Sabtu, 8 Ogos 2009

UMT, Bayi, Fitnah dan Kucing

Siapa Buang Bayi?
Tiba-tiba UMT dikatakan mempunyai kes buang bayi. Ada objek yang dikatakan sebagai fetus bayi dijumpai oleh pekerja pembersih di kafe. Gambar disertakan.

Amaran: Visual yang kurang selesa untuk sesetengah individu



Perkara ini menjadi isu hangat walaupun kurang diperkatakan di media kerana akhirnya kes ini ditutup kerana fetus terbabit bukannya fetus manusia tetapi fetus binatang. Kucing kebarangkalian besarnya.

Pendapat Peribadi
Bukan mahu mengatakan siapa salah mahupun siapa betul, tetapi ingin mengatakan sesuatu. Itulah manusia. Apabila dengar sesebuah berita yang tidak tentu benarnnya terus melenting, melatah dan memaki hamun tidak kurang sumpah seranah. Semuanya memaki siapa yang melakukan kerja maksiat tersebut dan "membuang bayi" di kafe tersebut. Tetapi berapa orang yang dapat mengetahui berita sebenar? berapa orang yang menyiasat dahulu. Mengeluarkan fakta yang sebenar.

K pernah duduk di kafe tersebut selama dua minggu berturut-turut semasa kebanyakan pelajar lain pulang ke rumah kerana cuti semester atas sebab mahu menyiapkan projek Business Plan bersama kumpulan K, K boleh mengatakan setiap malam pasti ada kucing yang bergaduh, tidak kurang pula yang melepas secara tidak sengaja. Kerana makanan. Kerana tekanan. Kerana kawasan. Semua itu boleh menjadi punca pergaduhan. Dan K memang sudah boleh mengagak itu bukan fetus manusia tetapi fetus kucing yang berada di kafe.

Psikologi. Jika benar itu fetus manusia, kalau K lebih elok K campakkan kedalam paya, dimakan biawak dan ikan, hilang bukti. Mengapa perlu di letakkan di kafe? itu bukan kerja manusia. Psikologi.

Bukan untuk menghentam mana-mana pihak sekadar mengingatkan. Berita hangat tidak semuanya benar. Kadang kala hanya banyangan yang tidak berasas semata.

Kredit
Ng Xue Yun atas gambar.

15 ulasan:

Kujie berkata...

Paling kecewa berita yang kita baca menggunakan ayat seperti ini

" mangsa MUNGKIN dirogol"

wah...mungkin dan berkalau-kalau juga boleh dijadikan berita.

TMUkmkd berkata...

manusia suka berkata mungkin untuk mencari dan lari dari sesuatu ^^
sebab tu perkataan itu digunakan

bukan apa.. cuma kecewa. dalam satu persekitaran yang profesional, ada yang mengambil berita tanpa bukti sahih. kesian

afifisa berkata...

geli giler aku tgk gmbr tu

TMUkmkd berkata...

hahaha jangan la tengok kalau geli ~

p/s: aku edit sikit la.. taruk amaran

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku diam jerk..
nampir2 nak tepon mak kat kg!!
hahahah

Tanpa Nama berkata...

Fetus manusia mungkin ade benarnya...sewaktu hubangan he..hem dlakukan x prasan bnde 2 dah brsatu scara aman.... pastu wktu jalan kt kafe prut trasa skit...in the end bnde 2 keluar scara x sngaja..that all.

Tanpa Nama berkata...

gila kejam ko cakap buang kat paya,makan biawak..
pasal orang tu masih ada sedikit kemanusiaan la dia buang tempat tu contoh masji,cafe dan lain2..

TMUkmkd berkata...

banyak pula tanpa nama dalam ni. penakut barangkali. tiada identiti sendiri.

tanpanama_1: komen spam akan K delete. harap maklum
tanpanama_2: kalau tak mesti dah naik nama U ni
tanpanama_3: dah disahkan oleh hospital dan polis bahawa benda tu bukan manusia, so? any other question?
tanpanama_4: aku kata gitu sebab tu bukan fetus manusia. mungkin ko tak paham, tu bukan bayi pun, kecik je.. di sini bukan kejam, tetapi kebenaran. kalau betul dia tak kejam, dia akan tanam sendiri. betul?

p/s: segala diatas adalam pendapat K sendiri, dan diharapkan komen anda perlu meletakkan nama. kerana anda mempunyai identiti. TQIA.

Syafinaz berkata...

Mungkin betul juga.Kalau sudah tidak tgk dgn mata sendiri macam ini lah yerk.Hanya dengar dari mulut ke mulut.Mungkin kesilapan saya.Maaf.

TMUkmkd berkata...

syafinaz: tak mengapa

Tanpa Nama berkata...

masalahnye ak tak reti nak buat nama kat blogspot ni,tlg ajar.ak takde blog..

TMUkmkd berkata...

masa hantar tu just ambik nama/url..
url tu tak yah taruk pun tak pe

^^ lebih mudah ada nama, kalau ramai2 macam ni tak kenal

ann berkata...

mengtest..
TQ

Syalily berkata...

hehe..mcm2 pndgn..
tp lili dpt tahu tu fetus binatang..kucing..
kalo manusia pun xkn larat nk bejalan lepas keluarkan fetus tu..
darah manusia mesti sgt byk berbanding dgn kucing..
org gugur pun sgt sakit,ni kan pulak keluarkan fetus..
Wallahualam..