Selasa, 16 Jun 2009

ZINK: Mencetak Tanpa Dakwat

Dell Wasabi
K mendapat mesej daripada Meha tentang perkara ini pada cuti yang lepas. Yang berminat untuk mengetahui bagaimana teknologi Dell Wasabi menjadikan pencetakkan tanpa menggunakan dakwat sebaliknya dakwat tersebut dibawa oleh kertas itu sendiri. Dan K mendapati bukan hanya Dell sahaja yang berminat dengan cara ini. Perhatikan logo pada gambar Wasabi di sebelah.

Masih Ingat? Polaroid
Jika dahulu kita diingatkan bagaimana sebuah kamera yang digelar sebagai Polaroid boleh mengeluarkan gambar pada masa yang cepat tanpa perlu menunggu satu jam atau lebih untuk melihat kembali gambar. Tetapi teknologi itu semakin dilupai apabila kebanyakkan kamera kini dipindahkan daripada analog kepada digital. Yang mempunyai skrin LCD. Tetapi tidak semua yang suka untuk melihat daripada LCD tetapi lebih minat untuk memegang foto dalam bentuk kertas. Inovasi berlaku dan evolusi bertindak. Pencetak mudah alih direka dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan pengguna mencetak gambar terus ke kertas. Masalah utama adalah berat dan perlu membawa dakwat bersama. Kini dakwat bukan lagi menjadi masalah. Dell Wasabi dapat dikatakan antara pelopor pertama yang mengeluarkan pencetak yang menyokong teknologi Zero INK (ZINK). Mencetak gambar kepada kertas tanpa menggunakan dakwat.

ZINK
ZINK adalah satu cara yang mudah dan lebih bersifat mobiliti kerana pengguna hanya perlu membawa Wasabi yang ringan (kerana tiada dakwat) dan kertas ZINK. Cara teknologi ini berfungsi adalah pigmen dakwat bukannya dibawa oleh pencetak sebaliknya dimasukkan terlebih dahulu kedalam kertas ZINK. Dan pencetak hanya perlu memanaskan pigmen untuk mengeluarkan warna yang diperlukan. Ini terjadi apabila pigmen yang digunakan adalah didalam bentuk kristal dye yang bertindakbalas dengan haba yang dikenakan didalamnya. Mudahnya, setiap kristal tersebut bertindak seperti sensor yang akan bertindakbalas apabila haba dikenakan kepadanya. Dan ia juga bergantung kepada tempoh masa haba dikenakan kepadanya untuk menjadikan warna yang diperlukan.


Aiskrim Goreng
Jika anda pernah memakan aiskrim goreng, dapat dikatakan analogi terbaik berada didalam itu. Kerana kertas ZINK tersebut mempunyai banyak lapisan yang saling bertindih dan bagaimana warna dapat dikeluarkan daripada tindakbalas haba dan tempoh masa haba dikenakan adalah seperti pembuatan aiskrim goreng, Dengan suhu yang betul dan tempoh masa yang betul aiskrim dilapisan luar akan keras dan dilapisan dalam akan tetap sejuk. Jika suhu yang kurang panas kemungkinan lapisan luar tidak mengeras akan terjadi. Dan jika terlalu panas, lapisan luar mengeras dan lapisan dalam menjadi cair. Sebagai contoh untuk gambar dibawah adalah bentuk kristal yang dijadikan gamba hitam putih. Anda boleh melihat lebih banyak bentuk kristal yang telah menjalani proses pemanasan menggunakan sistem ZINK di laman galeri kristal mereka.


Polaroid Kembali
Kini idea Polaroid yang lama iaitu menggunakan kamera dan gambar di atas kertas dapat keluar dalam masa yang singkat dapat diteruskan. Menggunakan kemera digital dan dimasukkan sekali bersama pencetak ZINK kedalam kamera dan terhasil seperti gambar disebelah. Oleh itu kini terdapat tiga produk yang menggunakan ZINK. Dell Wasabi, Polaroid PoGo dan TOMY xiao. Idea TOMY adalah sama seperti PoGo dengan memasukkan pencetak kedalam kemera digital dan gunakannya secara mobil. Kemampuannya tidak K ketahui. Hanya orang yang menggunakannya tahu kebolehannya. Gambar TOMY xiao K letakkan di bawah untuk tatapan anda dan perbandingan dengan PoGo.


Rujukan
GeniusBeauty (2009) Dikeluarkan pada 8 Jun 2009. PoGo: New Zink Technology-Based Polaroid Instant Digital Camera. Hiper-rangkai: geniusbeauty.com didalam Valery504 (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. New Zink Technology for Polaroid Digital Camera. Hiper-rangkai: www.propeller.com

7 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

cool....

BUJANG SUSAH berkata...

mohon copy ya..

TMUkmkd berkata...

bujang - ok :)

acadterror berkata...

power seh.tapi kertas die agak2 mahal tak

TMUkmkd berkata...

acad - er......... no kome :D

Lynda berkata...

teringin sgt nak polaroid .. akan tetapi .. sigh .

TMUkmkd berkata...

lynda - mahal huhuhu