Isnin, 6 April 2009

[Artikel] Conficker. Episod Akhir

Tarikh Keluaran Artikel: 06 April 2009

Setelah di tulis acap kali disini, sini, sini, sini juga di sini dan kali terakhir di sini.

Mengapa Conficker Gagal
Apa yang menyebabkan Conficker dikatakan gagal. Jika mengikut jumlah mangsa yang terkena ianya bukanlah satu perkara yang gagal semata-mata. Sehingga Confikcer.C dikatakan jumlah yang terkena adalah melebihi 15 juta sistem diseluruh dunia. Tetapi dalam faktor mana yang dikatakan Conficker gagal.

Sasaran Utama: P2P
Menurut Alternator yang dinyatakan melalui komennya didalam tajuk [Artikel] Projek Conficker: Batal;
fungsi dan konsep Conflicker (versi C) (i)ni lebih kepada (penyebaran melalui) P2P.
Perkara itu yang gagal dijalankan dengan baik oleh Conficker pada 1 April. Bukannya menyebarkan jenis virus yang baru, kerana Confiker.C telah dijumpai pada 6 Mac 2009 dan dianggarkan penyebaran bermula pada 4 Mac 2009 (Phillip, Hassen & Vinod, 2009). Apa pula kaitan antara 1 April dan Conficker?

Conficker.C & 1 April 2009
Di dalam kod sumber (source code) Conficker.C, terdapat satu bahagian yang mana virus tersebut akan melakukan naik taraf secara sendiri pada 1 April 2009 dan menyebarkan versi terbaru tersebut melalui rangkaian terutamanya menggunakan P2P. Tetapi itu yang tidak berlaku, kerana itu juga diistiharkan bahawa modus operandi Conficker.C pada 1 April adalah gagal. Walaupun terdapat beberapa kes yang melibatkan Conficker tetapi ianya tidak melibatkan dalam jumlah yang besar dan hanya melibatkan beberapa buah negara seperti Vietnam. Perkara utama dalam serangan Conficker adalah menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh akibatnya. Ianya juga menyebabkan anda tidak dapat memasuki beberapa laman web yang melibatkan sekuriti seperti TrendMIcro dan WebSecure.

Fakta Kes Tempatan
Berdasarkan Alternator juga, kebanyakkan sistem komputer di Malaysia yang dijangkiti Conficker adalah berpunca daripada perkongsian pemacu kilat USB (USB Flash Drive - UFD). Kerana Conficker juga mampu merebak melalui cara tersebut. Jika di sorot kembali zaman kegemilangan Brontok yang digeruni satu masa dahulu, modus operandinya adalah sama dan hasilnya amat memberansangkan. Itu adalah zaman dimana kurangnya pengguna UFD tidak seperti sekarang. Oleh itu fikirkan bertapa meluasnya pengaruh Confiker di Malaysia.

Kesimpulan
Tujuan episod akhir ini adalah untuk menyatakan bahawa Conficker sebenarnya tidaklah seganas yang disangka jika anda tahu bagaimana untuk menanganinya. Cukup sampai sini, cukup pasal Conficker.Kerana anda perlu ingat bahawa bukan hanya Conficker/Kido/Downadup yang berada di luar sana, tetapi banyak lagi jenis yang lain. Oleh itu "security is not a product, it's a process".

Jika anda berminat untuk mengetahui adakah anda mengalami simptom Conficker yang paling mudah, tekan kursor tetikus anda di [sini]

Rujukan
Phillip, P., Hassen, S., & Vinod, Y. (2009) Dikeluarkan pada 8 Mac 2009. Kemaskini terakhir pada 4 April 2009. Conficker C Analysis. Laman Sesawang: mtc.sri.com

