Rabu, 13 Mei 2009

IT Daripada Mata Dunia Pekerjaan. Edisi 2

IT: Murid Lawan Guru
"Secara umumnya pelajar mendapat pendedahan tentang teknologi lebih baik daripada pengajar" (Jack, 2008). Itu yang dikatakan oleh Hayes didalam salam satu artikel didalam majalah MIS Asia September 2008 yang K baca semalam di UDA Holding KL. Bahasa asal penulisan tersebut adalah didalam bahasa Inggeris. Dimana kebenaran didalam pernyataan tersebut, K menulis.

Mungkin Benar
Tidak dinafikan pernyataan benar jika dilihat daripada perkembangan teknologi sekarang. Jika dahulu penggunaan telefon bimbit itu satu eksesori mewah, tetapi kini dilihat sebagai satu "keperluan" kepada semua, termasuklah murid sekolah dan termasuklah beberapa model telefon yang dikeluarkan khusus untuk kegunaan kanak-kanak di jepun oleh NTT DoCoMo (Hikoro, 2007). Kini pengajaran komputer telah pun dimasukkan kedalam mana-mana sekolah berdaftar. Masalah utama yang akan timbul akan datang apabila pelajar tersebut lebih mengetahui tentang teknologi berbandig gurunya. Guru yang paling mempunyai tekanan adalah guru yang mengajar pengajaran teknologi itu sendiri. Tidak hairan jika 5 tahun daripada sekarang pelajar akan membawa komputer bimbit ke dalam kelas untuk tujuan pengajaran. Untuk semua guru, jangan biarkan diri anda terlalu jauh tertinggal dengan murid-murid. Paling kurang sebulan sekali baca tentang teknologi.

Pengalaman
Hari ini, K pergi pula ke Melaka. Boleh dikatakan "sehari di Melaka". Sekitar di Batu Berendam untuk menghantar dan memasang satu komputer riba dan dua set komputer meja beserta pencetak. Ini bukan kali pertama K berurusan dengan mereka yang bukan didalam bidang IT, tetapi itu hanya di Universiti. Tetapi kali ini adalah dunia pekerjaan. Soalan pertama mereka adalah berkaitan dengan antivirus. Bagi K itu satu perkara yang baik, kerana mereka kini lebih sensitif dengan hal yang berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan data mereka. Tetapi yang masih kurang difahami adalah mengapa virus masih boleh masuk kedalam sesuatu sistem walaupun terdapat antivirus didalam sistem. Sama ada yang percuma ataupun berbayar. Mungkin K akan perkatakan masalah ini, dan menggunakan analogi yang mungkin dapat membantu. Tetapi untuk masa sekarang, K masih mengikuti apa yang diuruskan untuk K di JRC-Pro. Plan esok, MARA, untuk membuat proses menaikkan sistem UPS kepada sistem switch.

Rujukan
Hikoro, T. (2007) Dikeluarkan pada 13 Februari 2007. Child-watching gadgets gain foothold in Japan. Hiper-rangkai: www.msnbc.msn.com
Jack, L. (2008) A Learning Revolution. MIS Asia, September 2008

Catatan
K kini sedang bercuti daripada universiti berikutan cuti semester, dan kini berada di JRC-Pro Technology Sdn. Bhd.

3 ulasan:

Syalily berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syalily berkata...

setiap hari teknologi berkembang seiring dgn masa..manusia tidur tp bukan teknologi..kalo nk jd cikgu yg baik kne la jd org yg peka IT,jgnla sampai bile student jwb kite terpaksa kata.."owh,nnt cikgu cari dalam buku ye.."..haha,lili nasihat utk diri lili jugak..

neway,selamat bekerja ye K..

TMUkmkd berkata...

lili - thanks :) yup betul kadang2 cikgu terlalu tidak mengambil tahu tentang dunia sekarang. lebih2 lagi jika subjek tersebut menggunakan alat bantu pengajaran yang melibatkan komputer dan teknologi :)