Isnin, 25 Mei 2009

FBI & U.S. Marshals Service Diserang

Tidak Kebal
Didalam filem-filem fiksyen memperlihatkan bahawa FBI sebagai salah satu badan yang hebat di Amerika. Tetapi kemegahan itu dilupuskan oleh sebuah virus yang dihantar untuk menyerang sehingga sistem rangkaian FBI terpaksa ditutup untuk mencegah penularan virus tersebut. FBI tidak kebal.

Dua Badan Besar
Selain FBI, U.S. Marshals juga diserang oleh virus yang sama dan membuat keputusan yang sama, dengan mematikan rangkaian mereka untuk sementara waktu. Jenis dan sumber virus tersebut masih tidak dapat dikenal pasti dan tidak boleh menafikan bahawa virus tersebut datang daripada dalam kerana sistem rangkaian di dua badan tersebut adalah bersifat dalaman sahaja untuk mengelakkan kehadiran serangan daripada pihak luar. Apa yang dapat dipelajari daripada masalah ini adalah; perkara yang K selalu katakan.

Security Is Not A Product, It's A Process
Bertapa hebat pun halangan, keselamatan yang diletakkan untuk mengekang serangan daripada luar, tetapi jika serangan tersebut dibuat daripada dalam kesannya kadang kala lebih teruk daripada serangan daripada luar. Untuk semua pengguna, pedoman untuk anda dalam memastikan sistem anda selamat iaitu kehadiran virus yang datangnya daripada dalam, contohnya anda yang membenarkan virus tersebut melepasi benteng pertahanan dengan tidak membenarkan sistem antivirus mengimbas fail anda. Terutamanya yang berjenis pemecah kod - crack.

Sumber
Devlin, B. (2009) Dikeluarkan pada 21 Mei 2009. Computer virus strikes US Marshals, FBI affected. Hiper-rangkai: www.physorg.com

5 ulasan:

kimmy_ky berkata...

maknanya, serangan virus ni tak sama ler dengan kena hack ea?hehehe..kimmy ni 'slow' skit bab2 mcm ni...tp x kira..nak tanya jugak..!hahahaha..

zeal_tech berkata...

kire bhaya gak le aku gne crack nie ek k...

TMUkmkd berkata...

kimmy - tak sama.. emm macam ni la.. K buat virus, dan hantar ke kimmy dan komputer kimmy akan alami kerosakkan dan macam2 benda lagi.. tapi kalau K hack komputer kimmy, K boleh kontrol semua perkara dalam komputer tu.. macam videocam dan juga mouse. K boleh curi fail kimmy juga :)

zeal - ada yang mengatakan bahawa setiap windows yang pirate memang dah ada virus. dan ada yang mengatakan perisian antivirus yang pirate akan ada satu fail yang diaorang dah edit, selalunya fail yang memegang database untuk mengelakkan virus yang datang daripada diroang tu dikesan oleh antivirus tu.. :)

tak hairan kalau orang kata dia guna antivirus tapi tetap slowwwwwwwww ~~

rajawalibiru berkata...

SyaFia...:D

kiranya kalo khemoky pakai windows pirate ni, paling kurang mesti ada satu virus la camtuh. ~Unvincible virus?~

TMUkmkd berkata...

moky - itu yang dikatkan dalam sumber, mungkin benar gak.. tapi tu la.. sebab K sendiri tak pernah nak jumpa virus tu.. mungkin invisible la tu :D