Selasa, 11 November 2008

Phoenix : Penjelajah Mars



ID: Phoenix
Sasaran Tugasan: Utara Marikh
Tempoh Tugasan: 25 Mei 2008 - 25 August 2008 (Extended until November 2008)
Kehendak Tugasan: menganalisa struktur tanah planet Marikh untuk mengetahui sama ada planet ini sesuai untuk kehidupan mikrob atau tidak.



............................................................................

<Warning Low Battery>
<Connection Online>


"hello"
setelah 5 bulan di Marikh, minggu ini akhirnya perkara ini terjadi, musim sejuk di Marikh telah tiba dan kerana ini misi Pheonix dikatakan sebagai "tamat" kerana musim sejuk, seperti di bumi, tiada cahaya matahari yang mencukupi untuk Phoenix "hidup" dan lebih teruk lagi, cuaca sedingin -128C akan memusnahkan pek baterinya lantas membungkus "mayat" Phoenix didalam ais kering, kerana pada suhu ini semua Karbon Dioksida di bahagian yang mengalami musim sejuk di Marikh akan membeku dan menjadi ais kering.



jangan anda menunggu saya kembali pada musim bunga akan datang
kerana musim bunga akan datang amat lama.. saya hanya boleh kembali pada 13 Mei 2010, tetapi disebabkan pek bateri saya telah pun rosak kerana disimpan didalam ais selama 2 tahun, saya mungkin tidak akan dapat memberi "hello" lagi kepada bumi dan anda

nikmatilah segala usaha saya
gambar yang saya tangkap untuk anda, sample yang saya kaji untuk anda dan segala saya buat untuk anda.

semoga perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan yang lain walau daripada mana pun mereka berasal, kami semua tetap didalam satu tujuan.

jika saya kembali
ucapkanlah "hello" kembali kepada saya ya, jangan lupa ya.

ok, masa semakin suntuk..

<warning very low battery>

bumi ....... anda ....... selamat ......... semua ........................

01010100 01110010 01101001 01110101 01101101 01110000 01101000
.......................................................................................

<connection terminated>





siaran tertunda ini ditaja oleh
CNETNews : Mars Phoenix Lander completes its mission
TGDaily : NASA ends impressive Phoenix Mars mission
Gizmodo : This is My Farewell Transmission From Mars

Tiada ulasan: