Selasa, 23 Jun 2009

Risiko Perkara Baru

Perkara Baru
Perkara baru yang K maksudkan adalah menaiktaraf sesebuah sistem atau membuat penukaran yang besar didalam mana-mana bahagian sistem. Perkara seperti ini mempunyai risikonya yang tersendiri kepada pengguna mahupun pembina. Oleh itu apa yang perlu difikirkan sebelum membuat penukaran sesebuah sistem ataupun sebahagian daripada sistem.

Implimentasi
Terdapat beberapa cara implementasi sesuatu yang baru didalam mana-mana sistem mahupun laman/blog. Yang paling popular adalah;
  • Menyeluruh
  • Berperingkat
  • Mentor/Pilot
Jika dilihat daripada tiga ini dilihat menyeluruh adalah yang paling laju tetapi teknik menyeluruh ini mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana peluang risiko untuk dihadapi adalah lebih tinggi daripada dua cara yang lain. Soalnya cara mana yang terbaik untuk memenuhi keperluan semasa.

Menyeluruh
K lebih minat untuk mengatakan tentang kesan yang mungkin dirasai daripada masalah membuat implementasi secara menyeluruh yang tidak berhati-hati dan terancang. Terdapat dua contoh yang bagus untuk dijadikan teladan kepada semua. Yang pertama adalah blog jejaktrend. Disebabkan kesalahan dan tidak berhati-hati didalam membuat penukaran tema dan opsyen menyebabkan blog ini mengalami kegagalan yang sekaligus menghilangkan semua penulisannya yang terdahulu. Seharusnya tuan punya blog tersebut membuat salinan pendua untuk sebarag kemungkinan. K mempunyai arkib didalam lappy untuk blog K sendiri yang di naiktaraf setiap sebulan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kehilangan data.

Kes yang kedua adalah Forum Cari: Melayu. Memang tidak dinafikan bahawa Cari adalah salah satu daripada forum yang mempunyai komuniti yang ramai. Dan disebabkan itu juga pengurus laman tersebut cuba untuk membuat yang terbaik untuk komunitinya. Baru-baru ini Cari telah membuat satu perubahan drastik yang melibatkan antara muka dan skrip. Masalah yang timbul adalah pihak pengurusan tidak memberi tahu tentang perubahan yang akan dilakukan lebih awal dan apa yang akan berlaku. Sekaligus menyebabkan segala apa yang penting seperti mesej hilang. Terdapat juga beberapa masalah berkaitan dengan perancangan seperti saiz perkataan, saiz ikon, warna yang terlalu cerah dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan. Sebaiknya pihak pengurusan perlu memaklumkan kepada pengguna tetang kesan dan akibat daripada transformasi tersebut.

Kesimpulan
Sebaiknya kepada mereka yang berniat untuk membuat sebarang penukaran daripada segi antara muka mahupun skrip, sebaiknya lakukan salinan pendua terhadap semua perkara. Untuk mengelakkan kemungkinan yang mungkin terjadi. Kita tidak mampu menghilangkan risiko, tetapi mampu untuk mengurangkannya.

4 ulasan:

SyaFia berkata...

ermm..mcm backup eyh..
lili punye penulisan dlm syafia's blog tu byk yg save dlm draf..yg tu pun dikire camni gak ke eyh..
kalo kat outside xdela plak lili simpn..
kecuali kalo lili tules tym xonline..tp by notepad la..huhu..

TMUkmkd berkata...

lili - yang blog satu lagi pun ada backupnya :D jangan bimbang.. mana tahu ada buat salah ke apa2 ke.. boleh restore balik

SyaFia berkata...

ek..ade eyh..nape lili xtau eyh..huhu

TMUkmkd berkata...

lili - haha.. kene bagi tahu ek :P