Isnin, 20 April 2009

AMBNaC Memecut

Blog Lambat
K membaca negaraku.net dan menjumpai artikel yang menarik untuk dibaca. Seseorang yang tidak suka blog orang lain. Mungkin K sudah biasa dengan artikel semacam ini tetapi kali ini hanya untuk melihat apa yang cuba diperkatakan oleh tuan tanah, Eldy dalam tajuk Gua benci blog anda ?!. K membaca antara yang dia tidak suka adalah kerana blog yang dilawatinya adalah lambat. Lambat untuk menghabiskan proses pemuatan[1] blog mereka. Dan K sendiri tidak tahu sama ada blog K adalah antara yang diperkatakan. Maka K menyiasat perkara ini dan membuat laporan ringkas ini.

Tiga Faktor Utama
Sebenarnya telah lama K menyiasat mengapa sesuatu blog/laman sesawang tersebut lambat menghabiskan proses pemuatan mereka. K boleh menyenaraikan tiga faktor utama yang mendorong sesuatu laman sesawang mahupun blog tersebut lambat menyempurnakan proses tersebut.
  • Skrip
  • Gadget
  • Gambar
Skrip
Antara anda sedar atau tidak, didalam mana-mana blog atau laman sekarang mengandungi sekurang kurangnya satu jenis skrip selain html. Jika hanya ada satu, maka laman tersebut boleh dianggap sebagai lama klasik. Paling kurang mereka mengandungi skrip CSS mahupun skrip JavaScript (JS). Ingin K tekankan disini, semakin banyak skrip yang anda masukkan kedalam laman anda, semakin perlahan laman anda. Kerana jika anda perhatikan, mengapa didalam penulisan K tentang peperangan pelayar interent menekankan kelajuan enjin JS adalah kerana JS merupakan satu skrip yang memberatkan laman. Oleh kerana itu boleh dikatakan kelajuan sesuatu laman bergantung kepada jumlah skrip yang dimasukkan. Disimpulkan disini, untuk meningkatkan kelajuan laman anda, kurangkan penggunaan skrip.

Gadget
Sebenarnya gadget juga berkait rapat dengan skrip kerana kebanyakkan gadget menggunakan JS. Dan masalah ini timbul apabila anda menggunakan gadget yang berasal daripada laman yang mempunyai server yang lambat. Sebagai contoh (gambar) adalah meter daripada pingdom yang menunjukkan jumlah masa yang diambil oleh gadget daripada mypagerank pada 11 Mac 2009 untuk dimuatkan kedalam pelayar internet K didalam blog K. Kelihatan di dalam meter tersebut, masa yang diambil terlalu panjang dan gadget tersebut telah "mati". Pada ketika itu mypagerank mempunyai masalah dengan server mereka. Tetapi kini masalah tersebut telahpun selesai. Oleh itu menjadi satu tanggung jawab untuk pembina blog dan laman sesawang untuk memastikan bahawa semua gadget mereka berfungsi dengan elok. Dan jangan pula menggunakan terlalu banyak gadget kerana semakin banyak gadget, semakin lambat proses pemuatan selesai.

Gambar
Jika anda perasan, K kini menggunakan hiper-rangkai kepada semua gambar yang dimasukkan kedalam akaun photobucket K. K menyimpan gambar dalam dua jenis, jpg dan png. Apakah perbezaan daripada kedua jenis gambar tersebut dan kaitannya dengan kelambatan proses pemuatan blog anda. Jika anda menggunakan png, saiz gambar dan kualiti gambar adalah lebih tinggi daripada jpg. ini Kerana jpg adalah format yang mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada png. Tetapi masalah itu berlaku apabila anda mempunyai banyak gambar yang berformat png yang besar didalam laman sehingga menyebabkan laman anda sukar untuk melakukan proses pemuatan dengan cepat.

Jika anda pernah memasuki laman K yang menggunakan pendekatan hiper-rangkai ke blog lain secara bergambar, K menggunakan png sebagai gambar kerana untuk melakukan efek transpiransi. Itu adalah kelemahan jpg, tidak boleh menyokong transperansi. Tetapi cara begitu menyebabkan ramai yang mengatakan bahawa blog K mengalami masalah pemuatan yang perlahan disebabkan gambar tersebut. Kini K cuba mengurangkan penggunaan png didalam blog K, dan hanya beberapa gambar yang terpaksa K gunakan dalam bentuk png, antaranya adalah banner di atas blog. Begitu juga dalam gambar bergerak. anda digalakkan menggunakan gambar berformat gif daripada apng (animation png) yang lebih tinggi saiz dan kualitinya. Apng juga tidak dapat digunakan didalam semua pelayar interent. Dapat dinyatakan bahawa semakin tinggi kualiti gambar, semakin tinggi beban laman anda.

Kesimpulan

Dapat dinyatakan di akhir laporan ringkas ini adalah;
  • Kurangkan penggunaan skrip, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan penggunaan gadget, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan kualiti gambar, laman anda akan lebih laju
K mencuba pada pingdom untuk mengetahui apakah keputusan kelajuan pemuatan untuk AMBNaC, dan hasilnya adalah; AMBNaC mengambil masa 3 hingga 8 saat (waktu internet baik) untuk melakukan proses pemuatan sepenuhnya. Dan K mendapati terdapat beberapa gadget yang mengambil masa. Tetapi K memerlukan gadget tersebut kerana tiada alternatif lain. Laman anda berapa lama? Lakukan ujian menggunakan alatan yang disediakan oleh pingdom dan letakkan keputusannya di ruangan komen dibawah. Jika terlalu lambat ataupun TIMEOUT_EXPIRED, maknanya anda mempunyai masalah dalam beban laman anda.

Glosari

[1] pemuatan - loading; kamus komputer

Artikel ini telah ditulis dalam bentuk yang berlainan di Ehoza

6 ulasan:

sharamli berkata...

kal0 kasi bl0g tu ada entry je aci?

TMUkmkd berkata...

sharamli - aci kot :D sebab dah tu je ada dalam blog tu :D

tapi selalu orang kata.. lambat biat berpada, tapi mesra pengguna kene ada

Kamen Rider berkata...

total loading time = 4.9s..
xde r lembab sgt blog aku neh..
sbb xde efek2 canggih. haha

hady berkata...

Waa loading blog aku pun lambat juga loading time 17.4s... kena buat sesuatu nih

Adry berkata...

menarik... patutla blog aku slalu lambat... huhu...


Adry @ http://www.adrysabry.com

TMUkmkd berkata...

tokei - 4.9 tu kira ok dah tu.. laju la...

hady - 17.4 kadang2 yang lambat tu datangnya dari hosting.. kalau guna hosting sendiri la.. sebab benda tu kene dikaji :)

adry - kalau dapat lajukan blog menarikkan?