Ahad, 16 Ogos 2009

Pandemik H1N1 di UMT

Perutusan Khas Kepada Pelajar UMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar UMT sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor UMT telah bersetuju mengenai perkara-perkara berikut :

i) Pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom jangkitan H1N1 seperti demam dan salah satu gejala berikut iaitu Batuk, Sakit Tekak, Sakit Badan, Sakit Kepala atau Sukar Bernafas hendaklah mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang berdekatan dengan kediaman masing-masing semasa cuti pertengahan semester ini.

ii) Pelajar yang SIHAT sahaja layak untuk pulang ke kampus pada 23 Ogos 2009 apabila cuti berakhir. Pelajar yang sakit dan mempunyai gejala H1N1perlu mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit dari klinik yang berdekatan.

Kerjasama dari saudari dan saudari amatlah diperlukan agar pandemik H1N1 di kampus kita ini dapat dibendung dan dikawal. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
--
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

1 ulasan:

berkata...

>> sama2 la kita menjaga diri...
makin risau skang nih...