Isnin, 29 Jun 2009

Jacko Membunuh Internet

Tiada Tapi Masih Dirasa
Mungkin ada yang masih terasa pemergian Jacko semalam tetapi hidup harus diteruskan dan perjalanan kita pula masih belum tamat. Terdapat banyak kenangan yang ditinggalkan kepada semua peminatnya, tetapi kenangan yang paling bermakna pada K adalah apabila Jacko menunjukkan kekuasaan terakhirnya dengan menggoncang kemampuan internet diseluruh dunia.

Twitter
Jauh sebelum kenyataan Jacko telah tiada, Twitter menjadi mangsa pertama dengan pergerakkan topik Jacko melebihi 100,000 tajuk per jam membawa kejatuhan Twitter apabila tidak mampu lagi mengekang kemaraan pengaruh Jacko. Twitter mengatakan bahawa Jacko adalah lebih hebat daripada N1H1 dan boleh dikatakan menyamai kisah politik Iran. Twitter tewas sebelum Jacko telah tiada, mangsa pertama, Twitter.

TMZ
TMZ diserang ketika keluarnya kenyataan daripada mereka, Jacko telah tiada. Ada yang mahu mempercayai ada yang tidak, tetapi itu sudah cukup untuk meruntuhkan kemampuan TMZ apabila mereka dijatuhkan oleh pengaruh Jacko setelah berita kematian tersebut dikeluarkan. TMZ merupakan yang pertama mengeluarkan berita kematian Jacko, lebih awal daripada kenyataan rasmi. Mangsa kedua, TMZ.

Google
Tidak dapat disangkal, daripada saat Jacko koma dirumahnya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan Google diserang bertubi-tubi dan akhirnya server mereka mengeluarkan perlindungan automatik kerana menyangkakan server mereka diserang oleh malware yang membuat carian yang sama terlalu banyak. Digelar sebagai "volcanic" oleh Google Trend, Google mengakui bahawa mereka adalah mangsa ketiga.



iTunes & YouTube
Secara tiba-tiba semua lagu Jacko yang lama mengungguli carta iTunes. Lagu seperti Thriller dan Man In The Mirror mendaki carta lagu paling dikehendaki dengan begitu pantas. Sehingga iTunes juga mengalami kelembapan daripada biasa. iTunes boleh dikatakan sebagai antara mangsa. Antara yang tersenarai adalah;
  • #1: "The Essential Michael Jackson"
  • #2: "Thriller"
  • #3: "Number Ones"
  • #4: "Off The Wall"
  • #5: "Thriller (25th Anniversary, Zombie Cover)"
  • #6: "Bad"
  • #7: "Michael Jackson: The Ultimate Collection"
  • #10: "Dangerous"
Youtube juga telah membuat laman khas untuk Jacko yang menempatkan kesemua videonya dan juga yang berkaitan dengannya seperti GeliMat. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa GeliMat diilhamkan daripada video yang menaikkan nama Jacko, Thriller.Terutamanya yang bukan hidup pada zaman Thriller. K kenali lagu tersebut kerana jaket merahnya.

AOL, Yahoo, CNN, CBS, MSNBC & Facebook

Mereka menjadi mangsa kepada trafik yang begitu tinggi sehinggakan mengalami sedikit kelambatan untuk memasuki laman tersebut. Jacko telah meninggalkan impak yang hebat kepada mereka. Antara yang menjadi kesan adalah AIM (AOL Instant Messenger) yang dikelolakan oleh AOL telah tidak dapat dimasuki kerana trafik yang begitu tinggi. AIM "pengsan" selama 40 minit. Facebook mencatatkan kenaikkan secara mendadak pengunjun mereka yang mengubah status mereka kepada perkara yang berkaitan dengan Jacko. Iaitu tiga kali ganda. Yahoo mendapat trafik yang tinggi disebabkan halangan daripada server Google yang mengeluarkan sistem keselamatan mereka, ironinya Yahoo mendapat 16.4 juta pelawat unik disebabkan isu ini.

