Khamis, 27 November 2008

Majalah PC, Q&A, Disember 2008

ini adalah kali kedua K buat re-review tentang persoalan dan pertanyaan yang terdapat didalam Majalah PC keluaran Karangkraf. K just nak kongsi je apa yang K tahu, kalau salah boleh betulkan :)

buat kali ini, K sekali lagi membuat bahagian Q&A. dan ini yang teradapat didalam kolum tersebut
Trojan & Windows Media Classic
Masalah WGA Windows XP
Papan Induk
Membuang Virus daripada Pemacu USB

mungkin mereka kekurangan tempat untuk menulis jawapan untuk soalan itu, tak pe la.. K pikir +ve.

soalan pertama
- PC tersekat ketika menggunakan internet, ada antivirus (AV) yang kata ada trojan dalam PC dia. tapi tak pun jumpa walaupun dah scan banyak kali, adakah itu masalah windows ataupun virus?
- ada tak software Windows Media Classic

jawapan pertama
dia mengatakan bahawa PC dia "hang" ketika menggunakan internet. oleh itu ada beberapa perkara harus diambil kira sebelum dikatakan itu masalah siapa, Virus atau System.
  • apakah spesifikasi system PC dia. (processor, RAM dan sebagainya)
  • apakah jenis browser yang digunakan
  • apakah jenis AV yang digunakan
  • AV apa yang mengatakan system anda bermasalah? (jika menggunakan lebih daripada satu AV)
jika semua disitu lengkap, maka boleh dibuat andaian. tetapi kerana tidak terdapat sebarang panduan, maka akan dianggap sebagai 2 kes.

kes pertama - spesifikasi sistem yang tidak mencukupi
kadang kala browser akan menggunakan sejumlah RAM yang banyak lebih lagi jika mempunya plugin atau pun cookies yang banyak. maka itu tingkatkan keupayaan sistem anda dengan menambah RAM, mahupun membersihkan sistem anda daripada junk file. rujuk AMBNaC - CCleaner: Crap Cleaner. software ini freeware dan ringan.

kes kedua - malware infection
secara lazimnya tidak banyak AV yang boleh membersihkan dengan baik trojan dan spyware. oleh itu anda digalakkan menggunakan software yang khas untuk membersihkan trojan dan spyware selain virus dan worm, seperti Malwarebytes' (percuma untuk mencuba - K recomended), Spyware Search & Destroy (freeware), Ad-Aware (percuma untuk mencuba). lakukan scan didalam save mode dan bersihkan jika terdapat sebarang detection.


dia juga ada mengatakan bahawa adakah terdapat satu software yang dinamakan sebagai Windows Media Classic (WMC), dan jawapan yang diberikan benar, ada. tetapi K tidak mengsyorkan menggunakan WMC tetapi menggunakan Media Player Classic (MPC) yang terkandung sekali didalam K-Lite Codec Pack ataupun K-Lite Mega Codec Pack. bahkan itu lebih baik, kerana freeware.


soalan kedua
- ada masalah dengan Windows (
) XP SP2 yang ada tulis, ask for genuine Microsoft () software ataupun gambarnya seperti dibawah


jawapan kedua
pihak Majalah PC melakukan satu tindakkan yang akan membuatkan diri mereka disaman oleh
. kerana jawapannya adalah; masalah itu kerana anda membuat update WGA (KB905474) dan akan membuatkan (gambar diatas) muncul. dan kadang kala boleh mematikan PC. cara yang boleh dilakukan adalah menggunakan RemoveWGA 1.2 daripada sekian2 site.

jawapan yang K leh bagi adalah, tahniah.. sebentar lagi jika pihak

membaca buku tersebut mereka boleh memfailkan saman kepada anda

kerana WGA berfungsi sebagai satu serangan kepada semua pengguna software Microsoft yang cetak rompak. tidak dinafikan bahawa ada beberapa kes yang mana WGA ini tersilap pandang tetapi setelah dibaik pulih sistem itu, kini anda boleh mengatakan bahawa kes tersilap itu adalah terlalu sedikit. jika anda pengguna
membaca perkara ini, mereka boleh menyaman anda, kerana membantu cetak rompak di Malaysia. so, sila2 la buat awal2 tabung ehsan Majalah PC :)

bagi pengguna yang original tetapi mempunyai masalah itu sila kunjungi ke site Microsoft Forum. mereka disana sedia membantu menyelesaikan masalah anda. kerana menggunakan RemoveWGA itu adalah salah dan dianggap sebagai hacking tool.

