Khamis, 6 Ogos 2009

Hanya Untuk Chromium Linux

Perubahan Yang Baik
Walaupun K kurang menggemari GCOS tetapi K tetap minat pada Chromium. Kerana Chromium adalah contoh jelas untuk memberikan pengajaran bagaimana satu pembanggunan perisian yang hebat. Laju dan pantas. Bersih dan menarik. Menarik bukan? Setiap hari mempunyai perkara baru yang akan dikeluarkan. Jika dahulu tema Chromium masih lagi tidak boleh dibanggakan, flash tidak boleh digunakan tetapi kini setapak demi setapak... sebentar. K merasakan ada masalah pada Chromium ini.



Anda Perasan?

K merasakan ada yang tidak kena dengan butang Chromium pada versi yang kali ini. Versi yang sedang K gunakan ini adalah
"svn20090804r22377". Kelihatan butang "exit" telah digantikan dengan gambar seseorang. Pelik. Mungkin ini satu cara untuk menarik perhatian pengguna Chromium. Mengikut sumber, gambar tersebut adalah seorang Jurutera Antara Muka Perisian Google, Glen Murphy. Dia adalah antara mereka yang bertanggungjawab untuk merekabentuk antara muka grafik Chrome.



Menarik bukan? Tekan mukanya untuk tutup Chromium. Tetapi versi ini hanya untuk hari ini sahaja. Esok mukanya akan dibuang semula.

Rujukan
Glen, M. 5 Ogos 2009. New Chrome 3.0 Beta. glenmurphy.com
Siegler, MG. 5 Ogos 2009. Chrome’s New Feature: Click The UI Designer To Close The Window. www.techcrunch.com

4 ulasan:

MK berkata...

Haha, saje nak pekena sesama developer kot?

TMUkmkd berkata...

MK - tak pasti la ^^ yang pasti perkara ni dah jadi buah mulut semua orang yang gunakan chromium

safar berkata...

pasal apa butang keluar ada gambar muka orang.

TMUkmkd berkata...

kenapa dia taruk, tu kene tanya pada orang yang buat tu ^^
act semalam Chrome keluarkan beta terbaru. so untuk Linux version dia buat "pelik" sikit la..
tapi update hari ni dah tak de dah gambar tu,, button atas tu pun dah lain. dah tak de 'ala vista