Jumaat, 7 Ogos 2009

Edisi "Komen-komen" Blog Orang

Idea Asal: Blog Yang Tidak Disukai
K tidak menulis didalam skop sebegitu tetapi sekadar berkongsi apa yang rasakan perlu dikongsikan. Oleh itu K ubah sedikit daripada apa yang K tidak sukai kepada apa sahaja yang mahu K perkatakan. Lebih universal. Teruskan.

Lagu - Kenapa perlu "autoplay". Jika "autoplay" tiada masalah bagi K sebenarnya, cuma suaranya yang tiba-tiba muncul dan terlalu kuat untuk didengari daripada headphone Creative HQ-1400 K yang menyebabkan K kurang minat. Blog yang mampu mengugurkan jantung. Kenapa tidak dijadikan lagu tersebut hanya berbunyi halus. Lagu yang kuat menyebabkan pembaca tidak dapat menumpukan perhatian tetapi hanya mendengar lagu. Seperkara lagi. Lagu tersebut hanya diminati oleh anda, pembaca anda belum tentu.

Iklan -
Memang diakui bahawa pengiklanan melalui blog berkembang dengan hebat dan juga terdapat beberapa masalah daripada aktiviti sihat ini. Sesebuah blog yang mempunyai terlalu banyak iklan sehingga mengganggu kelancaran pelayaran pembaca blog tersebut. Lebih sudu dari kuahnya. Lebih iklan dari infonya. Susun iklan anda dengan baik dan jangan terlalu banyak. Jadikan diri anda sebagai pengguna/pembaca. Itu lebih baik.

Skrip - Skrip umpama ikan piranha, jika dia bersendirian dia hanya memandang, tetapi jika terlalu banyak akan memakan diri anda. Lebih lagi jika anda seorang yang tidak mahir didalam proses penyutingan skrip agar menjadi lebih baik kerana skrip tersebut bukan anda yang buat. Skrip yang terlalu banyak akan menyebabkan blog anda perlahan. Pelajari mana yang perlahan dan mana yang laju, ambil yang terbaik. Semoga blog anda tidak digelar siput diatas cengkerang kura-kura. Blog yang lambat didalam internet yang perlahan.

Daftar untuk komen - Setiap pembacaan K, selalunya akan K tinggalkan komen apa yang K faham dan apa yang K boleh berikan tambahan. Tetapi malang jika K terpaksa pula untuk mendaftar terlebih dahulu untuk membuat sebarang komen. Tiada apa yang boleh dibuat selain meninggalkan blog tersebut. Daftar atau pergi. Pergi.

RSS tiada - Blog yang menarik hati, mempunyai info yang menyebabkan K mahu datang kembali. Tetapi tiada RSS. Seperti rama-rama; cantik, tetapi tidak mampu bertelur untuk meneruskan kecantikkan spesisnya. Tidak kisah sama ada menggunakan RSS mahupun Atom yang paling penting mempunyai sesuatu untuk K ketahui apabila mempunyai info terbaru. Mungkin K akan kembali. Mungkin.

Plagiat - K tidak kisah langsung dengan isu plagiat ini kerana satu hari ia akan memakan dirinya sendiri. Hidup seperti lintah, kenyang memakan darah orang lain, akan jatuh juga satu hari nanti. Dan akhirnya mati dipijak oleh tapak kasut orang. K tidak kisah jika ada yang mahu mengambil apa sahaja daripada AMBNaC ini untuk diplagiat. Tetapi harus diingat. Peperangan kepada anda boleh berlaku dalam banyak bentuk jika anda didapati bersalah. Bukan mengugut tetapi sekadar peringatan semata.

Cukup Sudah
Sebenarnya sudah banyak yang K perkatakan dan masih banyak lagi. Sesi 2 mungkin? Siapa tahu. Hanya masa menentukan.

Tips K: Jika anda pengguna Firefox dan mahu mempelajari sesuatu yang baru, adblock plus + hiding element, noscript dan greasemonkey adalah perkara yang menarik. Untuk tuan blog, firebug dan beberapa plugin lain mampu membantu anda.

6 ulasan:

lumut berkata...

wah..saye sgtlag setuju..
lagi2 part2 yang lagu yang sgt lah wat sakit teling saje..
aisshh..
aku nak tambaj sket..
blog terlalu byk gamba perasan diri itu lawa manupun kacak bergaya...
haha

TMUkmkd berkata...

humm kalau pasal gambo K tak kisah mana sebab tu blog dia ^^ kalau dia nak kata dia cantik pun tak pe.. tapi K lebih tekankan penggunaan bahasa. kalau bahasa teruk, mencarut tak tentu pasal.... T_T

Kujie berkata...

Nak tambah apa lagi ye, rasa macam dah cukup ramuan.

Saya tak selesa blog yang menggunakan bahasa sms

TMUkmkd berkata...

banyak lagi kot sebenarnya tapi selalunya dah di ceritakan oleh orang lain ^^
dan K ambik yang mana penting je

p/s: yup bahasa sms tidak sesuai untuk blog yang berteraskan ilmu. kerana sukar untuk dibaca.

.:iss:. berkata...

dun hate my blog sebab i dah minimumkan volume lagu yang ada~ lalalala~

TMUkmkd berkata...

iss - K tak dengar pun lagu dalam blog iss tuh.. sebab my NoSript dah block.. tapi ada certain2 site yang embendded sekali ngan main script blog.. tu masalah tuh. nak cari pun payah.