Selasa, 18 Ogos 2009

NetBeans, JSP, Framework & Struts

Tiada Framework
NetBeans 6.7, tiba-tiba tiada pilihan untuk memilih framework yang mahu digunakan. Oleh itu bagaimana mahu memanggil Struts. Seingatnya NetBeans 6.5 dahulu mempunyai panel pilihan memilih jenis framework ketika mahu membuat aplikasi web yang baru. Din berseloroh bahawa mungkin untuk NetBeans 6.7, Sun lupa untuk memasukkannya. Akhirnya masalah selesai apabila membuka opsyen plugin dan melihat bahawa Java Web & EE dan Java SE tidak dihidupkan secara automatik apabila mahu membuat web aplikasi yang baru. Setelah dihidupkan baru dapat dilihat pilihan framework tersebut muncul. Dengan ini PITA; Six Sigma Tool With Struts Framework berjalan kembali. Setelah dijalankan page, maka terkeluar dengan bangga sekali ayat daripada pelayar internet, "Hello World".

Ironinya
Setelah itu plugin tersebut dapat dihidupkan secara automatik apabila dibuka kembali netbeans walaupun telah dimatikan diruangan opsyen. Aneh. K menggunakan NetBeans 6.7, Struts 1.3.8.

2 ulasan:

MK berkata...

Wah, mesti best kan koding Java. Aku pernah merasa sekejap je buat JSP waktu mula2 masuk kerja. Dah la waktu kolej tapenah belaja pun apa2 server-side language, tercungap-cungap aku, haha.

TMUkmkd berkata...

best? yup best.. dia punya presure pun best gak.. tapi tu la art of programmer.. tensen