Sabtu, 19 Disember 2009

Satu Dekad 2000-2009

10 Tahun
Mudah kata sudah 10 tahun K mengunakan komputer secara "sebenar". Walaupun sejarah penggunaan komputer adalah lebih awal daripada itu. Teringat kembali game Skifree (gambar) yang pada masa itu K tidak tahu jenis komputer dan OS yang digunakan kerana terlalu kecil. Lebih mudah rasanya untuk mengatakan 10 tahun atau mungkin lebih beberapa bulan.

Sejarah Sedekad
Antara yang K masih ingat.
1. Windows 98: tahukah anda bahawa windows 98 ni pernah mengalami kejadian yang hampir sama ketika XP tiba? Stabil dan mudah.


2. Homeworld: Tak perlu kata banyak. K telah terangkan dahulu.

3. Half-Life: Pening tapi seronok.

4. Adobe Photoshop 7: Inilah asas penglibatan K didalam dunia gambar digital. Susah dan menarik. Masih ingat pada masa itu disebelah K adalah buku manual dan tutorial penggunaan Adobe Photoshop 7. Kombinasi kekunci adalah penting didalam Adobe Photoshop 7. gambar [via]


5. Code Red: Jika kini orang berkata tentang Conficker, dahulu Code Red adalah salah satu cecacing yang paling bahaya dengan lebih 350, 000 pelayan web telah dinodai. Gambar [via]


6. Brontok: Ini adalah virus yang mengajak K mempelajari OllyDbg, Sandboxie dan kejuruteraan balikkan (baca: reverse engineering) untuk mengetahui bagaimana dia beroperasi. Punca utama penglibatan K kedalam dunia sekuriti (sekarang sudah kurang). Masa tu cuba-cuba. Kerana tak tahu apa-apa.


7. Gempa Bumi Taiwan: 2006. Masa itu di Matrik. Lebih sebulan internet seperti hidup segan mati tidak mahu. Terlalu perlahan. Terlalu terlalu perlahan. Selepas kejadian itu selalu pula cable bawah laut dimana-mana putus.

8. Dan lain-lain yang kurang melekat di dalam memori.

Korang pula?

10 ulasan:

sukiminna berkata...

1 tahun aku berbloggin. PR aku masih kekal tak naik2..hehe

TMUkmkd berkata...

macam aku punya naik lak XD
tak pernah pikir pun pasal nak dapat PR3 ke apa..

MomTom berkata...

baguslah ko. menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. chantek!
aku pown dah lupa pasal gempa bumi tu.
nasib baik ko ingatkan balik

TMUkmkd berkata...

@momo tak best gila seh masa tu.. net down abis =="

Guru Besar berkata...

Hahaha.. teringat zaman komputer skrin hijau dulu, cakera liut besar-besar dan PIRCH - satu program yg lagi hebat dari MIRC. Kenapa PIRCH mati aa?

TMUkmkd berkata...

@farimi pirch.. salah satu client irc kan?
huh.. irc.. satu benda yang pelik.
K tak pernah guna irc sebelum ni. 1st time guna tahun ni :p dasat kan?

mungkin dia mati sebab populariti?

aman berkata...

ko lagi lama dari aku. aku start guna windows me. huhu

TMUkmkd berkata...

@amanz wow. biar betul? tapi ko lagi hebat dari aku ^_^ site amanz tu banyak ilmu tuh !

Guru Besar berkata...

Aku sempat tu ngetest wat cluster IRC server ngan 4 orang member guna PIRCH. wahaha... best time tu.

TMUkmkd berkata...

@farimi buat sendiri ke cluster tuh? macam menarik ^_^