Khamis, 6 Ogos 2009

Negaraku. Kembali. Tetapi....

Permulaan: Kegembiraan
Negaraku dihidupkan kembali. Tahniah untuk semua yang berusaha didalam pembanggunannya semula. Untuk mereka yang tidak mengetahui bahawa Negaraku telah mengalami masalah "dalaman" yang menyebabkan mereka terpaksa "menutup" Negaraku. Dan kini Negaraku hidup kembali. Syabas.

Pertengahan: Keanehan
K menggunakan Linux Ubuntu 8.10, Firefox 3.5.2 untuk masuk kedalam Negaraku. Namun keanehan berlaku apabila K tidak dapat masuk walaupun telah login beberapa kali. K masih dikatakan tidak masuk kedalam Negaraku. K cuba mendaftar sekali lagi (K telah mendaftar semasa pra-kebangkitan semula Negaraku). ID "TMUkmkd" telah digunakan. bermaksud K telah pun berdaftar. Mungkin kata laluan salah. Tidak juga kerana sistem tidak mengatakan kata laluan atau nama penguna K salah. K reset kembali kata laluan. Gunakan yang didalam email. Masih tidak dapat. Aneh. K telah bertanya kepada MK (Sembang Komputer) dan masalah masih sama. K gunakan Chromium untuk jalan terakhir. Aneh dan lebih aneh!. Firefox 3.5.2 tidak dapat masuk kedalam Negaraku. Apakah masalah. K telah membuat laporan masalah ini kepada pihak Mozilla Firefox seperti didalam gambar.



Pengakhiran: Kekecewaan
Benar, K gembira dapat masuk semula kedalam Negaraku walaupun dengan menggunakan Chromium. Tetapi akhirnya kecewa kembali melanda. Masalah yang sama. Robot Spam bertindak lebih awal daripada yang K jangkakan. Mereka telah mula menyebarkan banyak penulisan yang menjurus kepada laman iklan. Kecewa. Dengan tidak berperikemanusiaan, K terus membenam tajuk-tajuk tersebut dengan menggunakan butang "bury".

Masa Hadapan: Kejauhan
Perjalanan masih jauh. Kemalangan yang lepas diambil iktibar. Kekalahan semalam bukan bermaksud tidak dapat bangkit semula. Semoga Negaraku akan terus membantu para blogger di Malaysia.

4 ulasan:

aman berkata...

Baru aku nak update kat blog aku. huhu. hang dah tulis dulu. =D

TMUkmkd berkata...

hehehe tak sengaja act.. terjumpa

MK berkata...

Uh, awal2 buka dah ada spam ke. Rajin benor anak-beranak spam ni.

Sebab spam gak la aku terpaksa tutup Forum SK dulu. Sekarang forum dah guna Vanilla, harap2 reCaptcha boleh sekat la spam tu daripada masuk.

TMUkmkd berkata...

MK - yup tu maslahnya.. site akan jatuh sebab spam. SK tu dulu memang bosan nengok spamnya wakakaka.. dan negaraku pun. post2 yang "sebenar" akan tenggelam dek spam neh