf_2: 4 Julai 2009


Banyak Cara
Terdapat banyak cara didalam dunia untuk menaikkan sesuatu nama, termasuklah nama anda ataupun nama blog anda di mata manusia. Tetapi malangnya K boleh lihat kemungkinan besar terdapat satu cara yang lebih menarik untuk digunakan supaya dapat menaikkan nama laman ataupun blog dengan lebih pantas. Lebih pantas daripada cara SEO yang pelbagai, spam mahupun publisiti murahan. Secara tidak langsung menjadi cara promosi yang hebat. Tanpa menggunakan duit. Dengan cara menggodam laman sendiri.

Gila Chess: Mencuba Teori
Pertama kali K melihat teknik ini adalah daripada laman sesawang Gila Chess yang merupakan salah satu daripada laman sesawang yang menyatakan info tentang permainan catur di Malaysia. K mengenali Gila Chess daripada bekas Presiden Kelab Chess UMT sendiri. Dan pada 21 November 2007, Gila Chess telah digodam dan telah dilakukan defacement atau penggantian muka hadapan laman seperti gambar di bawah yang membawa erti bahawa Gila Chess telah di godam.


Tetapi isu ini selesai daripada menjadi perbualan peminat catur apabila pemilik laman ini mengatakan bahawa yang "mengodam" laman tersebut adalah dirinya sendiri. Kerana dia mahu menunjukkan bahawa tiada laman catur nombor satu di Malaysia. Tetapi niat sebenarnya bukan kepada hal promosi laman sebaliknya hanya mencuba teori. Itu hal lebih setahun yang sudah. Kini hal tersebut seolah-olah kembali. Anda kenal Azwan Ali?

Pihak Berkecuali
K menulis atas apa yang K fikirkan benar dan mungkin, bukannya hanya menulis secara membabi tuli. Daripada keadaan yang berlaku terhadap blog tersebut yang dikatakan di godam oleh seorang penggodam yang tidak mahu blog itu terus hidup, Tetapi daripada pandangan K, berlainan. K menganggap bahawa Azwan sendiri yang membuat spekulasi sebegitu untuk menaikkan publisiti blognya yang digelar oleh dirinya sebagai "Blog No 1". Mengapa K mengatakan sedemikian, K terangkan.

Seorang Penggodam
Tidak menjadi adat seorang penggodam untuk hanya menulis;
BLOG INI TELAH DIGODAM AKIBAT KETIDAKBIJAKSANAAN PEMILIKNYA.
DENGAN RASMINYA DIUMUMKAN BLOG INI DITUTUP.
Cara penulisan adalah sama dengan Azwan, cara gaya bahasa sama dengan Azwan, dan boleh K katakan, memang Azwan yang menulis perkara itu dan kononnya dia telah digodam. Mungkin orang yang mengikuti perkembangan blog tersebut akan percaya kerana naluri dan kemahuan mereka untuk melihat blog tersebut ditutup. Tetapi boleh K katakan, itu hanya penipuan semata-mata. Jika K yang menjadi penggodam tersebut, K akan menukar keseluruhan blog termasuklah membuang kesemua penulisannya dan juga membuat seperti mana yang dilakukan oleh pemilih laman Gila Chess tersebut. Jika penggodam Azwan mahu K percaya bahawa blog tersebut telah digodam, maka jawapannya tidak. K tidak mempercayai taktik murahan sebegitu. Buktinya, dia telah menukar penulisan yang mengatakan blog ditutup kepada sedang dikemaskini.

Harapan Azwan
Mungkin ini harapan Azwan. "Penggodaman" yang dilakukan akan menarik lebih ramai orang untuk masuk kedalam blognya sekaligus membuktikan ramai orang yang "rindu" kepada penulisannya. Membuktikan bahawa blognya adalah "Blog No 1" dan pelbagai lagi harapannya. Atau lebih jauh, blog Azwan tetap hidup walaupun telah di godam. Walaupun K bukan minat untuk membuka blog artis kerana K kurang minat pasal artis daripada tentang teknologi, tetapi penggunaan teknologi didalam meningkatkan populariti seseorang artis dengan cara ini adalah, merepek.

Nama Penggodam
Walau dimana anda berada tidak ada seorang yang meletakkan dirinya sebagai seorang penggodam dan meletakkan namanya sebagai *tapai*. Kerana asas untuk meletakkan nama adalah mesti berbaur teknologi dan canggih. Perkara kedua adalah selalunya seorang penggodam akan menggunaka bahasa l33t (baca sebagai leet) yang akan diletakkan didalam laman tersebut untuk menandakan bahawa laman tersebut telah digodam. Jika mahupun menggunaka nama *tapai* seharusnya dia meletakkan seperti ini;
7@p@i
7^p@i
┼âPäi
Oleh itu nama *tapai* bukan merujuk kepada seorang penggodam.

Kesimpulan
Kisah laman digodam mungkin menjadi tarikkan kerana penggodaman sesebuah laman adalah perkara yang paling tidak diminati oleh sesiapa. K menulis perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi ramai yang tidak faham dengan taktik sebegini. Dan meletakkan harapan paslu kepada diri mereka. Secara mudah, blog azwan ali tidak di hack.

