Naiktaraf_1: 30 Jun 2009Kelas LinuxSemalam telah diberi tugasan untuk membina pelayan DHCP (DHCP server) didalam sistem operasi Linux dan K menggunakan Fedora 11 yang dipasang secara maya didalam VirtualBox didalam Ubuntu 8.10. Malangnya didalam kelas sehingga tamat kelas K gagal untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan mesej yang sama iaitu;
no subnet declaration for eth0

Mengikut ArahanWalaupun telah mengikut segala langkah dan dibantu oleh pengajar (
mrkuriang), masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana masih tidak mengerti apakah masalah yang dihadapi oleh K. Pelayan DHCP masih tidak dapat dihidupkan dan masih mengeluarkan masalah yang sama. Cerita tamat didalam Makmal Sumber Terbuka tersebut. Sambung di rumah. Secara totalnya, hanya satu pelayan yang tidak dapat dihidupkan, K. Lupa untuk mencatatkan, K menggunakan komputer riba, dan sistem operasi
Fedora 11 dan pelayan lain menggunakan komputer yang tersedia yang dipasang sistem operasi
CentOS. Dan jenis DHCP yang K gunakan adalah
4.1.0 manakala yang mereka gunakan adalah
3.0.5.
Lebih TenangTiada tekanan, lebih tenang mampu berfikir secara tepat dan kritis. K mengetahui bahawa konfigurasi yang disimpan didalam fail
dhcpd.conf sememangnya benar dan K telah membuat yang paling mudah, hanya berniat untuk menghidupkan pelayan sahaja. Tanpa mempunyai sebarang masalah. Untuk pengetahuan pembaca yang mungkin tidak mengetahui seharusnya tiada masalah jika menggunakan Fedora mahupun CentOS kerana kedua-duanya mempunyai asas yang sama,
Red Hat. Berlainan jika menggunakan Ubuntu kerana Ubuntu diasaskan daripada
Debian. Oleh itu seharusnya tidak ada sebarang masalah untuk menghidupkan pelayan didalam Fedora. Oleh itu operasi menghidupkan pelayan bermula.
Bedah Siasat BermulaK bermula daripada asas, melihat konfigurasi eth0 yang mungkin penyebab. Eth0 adalah seperti gambar dibawah. Dan K tidak melihat sebarang masalah di sini.

Dan juga K bandingkan dengan konfigurasi yang dibuat didalam dhcpd.conf seperti didalam gambar dibawah. Nyata tiada sebarang masalah seharusnya untuk sekadar menghidupkan pelayan DHCP tersebut.

Maaf atas gambar yang hanya hitam putih, kerana Fedora 11 yang K masukkan kedalam VirtualBox adalah tidak mempunyai sebarang antara muka grafik. Abaikan soal itu, kita sambung masalah tersebut. Oleh itu apa masalah sehingga apabila K menjalankan server akan berlaku ralat seperti yang dikatakan diawal tajuk. Sungguh misteri. Oleh itu K bertanya kepada mereka yang tahu, Google.
Suspek: Fedora 11
Secara ringkasnya untuk memendekkan penulisan yang sediakala panjang, masalah dapat diselesaikan. Punca utama masalah bukan daripada konfigurasi IP ataupun konfigurasi dhcpd.conf, tetapi berasal daripada punca yang amat mudah. Iaitu perubahan yang dilakukan oleh komuniti Fedora yang masih tidak dijalankan kepada CentOS yang digunakan oleh pelajar lain dan tidak didapati didalam buku rujukan. Fedora 11 telah mengubah fail konfigurasi untuk DHCP daripada didalam direktori /etc kepada /etc/dhcp atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan didalam direktori /etc dan meningkatkan kemampuan pengorganisasian fail. Mungkin cara ini akan digunakan oleh Red Hat yang akan datang dan tidak langsung, CentOS juga akan terlibat. Apa yang K lakukan adalah memindahkan fail dhcpd.conf daripada direktori /etc kepada /etc/dhcp. Dan apabila servis DHCP dihidupkan pelayan DHCP berjalan dengan baik sekali. Hasil dapat dilihat didalam gambar dibawah;

RujukanChuck, A. (2009) 16 Mei 2009.
4.1.0 bug? Fedora bug? "No subnet declaration for eth0 (10.11.12.1)." www.pubbs.net