Rabu, 30 September 2009

Twitter, Berita dan Gempa

Pantas & Cekap
Siapa yang telah membuktikan kecekapan Twitter didalam menyebarkan maklumat? Antaranya adalah Jacko, Yasmin Ahmad dan Asri Rabbani. Petang ini berita gempa bumi pula telah disebarkan melalui Twitter dikalangan pengguna Malaysia.

475KM Daripada Kuala Lumpur

Magnitude 5.5 dan hanya kira-kira 460KM daripada Kuala Lumpur, gempa bumi di Selatan Sumatera kira-kira 1838 (6.38 Petang) tadi diberitakan melalui Twitter. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh amanz, jika teknologi seperti Twitter ini dijumpai terlebih dahulu kemungkinan korban gempa bumi di Acheh dahulu akan berkurangan.

Notakaki: Terdapat beberapa pencanggahan didalam magnitude, ada yang mengatakan 7.6 dan ada yang mengatakan 5.5 tetapi secara rasmi daripada beberapa sumber besar adalah 5.5.

Sumber
Amanz. 30 September 2009. Twitter : Medium Penyampaian Maklumat Terpantas. amanz
IRIS. Seismic Monitor. IRIS
USGS. 30 Spetember 2009. Magnitude 5.5 - SOUTHERN SUMATRA, INDONESIA. USGS

2 ulasan:

Amoi berkata...

Melaka terkena gempa bumi tadi. Kecoh kejap kat facebook.haha.

Tanpa Nama berkata...

twitter ni dah lama cuma baru skang penggunaanya meluas.
twitter asalnya utk business marketing tp sbb penggunaanya meluas dah jd commercial especially bila byk artis2 top join.
w'apapun mmg twitter byk membantu dlm penyebaran PALING PANTAS berita dalam dunia.