jika anda mempunyai masalah ini sepatutnya anda menghubungi pihak
untuk pembelian original. itu jika anda tidak menggunakan yang original.

persoalan saya satu sahaja. anda menggunakan sistem perisian yang original atau tidak? jika ya, anda tidak perlu risau. saya sendiri tidak pernah menghadapai masalah ini.


soalan ketiga - Papan Induk
- persoalan tentang Motherboard Foxconn Mars, sama ada boleh menggunakan ATI Crossfire.
- processor Intel () Core 2 Extreme di Malaysia dan berapa harganya

jawapan ketiga
K tidak akan menjawab persoalan ini kerana K bukan ahlinya dan K tidak pula melihat sebarang masalah tentang permasalahan itu


Soalan keempat
- dia menggunakan Kaspersky (), dan AV tersebut detect bahawa ada virus didalam tumbdrive-nya dan bagaimana untuk membuangnya?

Jawapan keempat
fuh.. antivirus yang paling "bermasalah" di untuk menyebut namanya. Kas-Per-Sky @ Kas-Per-Ski.. walhal didalam bahasa Russia, Kuh-Sperskee. kelakar bila ada orang mengatakan dia orang hebat apa bila mengatakan orang lain yang mengatakan Kas-Per-Sky itu orang ketinggalan zaman, tetapi dia sendiri berkata Kas-Per-Ski.... mungkin dia lebih hebat dari orang Russia sendiri. Kaspersky Pronunciation download.

dah dah dah abaikan pasal tu.. kalau nak cerita.. sama je la dengan Skype, Adobe, McAfee dan Linux.

jawapan diberikan oleh Majalah PC adalah download AV untuk USB seperti USBVirus dan Clamwin Portable. persoalannya, kenapa diberikan AV yang baru? walhal dikatakan bahawa itu telah berjaya detect virus tersebut.. mengapa perlu untuk download satu lagi AV?

K mengatakan bahawa tidak perlu mendownload pelbagai aplikasi "tambahan" sebegitu tetapi anda hanya perlu menekan butang "disinfect". tetapi selalunya akan auto delete untuk sebarang virus yang dijumpai, so jika ditulis telah didelete, maka anda tidak perlu untuk menekan apa2 butang kerana virus tersebut telahpun dibuang dengan selamat.


konklusi
so diharapkan dengan penjelasan tak la sehebat mana pun ini dapat menerangkan kepada orang yang tidak tahu dalam perkara ini

kronologi
Majalah PC, Q&A, November 2008

bersangga hujah
Wikipedia - Windows Genuine Advantage
Microsoft - Genuine Microsoft Software
Microsoft - Genuine Microsft Advantage Notification
Microsoft - Frequently Asked Question
KasperskyClub - How to pronounce Kaspersky
KasperskyAntiVirusUserPartnerForum - How To Pronounce Kaspersky
MysteryZillion - How To Pronounce Kaspersky
PCReview - Kaspersky Pronounce



update: mehacomp_91 memberi tahu tentang masalah beberapa ayat didalam post ini. dan telah diperbetulkan - 27112008 H2106
update:
mehacomp_91 sebagai esisten K memberi tahu ada lagi silap eja (klako tol aku ni) - 28112008 H2014

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehe aq tgk ko punya review lebih hebat dari majalah pc,aq mmg dah bosan nak tanya kat sana sbb jawapannya x setimpal dgn apa yg aq dapat hehe.Malah bila aq cari di internet lebih bgus dari dorang punyer

Syalily berkata...

sebab tu aku try nak bagi jawapan yang lebih baik. sebab orang yang tunggu tu perlu tunggu paling kurang sebulan.. sian diorang. aku just kongsi apa aku tau je..