Media Zaman Kini
Apa yang berlaku kini menjadikan dunia maklumat ini semakin berkembang dan berkembang, jika dahulu kita hanya dapat mengetahui tentang sesuatu berita hanya daripada media cetak dan elektronik seperti television mahupun radio. Tetapi kini perubahan menyebabkan sesebuah info lebih pantas dapat disebarkan daripada cara tradisional lebih lagi daripada surat khabar yang dicetak di atas kertas. Berapa orang yang mendapat berita ini daripada surat khabar kini? K boleh rasakan semakin kurang dan semakin kurang. Dapat dilihat Twitter menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan info terkini. Disitu dapat dilihat kelainan apabila kematian Elvis Presley, Raja Rock & Roll dahulu, walaupun masih menyeluruh tetapi info tersebut lambat untuk didapati oleh peminatnnya, tetapi lain dengan Jacko. Perubahan ini akan tetap berlaku, dan bagaimana pula pada masa hadapan?

Rujukan
Charles, A. (2009) 26 Jun 2009. How Michael Jackson's death captured Twitter's trends (updated). www.guardian.co.uk
Chleo, A. (2009) 26 Jun 2009. Jackson's Death Prompts Record Traffic for Yahoo. www.pcmag.com
Greg, S. (2009) 26 Jun 2009. Michael Jackson dominating iTunes, YouTube. news.cnet.com
Jacqui, C. (2009) 26 Jun 2009. Internet groans under weight of Michael Jackson traffic. arstechnica.com
Jake, C. (2009) 26 Jun 2009. News of Jackson's death first spread online. www.physorg.com
Juan, C. P. (2009) 26 Jun 2009. News sites falter as traffic spikes after Jackson's death. www.macworld.com
MacDailyNews. (2009) 25 Jun 2009. Michael Jackson albums quickly ascend iTunes Store’s Top Albums list. www.macdailynews.com
Maggie, S. (2009) 26 Jun 2009. Web slows after Jackson's death. news.bbc.co.uk in Fudzilla Staff (2009) 26 Jun 2009. Michael Jackson's demise causes net slowdown. www.fudzilla.com
Mark, H. (2009) 26 Jun 2009. AOL Confirms AIM Outage After Jackson's Death. www.pcmag.com
Roly, C. (2009) 26 Jun 2009. Jackson: Did the internet buckle? www.bbc.co.uk
Tom, K. (2009) 26 Jun 2009. Google thought Michael Jackson traffic was attack. news.cnet.com

11 ulasan:

uchiha ct-k berkata...

woahhh...
hebat btol jacko ni....
yang x tahan nye...geli mat pun termasuk skali....
kalau omputeh2 kat luar sana tu tau ape maksud "sarikata" kat bawah tu....mesti diorang pun ketawa terbahak2....
hehe....

adik saya haritu ckp...
"baru adik tau yang geli mat tu menari macam michael jackson"
hehe....

x nk komen byk pasal jacko sebab x minat die pun....
huhu...
tp bg org seni mungkin memang 1 kehilangan besa la....

HOT ZOOM berkata...

Aku respect nama Jacko tapi aku lagi respect kat K cepat dapat idea untuk buat artikel ni.
Syabas K.

TMUkmkd berkata...

uchiha - gelimat memang ambil dari thiller.. sapa yang ingat thriller memang akan tahu.. :) tapi tu la.. siap masukkan sekali tu..

p/s: mikel jeksen malaysia yang dalam malaysia idol pun ada (tu lagi la)

hot - tak la.. banyak orang kata pasal ni sebenarnya, just tak buat betul2

acadterror berkata...

bes bes artikel ini :)

TMUkmkd berkata...

acad - thanks melawat

Kiubrubik berkata...

rip mj.

kimmy berkata...

artikel yg bagus bro...syabas inspector sahabbb...

TMUkmkd berkata...

thank to marzuki & kimmy

Tanpa Nama berkata...

hebatnya penanga MJ kan .. dah mati lg dahsyat penangan dia .. heh

TMUkmkd berkata...

lynda - haha. tu tak kira orang yang ambil kesempatan atas kematian dia lagi :D

Syalily berkata...

N1H1=H1N1 ea..
hehe..
baru ari ni dpt bace pasal ni..