Sabtu, 8 Ogos 2009

Twitter Tidak Selamat

Naiktaraf_1: 8 Ogos 2009

Chrome Tarik Balik

Semua laman yang menggunakan https harus mempunyai sijil, dan jika tidak mematuhi syarat ataupun mempunyai masalah sekuriti, sijil tersebut akan ditarik semula. Itu yang terjadi kepada Twitter. Chrome telah menarik kembali sijil tersebut dan tidak membenarkan pengguna Chrome dan Chromium memasuki laman tersebut.


Sehingga isu ini selesai, pengguna chrome tidak dibenarkan memasuki Twitter melalui https://twitter.com tetapi masih boleh memasukinya melalui http://twitter.com sebagai alternatif.

Ternyata bukan hanya Chrome/Chromium yang tidak membenarkan memasuki twitter melalui https, tetapi Firefox juga walaupun tidak sehingga menyekat anda daripada menggunakannya. Anda boleh lihat simbol kunci yang mempunyai simbol tanda seru di taskbar di bawah Firefox anda.

12 ulasan:

Amoi berkata...

chrome? google chrome?
aku boleh je masuk pakai chrome aku neh..

TMUkmkd berkata...

emm mungkin ko keliru..
aku betulkan sikit..

harap ko paham

Tanpa Nama berkata...

adakah dia takde lesen tidak selamat..
nak selamat macam mana ko cakap?
kompius

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Eldy Voon berkata...

eh ? yakah ? kenapa gua masuk cam ok jer ..

TMUkmkd berkata...

tanpanama: pernah pakai online banking? ada https kan? ok https tu bukan sedap2 hati je nak guna. kene dapat sijilnya. kalau tak lepas, maka sijil tu ditarik balik. macam tu la yang berlaku kepada twitter.

eldy: masuk memang boleh kalau guna http, tapi jaminan info apa yang kita masuk dah tak de macam kita guna https. mungkin orang tak kisah mana. selagi tak berlaku kepada mereka

Tanpa Nama berkata...

owh kira kalau kita masuk site yang ada http selamat la tu?
kalau kita masuk site takde http kekadang ada yang penipu kan..

TMUkmkd berkata...

site yang menggunakan https adalah satu site yang diiktiraf selamat.
yang tak guna https tak semestinya selamat. tak de satu jaminan yang mengatakan dia selamat.

p.s: masalah ni hanya kene pada chrome yang latest, untuk yang lama rasanya akan hanya bagi warning je.

hurulaini berkata...

salam...

saya rasa kalau sekadar tidak layak mendapat 'safe certificate' tak bermakna sesebuah laman web itu tidak selamat....
rasanya amaran di atas disedia jika terdapat laman web yang menyamar sebagai banking site...jadi sekurang-kurangnya pengguna tahu laman bank online itu sahih atau tidak....

secara umum laman web http biasa adalah selamat jika kita hanya buka & baca...& ia tidak diiktiraf selamat mungkin kerana data yang terdapat pada laman web tersebut boleh diekses oleh semua orang, sbg contoh webpage twitter kita...tapi ini tak bermakna orang akan dpt password or personal info lain

web yang tidak selamat akan keluar tanda 'This site may contain elements that may harm your computer'....tu tandanya blog atau website itu ada malware/virus.....

Nazu Corp. berkata...

Salam...
Setuju sangat dengan Hurulaini..
Informasi disampai tidak berapa jelas..

TMUkmkd berkata...

emm mungkin apa yang K tulis tak dapat nak disampaikan kot.. huhu.. tak pe la..

weblog popular 1malaysia berkata...

chrome nih same as google chrome kan? bole jer masuk..