Isnin, 15 Jun 2009

Apple: Satu Perjalanan Yang Sukar

Snow Leopard
Apple kini masih lagi disanggah dengan masalah Java yang lepas dan kini lanjutan daripada beberapa isu sekuriti termasuklah Trojan Horse didalam Photoshop CS4 dan juga iWork '09 dicampur dengan perkembangan terkini Apple, menunjukkan satu perkara, Apple telah sampai di tahap yang boleh digelar sebagai pemain utama yang penting didalam persaingan sistem operasi. Bermulalah satu perjalanan yang semakin sukar. Kes dibuka.

Isu 1: Malware
Kini isu ini menjadi perhatian utama di mana kayu ukur ini akan diletakkan kepada versi terbaru Mac OSX kelak, Snow Leopard akan diuji. Bagaimana untuk membantu pengguna daripada terkena serangan virus dan juga ekploitasi yang lain yang mungkin berlaku. Itu tidak dikira dengan masalah virus yang semakin menjadi sekarang. Kebanyakkan serangan kini tertumpu kepada laman sesawang porno yang menyuruh pengguna memuat turun codec mahupun menggunakan serangan skrip yang memaksa sistem memuat turun virus tersebut. Walaupun nampak seperti selamat kepada mereka yang tidak memasuki laman tersebut, tetapi malware akan semakin matang dan merbahaya kepada pengguna mereka. Sama seperti masalah Windows.



Isu 2: Snow Leopard
Percaya atau tidak, mahu atau tidak. Apple kini tidak lagi menyokong unit pemprosesan lama mereka yang mereka gunakan, PowerPC kerana Snow Leopard haruslah menggunakan unit pemprosesan Intel. Sekaligus menjadikan produk mereka yang menggunakan PowerPC sebagai spesis terancam dalam beberapa tahun akan datang. Kebanyakkan pengguna yang telah lama menggunakan Apple berpendapat evolusi ini membawa kebaikkan dan juga terdapat keburukkan. Evolusi ini adalah disebabkan Apple tidak lagi mengeluarkan produk mereka yang menggunakan PowerPC dan hanya menggunakan Intel. Walauapapun keputusan telah dibuat dan pengguna seharusnya mengambil inisiatif jika mereka mahu menggunakan Snow Leopard. Dan juga ini adalah stratergi daripada Apple untuk menentang serangan daripada Windows 7.

Isu 3: Google Quick Search (GQS) vs Quicksilver
Google kini mengorak langkah untuk memberikan khidmatnya didalam Mac dengan mengeluarkan GQC yang dikatakan lebih baik daripada Quicksilver yang selama ini digunakan oleh pengguna Mac OS X. Jika benar boleh dikatakan bahawa GQS adalah pembunuh Quicksilver. Walaupun kini GQS tidak lagi sampai ditahap boleh menggantikan Quicksilver diatas kekangan yang paling besar, kurangnya plugin. Tetapi Google mempercayai bahawa kemampuan GQS berbanding Quicksilver mampu untuk mengantikannya. Dan K juga mengatakan bahawa GQS akan popular kerana ianya adalah produk Google. Sama seperti Chrome.

Kesimpulan
Apple sedikit sebanyak telah diiktiraf sebagai salah satu daripada pemain utama yang berada hampir dengan kedudukan Windows. Mungkin Linux juga telah diiktiraf tetapi kerana beberapa kekangan menyebabkan serangan virus terhadap Linux kurang diambil perhatian. K lebih suka untuk melihat perihal ini dalam jangka masa panjang kerana cara penggunaan komputer berubah dan kini kanak-kanak lebih mahir daripada beberapa tahun lalu. Setakat ini, kes ditangguhkan.

Rujukan
Arnold, K. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Mac OS X Snow Leopard Does Require Intel Processors. Hiper-rangkai: www.macrumors.com
Gary, M. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Google Quick Search Box vs Quicksilver. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Jacqui, C. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Report: kids' use of tech growing exponentially. Hiper-rangkai: arstechnica.com
Patrick, G. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Google adds Quick Search Box for Mac. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Pob. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. More Mac OS X malware discovered. Hiper-rangkai: www.sophos.com
Rob, E. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Apple WWDC: How to take on Windows 7. Hiper-rangkai: www.tgdaily.com
Tim, S. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Snow Leopard officially puts PowerPC Macs on endangered species list. Hiper-rangkai: www.engadget.com

2 ulasan:

MK berkata...

Apa fungsi GQS/Quicksilver ni eh? Aku guna Everything je dalam Windows :P

TMUkmkd berkata...

pernah guna.... launcher tak? K tak pernah guna everything. kalau launcher pun macam tu gak.. emm kalau ubuntu neh guna gnome-do :D

semua mempunyai sebahagian fungsi yang sama..