Naiktaraf_1: Bukan K seorang yang mengatakan bahawa blog tersebut tidak digodam, Media Malaya juga sependapat.

Rujukan
GilaChess. (2007) 22 November 2007 GilaChess was Hacked! blog.gilachess.com
GilaChess. (2007) 26 November 2007 GilaChess back to normal. blog.gilachess.com
Khai. (2009) 22 Jun 2009 (Panas) Blog Azwan Ali Hacked! ohartis.com

18 ulasan:

K.ea berkata...

Syabas K ..

sekurang-kurangnya K ada pendapat sendiri...

harap2 Azwan akan baca dan berfikir dua kali jika berniat nak gunakan taktik yg sama nnti....

TMUkmkd berkata...

K tidak katakan K betul secara total.. tapi itu pendapat K yang K rasakan betul. :)

kalau ada pendapat yang tak setuju dengan K lagi baik.

anyway, thanks lawat.

HOT ZOOM berkata...

Syabas K,
Hang memang otak teknologi ICT.

Tak ramai berfikir macam hang K.

Aku pun tak terlintas camtu hahaha

chokilala berkata...

nice post. kalau aku la hacker tu, baik aku tukar password ataupun tekan je button 'delete this blog'. tak gitu? hehe

TMUkmkd berkata...

hotzoom - mungkin hal ni aku prihatin sebab pernah tahu pasal gila chess dulu :)

chokilala - yup, kalau aku jadi, baik tukar terus theme dia wakakakka.. putih bersih gitu.. tu baru betul defacement punya..

Faizal Rahman berkata...

Azwan Ali ghay!

TMUkmkd berkata...

Faizal - gay atau tidak bukan K mahu tekankan disini masalah utama yang mahu K tekankan adalah cara promosi tersebut. gay atau tidak biar dia selesaikan dengan Empunya jiwa dan K tak de hak untuk katakan apa2.

Jie berkata...

owhhhh..azwan ali, u make my day

lawak antarabangsa sungguh...pertama kali tgok pengodam cikai.... alang2 nak godam, itu saja mampu dibuat?

pertama kali tgok blogspot di godam...bertuahnya kerana dpt menempatkan diri dlm sejarah. Selalunya blog domain dan hosting sendiri kena godam.

SyaFia berkata...

ermm..kalo lili jd hacker pun lili delete je blog A.A tu..cam xbest je blog die..huhu..
jaat x ckp gitu..wawawa...

TMUkmkd berkata...

jie - malangnya hack yang ni tak diiktiraf sebagai hacking.. dan mengikut sejarah blogspot, kurang daripada 20 kali blogspot di hack

lili - tak best ke tak tu hal dia.tak leh kata gitu.. tapi kalau orang tak suka mesti ada sebab kan

HuRuL_AiNi berkata...

salam.....hahahaha...
ape je la diorang ni...serius la i don't like to visit blog yg over cemni...ada je cara nak promo blog, kata blog kena hack la...x pun blogger2 biasa pun slalu tulis isu2 yang berbentuk infomasi tetapi x disertai dengan kajian yg mendalam, tp penuh spekulasi semata-mata...we can see blog mana yg ada kredibiliti or not....huhu....jangka masa pendek ok la...long term hi hi bye bye la jawap nye....hihi

TMUkmkd berkata...

aini - macam kurang jelas kepada siapa sebenarnya penulisan tu ditujukan.. :D

HuRuL_AiNi berkata...

hoho...sorry...
ditujukan kpd org yg kamu katakan dlm entri ni...
agree with you....some blog ada je cara nak promo diri...but not that worth it....saya bukan maksudkan blog kamu, coz i can see the strong reasoning in ur entri...hihi

TMUkmkd berkata...

aini - owh.. bukan apa.. takut ada yang dimusykilkan :D

uchiha ct-k berkata...

hahahaha....
azwan ali memang sangat menggelikan hati eden....
tapi kan....perlu la die nak tulis segale macam carutan die kat situ....
die tu kan "the so-called DIVA"....
hahahhaa.....
dah la backgound huduh...
hee...
:D

TMUkmkd berkata...

uchiha - jangan la kutuk blog dia.. sian dia.. :D
dia rasa tu ok, nak buat macam mana..

p/s: tak leh nak kutuk blog orang.. sebab blog sendiri pun tak smart mana :P

uchiha ct-k berkata...

hahahaha....
perli saye ke?
bah betul bah tu...
blog saya memang x smart...

kalau cakap pasal blog ni...
smart pe blog awak ni....
pujian ikhlas ni....
:D

TMUkmkd berkata...

uchiha.. tak la.. mana ada kutuk blog awak. salah tone tu :D

haaa tu pun satu masalah dalam dunia siber.. salah baca tone.. boleh buat satu artikel tu wakakakka..

sebab kalau tuan dia rasa blog dia dah ok, so semua orang kene trima. kalau nak bagi pendapat boleh, kutuk..... tak leh kot :D