Ahad, 7 Jun 2009

Penulisan Bebas: SPM 10 Mata Pelajaran

Penulisan Bebas
Penulisan K pada kali ini adalah bersifat sebagai satu pedapat yang mahu diluahkan daripada hati, tidak bermaksud untuk menentang mahu menyokong mana-mana pihak. Artikel ini telah ditulis terlebih dahulu pada 5 Jun 2009 sebelum dikeluarkan pada hari ini. Ditulis berdasarkan idea dan pengalaman selama ini. Sebarang cadangan dan komen dialukan.

SPM 10
Muktahir ini kedengaran beberapa pedapat bahawa jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya tertakuk kepada sepuluh mata pelajaran sahaja. Walaupun pada saat artikel ini ditulis, masih belum ada kata putus yang muktamad daripada pihak yang mengeluarkan cadangan tersebut mahupun yang bertanggunjawab berkenaan perkara ini, beberapa pendapat telah dikeluarkan. K memberi kesimpulan mudah bahawa cadangan tersebut tidak K persetujui seratus peratus atas beberapa sebab yang boleh dikatakan konkrit. Dan K juga memberi beberapa cadangan yang mungkin membuka minda pembaca untuk memikirkan kebaikkan kongkongan sepuluh mata pelajaran tersebut.

Fakta Kes
Sebelum merujuk perihal masalah tersebut, K lanjutkan pembacaan anda kepada masalah yang ditimbulkan daripada tiada had pengambilan mata pelajaran oleh calon SPM. Antaranya adalah;
  • Kesukaran memilih pelajar yang layak untuk mendapat biasiswa terutamanya JPA
  • Kekurangan guru untuk mengajar pelajar yang mengambil mata pelajaran tambahan
  • Persaingan jumlah mata pelajaran yang semakin tinggi saban tahun
  • Fokus terhadap bidang yang diminati semakin kurang
Dengan fakta tersebut dapat disimpulkan bahawa cadangan menghadkan jumlah mata pelajaran oleh calon SPM dilakukan untuk mengekang masalah di atas.

Pandangan 1: Tidak Perlu Dihadkan
Pandangan pertama K menjurus kepada kaedah psikologi, K bukan seorang yang arif didalam bidang ini tetapi sedikit sebanyak mampu untuk menggunakan kaedah ini. Cadangan K yang pertama, jangan hadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil. Tetapi bina satu sistem cara pengiraan mata pelajaran untuk memohon biasiswa JPA. Walaupun Pelajar A mengambil 20 mata pelajaran didalam SPM, tetapi dia hanya boleh memberikan sepuluh mata pelajaran sahaja kepada pihak JPA untuk di analisa kemampuannya. Ini adil kepada pelajar yang berada didalam sekolah yang sememangnya mempunyai lebih daripada sepuluh mata pelajaran. Dan setiap mata pelajaran tersebut haruslah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Sebagai contoh untuk seorang pelajar mahu mengambil pengajian didalam bidang kedoktoran, dia harus memberikan apa yang diperlukan oleh pihak JPA untuk dinilai dan bukannya sebarangan subjek. Dengan itu lambakkan mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan bidang boleh dikurangkan. Tetapi jika pelajar tersebut masih mahu mengambilnya atas dasar mahu mempelajari perkara itu dan bukannya atas dasar penilaian berorentasikan peperiksaan yang kini cuba dimansuhkan oleh pihak Kerajaan.

Pihak JPA seterusnya dapat menilai daripada beberapa sudut sebelum memilih pelajar yang layak untuk dijadikan pelajar biasiswa mereka. Contoh yang mahu diketengahkan adalah bagaimana pelajar itu memberi kebaikkan kepada rakannya, sekolahnya, persekitarannya mahupun yang lebih baik bagaimana ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan kepada masyarakat. Kerana kebanyakkan masalah utama graduan Universiti mereka tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan ilmu yang didapati didalam dewan kuliah kepada masyarakat kembali. Agar mereka lebih mengenali dunia sebenar bidang yang mereka ceburi. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh MaliQue dan M. Nasir, Mantera Beradu;

ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman

Oleh itu cadangan tidak perlu dihadkan jumlah mata pelajaran untuk SPM kepada sepuluh mata pelajaran disokong oleh beberapa dasar;
  • Tidak adil untuk pelajar yang selama ini memang mengambil lebih daripada sepuluh mata pelajaran. Sebagai contoh, Menengah Teknik dan Menengah Agama.
  • Lebih fokus kepada bidang yang mahu diceburi, secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah fokus pelajar terhadap bidangnya.
  • Mengurangkan masalah penilaian berorentasikan peperiksaan. Pelajar tidak belajar hanya untuk mendapatkan markah tetapi untuk mendapatkan ilmu.
  • Memfokuskan kegunaan ilmu para pelajar kepada masyarakat daripada akar umbi yang kelak dapat dibawa sehingga ke alam pekerjaan.
Pandangan 2: Perincikan Gred
Mungkin ada yang berkata, masalah asas masih tidak dapat dihapuskan jika kita tidak mengurangkan had mata pelajaran seperti diatas. Mungkin cara ini dapat digunakan. Perincikan penilaian gred. Buat perubahan terdapat struktur gred. Jika dahulu kita hanya menggunakan A1 dan A2, tetapi perbanyakkan jumlah gred kepada tiga atau empat mata mungkin dapat menyelesaikan masalah ini. Dengan cara ini sistem gred dapat diperincikan dengan lebih dalam dan tepat untuk mencari dimana permata yang benar-benar bersinar di dalam sekelompok permata. Seperti didalam lirik MaliQue, VVS1 didalam albumnya OK;

VVS, siapa VVS1?
kalau bukan aku siapa VVS1

Apa dimaksudkan dengan VVS1? VVS1 adalah salah satu daripada gred yang diberikan kepada sebutir permata yang telah dipotong. VVS1 adalah gred untuk permata yang paling tinggi kilauannya, atau dengan kata mudah, permata yang terbaik. Seperti gred peperiksaan baru yang dicadangkan ini juga akan membawa kepada mereka yang benar-benar berkilau seperti VVS1 ini terus berkilau. Agar dapat menjadi seperti apa yang diperkatakan MaliQue;

dah berhenti bersinar, sekarang ku menerangi

Kesimpulan Pandangan
K tidak mengatakan pendapat K adalah yang terbaik, hanya untuk mengeluarkan apa yang difikirkan untuk kebaikkan bersama. Mungkin terdapat kesilapan didalam penulisan yang dapat diperincikan kerana K bukan seorang yang arif didalam bidang pelajaran dan pendidikan serta selok beloknya. Hanya seorang pelajar biasa yang bukan VVS1. Apa yang mahu ditekankan adalah idea untuk menjadikan had pengambilan jumlah mata pelajaran kepada hanya sepuluh adalah satu langkah yang bahaya dan membawa keburukkan daripada kebaikkannya. Sekian pandangan K untuk edisi khas, Penulisan Bebas: SPM 10 Mata Pelajaran. Kembali kepada skop asal, komputer dan teknologi.

4 ulasan:

Kamen Rider berkata...

aku sokong ko.
xpatut gak had mende kpd 10.
sbb plajar ade hak utk blajar sbyk mane yg mereka mampu.

Mehacreative berkata...

setuju ngan K,Kerajaan sbenarnya cuma bimbang kalau budak berlumba2 nak kejar banyak subjek dengan harapan untuk dapat banyak A.Tapi kalau dihadkan memang susah sebab ada sekolah telah pakejkan subjek2 mengikut keputusan PMR mereka dan bukan semuanya mengikut kehendak pelajar berkenaan.Andaikata pelajaran berkenaan dimasukkan ke kelas Pakej perakaunan,tapi ingin menjadi seorang pelukis,mereka akan menambah subjek seni visual. Tapi jika disekat,bagaimana mereka nak berjaya dengan minat mereka. berbicara berdasarkan pengalaman huhuhu....

Tanpa Nama berkata...

Untuk Khemoky

Khemoky memang mengambil SPm lebih dari 10subjek, jadi Khemoky xberapa suka jika subjek SPM dihadkan. Khemoky ambil 12 subjek, itu pun tanpa subjek tambahan. bayangkan 6 subjek wajib,3 seperti PQS,PSI dan BAT, dan tambahan 4 lagi subjek sains. So, kalo kelas arab-sains, memang lebih dari 10 tanpa belajar apa2 subjek tambahan.

~K, khemoky xdapat tangkap kaitan antara VVS1 dengan A1 dan A2.~

TMUkmkd berkata...

moky - emm maksud K, jika ada A1, A2 dan tambahan terbaru, A3 dan A4

semakin detail markah tu dibahagikan, semakin kurang orang yang mendapat full A. kalau full A kurang, kurang masalah untuk bagi biasiswa tersebut.

VVS1 hanya sebagai satu simbol.. mereka yang mendapat A1 kini terlalu ramai.. dan tidak semua yang mendapat A1 kini betul2 layak mendapat A1.. sepatutnya harus seperti pengredan permata.. betul2 mengikut gred yang ketat. :)

kualiti atau kuantiti, mereka yang mengred yang menentukan