Isnin, 28 September 2009

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx

Hadiah Hari Raya
Mark Shuttlemorth memberikan "hadiah hari raya" kepada semua pengguna Ubuntu dan penggemar FOSS dengan membentangkan tentang Ubuntu 10.04 pada minggu lepas. Yang diberi nama, Lucid Lynx.

Peka, Menarik, Exotik dan Cekap
Bila berkata tentang Lynx, apa yang boleh diperkatakan adalah seekor haiwan daripada keluarga kucing. Lebih besar daripada kucing rumah biasa. Mungkin seumpama kucing hutan. Dikatakan mengapa memilih Lynx adalah kerana Lynx mempunyai sifat lincah, kecik dan bersifat pemangsa. Walaupun terdapat sedikit kontreversi kerana Apple secara umumnya mempunyai nama-nama sistem operasi yang menggunakan nama keluarga kucing (Tiger, Leopard, Snow Leopard). Secara kasarnya sasaran Lucid adalah untuk memperbaiki segala kelemahan yang terdapat daripada versi sebelum disamping memberikan khidmat yang lebih baik daripada versi LTS (Long Time Support) yang lalu iaitu Hardy. Lucid adalah versi ketiga didalam keluaran LTS selepas Dapper dan Hardy.

Jangkaan
Dikeluarkan pada 29 April 2010. Menggunakan Gnome 3. Mensasarkan masa penghidupan 10 saat dan kurang.

Harapan
Memang benar Ubuntu merupakan Linux Distro yang paling pantas berkembang. Mengenalkan LiveCD, mempunyai trend pengeluaran versi setiap 6 bulan. Tetapi jika benar Ubuntu mahu bersaing dengan mana-mana sistem operasi yang lain seperti Windows, Mac OSX mahupun Linux Distro yang lain seperti Fedora, kualiti perlu di perhatikan dan diambil berat.

Sumber
Jorge. 22 September 2009. Announcing Ubuntu 10.04 LTS: The Lucid Lynx. Ubuntu The Fridge
Nestor, M. 23 September 2009. Ubuntu 10.04 LTS a.k.a. Lucid Lynx. Softpedia
Paul, R. 23 September 2009. Ubuntu 10.04 LTS announced, codenamed Lucid Lynx. ars technica
Ubuntu Geek. 21 September 2009. Ubuntu 10.04 Code Named Lucid Lynx. Ubuntu Geek

2 ulasan:

muyyaQ™ berkata...

harap2 la ubuntu ringan sket -.-"

TMUkmkd berkata...

tu ok lagi.. jangan tak support intel chipset lagi sudah.. =="