Jumaat, 3 April 2009

[Seni] The Evil Game

Tarikh Keluaran Artikel: 03 April 2009

Final Exam
5 April 2009. Peperiksaan Akhir Semester Disember 2008/2009 akan bermula. Oleh itu kepada semua pelajar dan semua yang berkaitan dengan peperiksaan ini, semoga anda melakukan yang terbaik. Poster yang dibuat ini menunjukkan kegembiraan dan ketakutan yang dicampur odakkan bersama untuk membentuk satu entiti yang mempunyai nilai "gelap" dan "cerah". Inspirasi daripada filem seram dan filem-filem lain yang mempunyai konsep yang sama. Untuk menunjukkan peperiksaan akhir tidak lah menakutkan jika dilihat daripada sudut yang lain tetapi membawa sinar yang akan menerangi kegelapan tersebut. Oleh itu, semoga berjaya kepada semua. Untuk melihat dengan lebih jelas, tekan gambar.

Konsep: Seram
Sistem Operasi: Ubuntu Linux
Perisian: Adobe Photoshop 7
Tulisan: SF_Movie daripada dafont

Khamis, 2 April 2009

[Artikel] Projek Conficker: Batal

Tarikh Keluaran Artikel: 02 Mac 2009

TambahBaik_1: 03 April 2009

Conficker.C

Setelah lama menunggu, setelah poster dipasang, setelah war war dilaungkan akhirnya Hari Conficker menjadi Hari Hoax terbesar di dunia selepas Y2K pada tahun 1999-2000. Setelah hampir 3 hari menunggu, tiada sebarang pergerakkan drastik yang dilakukan oleh Conficker. Akhirnya setelah bosan menunggu, amaran Conficker diturunkan kepada "berjaga-jaga" daripada "darurat" "hampir darurat". Nafas lega boleh ditarik, tetapi masih belum selamat....

Psikologi Balikkan
Jika benar apa yang K katakan, sebenarnya bukan pada 1 April Conficker.C akan dilepaskan tetapi lebih lewat, tatkala manusia telah mula lupa tentang ancamannya. 3 April 2009? 7 April 2009? Atau mungkin bila masa dirasakan sesuai. Kerana kini segalanya boleh dirancang, seperti penggunaan Google Trend (Dan, 2009). Kerana pada kali ini Conficker terlalu di berikan perharian seluruh dunia sehingga MyCERT sendiri mengeluarkan notis amaran Conficker diseluruh dunia dan disebabkan itu Confikcer tidak mencapai motifnya yang sebenar. Oleh itu perkuatkan pertahanan anda setiasa dan jangan sesekali dibiarkan terdapat celah untuk musuh berlari megah melepasi kubu anda. Kerana mungkin tanpa sedar sistem yang nampak kukuh di permukaan sebenarnya telahpun dikuasai oleh musuh tanpa sedar (Robert, 2009)(Alexander, 2009).

Apa itu conficker?
sila rujuk di sini, sini, sini, sini dan juga di sini

"Security is not a product, it's a process"

Rujukkan

Alexander, T. (2009) Dikeluarkan pada 2 April 2009. Number of Conficker.c-Infected PCs Much Bigger than Thought. Laman sesawang: www.efluxmedia.com
Dan, R. (2009) Dikeluarkan pada 2 April 2009. Hackers watch Google Trends to 'spamdex' results relating to Conficker. Laman sesawang: www.scmagazineuk.com
Robert, M. (2009) Dikeluarkan pada 1 April 2009. Conficker May Be More Widespread Than Previously Thought. Laman sesawang: www.pcworld.com

[Khas, Seni] PITA

Tarikh Keluaran Artikel: 02 April 2009
TambahBaik_1: 03 April 2009

PITA: Projek Ilmiah Tahun Akhir
Tunggu Sekejap

Semoga berjaya kepada semua tahun akhir kejuruteraan perisian pada tahun ini dalam membentangkan laporan sistem/kajian anda. (tekan gambar untuk paparan lebih jelas)

Rabu, 1 April 2009

[Khas] Selamat Hari Conficker

Tarikh Keluaran Artikel: 01 April 2009
TambahBaik_1: 03 April 2009

poster buat sendiri sempena hari conficker

Versi ala-ala movie. (Tekan gambar untuk paparan lebih jelas)

Tunggu Sebentar