Rabu, 22 Oktober 2008

Please, No More War

sudah la tu nak perangnya.. tak payah la lagi.. tolong laaa!!

kedengaran rungutan daripada suatu pihak tentera yang berperang.. ternyata suara itu daripada pasukan Opera (). kenapa dia berkata begitu? namun peperangan itu berhenti seketika untuk masing-masing memikirkan kata-kata daripada pihak tersebut.

Pihak Internet Explorer () pulang ke kubu istana
Pihak Firefox () pulang ke kubu istana
Pihak Chrome () pulang ke kem kecil
Pihak Safari () pulang ke kubu
Pihak Opera () sendiri pulang ke kubu mereka

apa pula selepas ini? mereka semua semakin ramai pengaruh, ada pengaruh, ada kawanan sendiri.




██ Firefox

██ Safari

██ Opera

██ Netscape

██ Mozilla

██ Chrome

██ Other


daripada pihak

mereka sudah hampir pasti memenangi peperangan ini, mana mungkin perlu dihentikan. rugi. statistik bulanan memihak kepada mereka. apatah lagi selepas senjata baru mereka 3.1 keluar nanti, mana mungkin kubu kuat yang dahulunya merobohkan istana keturunan mereka di peperangan pertama. mana mungkin. kemenangan harus menjadi milik mereka.


kegusaran dan keletihan

bertahan dalam peperangan ini memaksa pihak berkata "ya" kepada yakult! ops silap.. "ya" kepada pendamaian. kehilangan kawasan jajahan merupakan keruntuhan empayar yang dirampas daripada Netscape () pada peperangan dahulu kini dibalas semula oleh cucu cicit keturunan itu semula. gusar hati mereka. apakah akan kalah empayar ini? apakah tidak ada cara lain untuk mempertahankan empayar ini? adakah kerana 8 yang tidak tahu bila siapnya itu mampu meranapkan keutuhan barisan serangan dan pertahanan ? masih gusar. sedang makin ramai yang telah berpaling tadah untuk pergi ke negara kecil yang lain, yang lebih bagus daripada 7 ini. apa mungkin pertahan takhta?


barisan yang masih mentah

tidak perlu berkata apa-apa. kerana mereka masih tidak mengeluarkan barisan yang sebenar. baru yang picisan sahaja. jangan bimbang dan tidak gusar langsung. mereka makin mendaki, walaupun barisan sebenar masih belum keluar. barisan beta mereka sudahpun mengambil 3.1% kawasan jajahan dunia. mereka hanya tunggu dan lihat.


yang bermula daripada luar peperangan

tiba-tiba hadir dalam satu semangat, mahu mengambil sedikit manfaat daripada peperangan ini, mereka sekarang mampu untuk menggapai 2.7% kawasan jajahan, tetapi agak mengecewakan kerana mereka lebih lama berperang daripada . mungkin menggunakan icon, Google () penyebab mereka popular. tidak mengapa. pengalaman dalam peperangan itu penting, kerana mereka bukannya watak utama dalam cerita ini, mengapa perlu bimbang. mereka tidak mungkin diganggu oleh kuasa besar. tidak perlu bimbang.


pihak yang mengeluarkan idea

itu berdasarkan titik tolak yang berlaku dalam peperangan ini, tidaklah kuasa besar, tetapi masih mampu menggugat kuasa besar, hanya 2.0% sahaja kuasa nya tetapi pengalamnya tidak siapa boleh mengatakan merupakan kuasa kecil. bila masa sahaja boleh mendaki tinggi. mereka ada strategi sendiri. mungkin mereka tidak kuat di peperangan desktop, tetapi peperangan mobile, tiada siapa dapat mengatakan mereka kuasa kecil. tetapi kegusaran mereka adalah pendatang baru, berasal daripada keluarga , Fennec (). kekuasaannya tidak boleh dipandang ringan semata. kerana asal keluarganya hebat.


akhirnya mereka semua berkata, masih belum terlambat untuk menghentikan peperangan ini, tetapi masih terlalu awal untuk menghentikan peperangan ini.


sayup-sayup kedengaran, lagu "imperial march" daripada filem Star Wars bergema menandakan, peperangan akan bermula sebentar lagi.


"siapkan kelengkapan semua, kita akan berperang!" amanat terakhir daripada ketua peperangan kem masing-masing.


dari jauh kelihatan sepasang mata memerhatikan peperangan yang kejam dan tidak tahu bila hentinya.


adaptasi daripada

TechRadar : Opera - The Browser War? Over!

Wikipedia : BrowserWars

W3School : Browser Statistic


Tiada ulasan: