Selasa, 15 September 2009

Wanita & Komputer

Wanita ≠ Komputer
Itu merupakan satu perkara yang lazim diperkatakan. Jika seseorang itu dinamakan perempuan maka 'harus' baginya untuk tidak tahu tetang ilmu komputer. Jika terdapat apa-apa masalah tentang komputernya 'harus' untuk dia segera pergi ke kedai atau meminta pertolongan daripada rakannya. Wanita 'harus' tidak tahu tentang ilmu komputer. Jikalau tahu sekalipun hanya tahu untuk menggunakan komputer secara asas. Apa sahaja yang berkaitan dengan komputer adalah membosankan, sukar difahami dan tidak sesuai dengan jiwa mereka. Itu dahulu. Tetapi kini apa senarionya?

Tetap Sama
Kajian yang dibuat di Australia mengatakan bahawa wanita masih mengaggap perkara berkaitan dengan komputer seperti informasi dan teknologi komunikasi adalah membosankan. Kajian itu merupakan sorotan daripada kajian yang terdahulu yang dilakukan pada tahun 2001 yang mengatakan 36 peratus wanita dan 16 peratus lelaki beranggapan perkara berkaitan komputer itu membosankan.

Pendapat K
K sebenarnya agak bersetuju dan juga tidak bersetuju. Bergantung kepada situasi, skop dan juga bagaimana kajian itu dilakukan. Jika berkata tentang bidang komputer secara mendalam seperti bagaimana untuk membaiki masalah komputer sendiri ataupun menhadapi masalah virus mungkin golongan ini kurang mengetahui. Itu dahulu, kini bagi K peratusan yang berfikiran begitu telah menurun, sebagai contoh yang mudah adalah Waida, empunya blog Wanita dan Komputer yang menegaskan bahawa bidang komputer itu bukan hanya untuk kaum lelaki tetapi juga wanita seperti dirinya. Berkongsi pengalaman dan idea tentang bidang komputer kepada semua orang terutamanya mereka yang bergelar wanita.

Wanita = Komputer
Di Malaysia kurang pendedahan menunjukkan kepada masyarakat siapkah contoh wanita yang mempunyai kepakaran didalam bidang komputer. Jika anda membaca FullCircle, mereka ada menunjukkan siapakan wanita yang berkait rapat dengan Linux Ubuntu. Wawancara yang dimasukkan kedalam kolum 'Ubuntu Women' menunjukkan bahawa wanita ada yang pakar didalam bidang komputer dan bilangan mereka semakin meningkat. Sekaligus membuka mata pengguna wanita bahawa Linux dan komputer bukan untuk lelaki tetapi juga wanita.

Kesimpulan
Bagi K kenyataan bahawa kaum wanita masih ketinggalan dalam bidang komputer berbanding kaum lelaki memang benar, tetapi peningkatan tersebut tetap ada. Jika anda mampu untuk mengurangkan jarak tersebut, maka tunjukkan bahawa anda mampu.

Sumber
Farrell, N. 14 September 2009. Girls still think that IT is too boring. www.fudzilla.com

1 ulasan:

afifisa berkata...

gempak giler blog ko
kagum2