Ahad, 21 Jun 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 10

Sinopsis Sesi 10
Sudah sampai ke sesi yang kesepuluh. Jika anda mengikuti perkembangan yang dilalui daripada sesi yang pertama sehingga yang terbaru ini akan terlihat beberapa stratergi dan masalah yang menimpa merekay yang terlibat didalam peperangan ini. Apa pun sesi sepuluh akan membincangkan perihal ini;
  • Firefox 3.0.11
  • Firefox 3.5 & Logo Baru
  • Windows 7 Tanpa Pelayar Internet
  • Peperangan Pelayar Internet
Firefox 3.0.11
Firefox 3.0.11 telah dikeluarkan tempoh hari untuk mengantikan 3.0.10 yang mempunyai masalah sekuriti dan beberapa pepijat yang perlu diperbaiki. Tetapi kesannya yang K rasakan adalah Firefox 3.0.11 semakin berat berbanding 3.0.10. Firefox tidak "hang" tetapi lebih kepada kelembapan memproses data. Masalah seperti ini pernah berlaku semasa penukaran daripada Firefox 3.0.8 kepada 3.0.9 sehingga menyebabkan Firefox 3.0.10 dikeluarkan. Kelembapan ini adalah antara sebab yang utama mengapa seseorang pengguna itu memilih sesebuah pelayar internet. Jika masalah ini tidak dapat diatasi segera boleh K katakan Firefox akan mempunyai imej yang buruk, yang akan menjejaskan kempen muat turun Firefox 3.5 kelak.

Firefox 3.5 & Logo Baru
Jika anda sependapat dengan K berhubung masalah Firefox 3.0.11, maka itu K larikan pandangan anda kepada Firefox yang akan keluar secara rasmi tidak lama lagi, Firefox 3.5. Dengan kemampuan enjin yang lebih baik daripada 3.0.X, sekaligus memberi harapan kepada K sebagai pengguna Firefox akan dapat melihat Firefox mempunyai enjin yang laju dan stabil serta tidak memakan memori yang banyak. Jika diimbas kembali Firefox 3.5 ini mempunyai sejarah pembanggunan yang tidak begitu cemerlang kerana terpaksa menunda tarikh keluaran mereka beberapa kali atas masalah enjin baru yang tidak dapat digunakan sepenuhnya. Dan juga penukaran nama daripada Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5. Bagi K jika sesebuah aplikasi atau sistem itu keluar lambat daripada tarikh asalnya, harapan terhadap mereka akan menjadi semakin tinggi kerana mungkin ada sebab yang rasional untuk kelambatan tersebut. Oleh itu diharapkan Firefox 3.5 adalah lebih baik daripada Firefox 3.0. Seraya dengan itu, logo baru Firefox telah dikeluarkan sebagai menghangatkan lagi kempem "penularan virus" Firefox nanti. Didalam penulisan ini K masukkan dua logo yang berlainan, Diatas dalah logo lama dan dibawah adalah logo baru. Walau apa pun, nantikan kemunculan Firefox 3.5 akhir bulan ini.

Windows 7 Tanpa Pelayar Internet
Isu yang cukup hangat untuk minggu lepas apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka tidak akan memasukkan sebarang pelayar internet didalam Windows 7 untuk menghormati kehendak Anti-Competitive Commissioner. Tetapi tidak semua yang bersetuju dengan perkara ini antaranya adalah Opera yang menyifatkan itu hanya taktik Microsoft untuk mendapat sedikit input simpati daripada pengguna Windows kelak. Dan mangsa pertama nanti adalah pengguna di Eropah. Mereka akan menerima Windows 7 yang didalamnya tiada sebarang pelayar internet. Tidak kira anda seorang peminat Firefox, Opera, Chrome ataupun Internet Explorer, anda perlu mendapatkan Firefox dengan cara anda sendiri. Kerana tiada sebarang pelayar internet yang akan diberikan untuk mendapatkan pelayar internet yang anda sukai. K dapat membaca apa yang mahu dilakukan oleh Microsoft. Mereka mahukan pengguna memuat turun Internet Explorer daripada Windows Update dan sekaligus menaikkan penggunaan Internet Explorer dikalangan pengguna. Apa pun kita tunggu dan lihat.

Peperanan Pelayar Internet
Jika difikirkan K masih tidak dapat melihat apakah yang akan berlaku didalam peperangan pelayar internet ini nanti. Lebih lagi selepas Windows 7 tidak mempunyai sebarang pelayar interent didalamnya. Mungkinkan sokongan komuniti setempat akan digunakan untuk menyebarkan pelayar internet kepada pengguna. Ataupun Microsoft lebih berminat untuk mengetahui seramai mana yang akan mengambil Internet Explorer daripadanya. Walau apapun yang terjadi, peperangan akan tetap diteruskan. Walaupun caranya mungkin berbeza. Sesi 10 tamat.

Rujukan
Adam, P. (2009) 19 Jun 2009. Firefox 3.5 RC2 Available for Download. lifehacker.com
Alex, F. (2009) 18 Jun 2009. The New Firefox Icon. blog.mozilla.com/faaborg
Brandon, S. B. (2009) 12 Jun 2009. EU not happy with browser-less Windows 7. www.firingsquad.com
Firefox Facts. (2009) 19 Jun 2009. Come Meet the New Firefox 3.5 Logo! www.firefoxfacts.com
Ina, F. (2009) 11 Jun 2009. Europe to get Windows 7 sans browser. news.cnet.com
Michael, S. (2009) 11 Jun 2009. Europe to Receive Browser-less Windows 7. hothardware.com
Mozilla Developer. (2009) 11 Jun 2009. Firefox 3.0.11 security and stability release now available. developer.mozilla.org/devnews
Seth, R. (2009) 19 Jun 2009. Firefox 3.5 almost here. download.cnet.com
Wolfgang, G. (2009) 18 Jun 2009. Firefox 3.5 release candidate 1 given to beta testers. www.tgdaily.com

4 ulasan:

Akmal Hisyam berkata...

x sbr nak tggu FF 3.5 keluar..
mntak2 lagi laju dan ringan..
hehe..

TMUkmkd berkata...

tu penting tu.. laju dan ringan

Syafrizal berkata...

Perkembangan Firefox adalah memberangsangkan. Saya sudah menggunakan Firefox 3.5 dan saya rasa ini adalah versi Firefox yang terbaik. Lebih laju dari versi terdahulu. Apa pun pasal Microsoft tidak memasukkan pelayar internetnya ke dalam Windows 7 tidak memeranjatkan saya. Pengguna yang bijak akan mencari dan memilih pelayar internet selain Internet Explorer.

TMUkmkd berkata...

melihat pergerakkan antara satu pelayar dengan pelayar lain K mengatakan yang paling untuk disini adalah pengguna. mereka bakal mendapat satu jenis persaingan yang bagus dari segi kemampuan, kelajuan, keselamatan dan tentunya percuma ^^