Sabtu, 13 September 2008

Open With....

abstrak
open with sebenarnya adalah untuk Windows (
) memberi "peluang kedua" kepada user sendiri memilih bagaimana sesuatu itu perlu dibuka. kerana tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut.

open with terjadi pada drive.
pernah anda mengalami keadaan seperti ini?

gambar 1

acapkali mungkin. mengapa terjadi sedemikian? ada yang mengatakan, fuh itu virus. format je la. ada pulak mengatakan, guna la sekian-sekian antivirus, removal dan sebagainya. tetapi. benda dah berlaku, apa boleh buat. takkan nak format? fuh mudah mengatakan "format". tetapi bukan mudah melaksanakannya.

so apa boleh buat?
emm ada beberapa cara untuk memperbaiki perkara ini. tetapi elok kita selidik dahulu mengapa dan kenapa perkara ini berlaku. pelikkan? tak. kalau kita tidak tahu sure pelik, tapi kalau tahu, senang je.

konsep autorun didalam
.
sebenarnya tugas autorun adalah untuk memudahkan pengguna, tidak perlu masuk kedalam my computer dan sebagainya. so bagaimana autorun ini membantu? pengguna hanya perlu menunggu sahaja windows menggunakan kepandaiannya dalam memilih program apa yang sesuai dengan anda. tetapi.. ada masalahnya

masalah berbangkit dengan penggunaan autorun
kebanyakkan script sekarang amat suka menggunakan autorun sebagai agent pertama yang pergi ke sistem anda. serupa spy la. masuk jajahan anda. dan line clear, virus pun masuk berduyun-duyun. kenapa terjadi demikian?

gambar 2 (berbeza kepada setiap kes)

script di gambar 2 menerangkan segala-galanya. tentang apa yang berlaku. bagi contoh diatas, autorun tersebut "disuruh/diarahkan" menjalankan fail virus tersebut. password_viewer.exe, itu adalah fail virus tersebut. jadi semasa windows mula menjalankan program autorun, script ini terus menjalankan fail virus tersebut. yang menjadi mangsa disini adalah pengguna. kerana pengguna tidak mengetahui bahawa virus telahpun masuk didalam sistem mereka.

Bagaimana untuk membetulkan perkara ini?
terdapat 3 cara yang K tahu. berdasarkan pembacaan dan experiment sendiri, tetapi hanya 2 akan ditunjukkan. kerana 1 lagi menggunakan command prompt (CDM). dan agak sukar untuk yang mahu mempelajari dari bawah. so kita guna 2 benda yang senang je dulu.
  1. menggunakan flash disinfector
  2. menggunakan chkdsk
  3. ** untuk yang mahu mempelajari menggunakan CDM, Rakan saya boleh mengajar anda di My Buddy : GoCoders - how2.0 fixing double click problems in your drive **
menggunakan flash disinfector
cara ini adalah yang paling mudah, senang dan user friendly kerana tidak memerlukan kehebatan mahupun sedikit ilmu tentang komputer.
  • download flash disinfector --> [tekan sini untuk download]
  • double klik pada icon flash_disinfector.exe
  • seharusnya paparan ini akan keluar. tekan butang "ok" untuk teruskan
  • mungkin, atau mesti. screen anda akan kelihatan blank (kosong) untuk sementara waktu. selepas habis, program akan mengeluarkan dialog yang menyatakan sudah siap
  • cuba masuk kembali dalam drive anda, insyaAllah sudah boleh
  • tahniah anda baru sahaja membaiki drive anda sendiri tanpa format
mengunakan chkdsk (gui version)
sementara meneruskan cara ini, hendak diterangkan dahulu apa itu chkdsk mahupun gui. chkdsk itu adalah "check disk". program yang dibangunkan oleh microsoft sendiri untuk check sama ada drive anda ada masalah dengan system file. dan gui adalah, graphical user interface. mengapa gui? kerana K ada satu lagi solution yang melibatkan command prompt (cmd). so, jika dah faham apa itu chkdsk dan gui, kita ke stage seterusnya.
  • masuk drive bermasalah itu melalui address.
  • masuk folder option melalui, tools/folder option
  • buka tab "view" dan scroll hingga ke bahagian yang ditunjukkan tersebut
  • tukar bahagian "hidden files and folders" daripada status "do not show hidden files and folders" kepada "show hidden files and folders"
  • tukar status "hide protected operating system files (recommended) dari "tick" kepada "untick" dan process ini akan berlaku
  • tekan butan "ok" untuk menutup display tersebut
  • cari satu fail yang berlogo seperti yang ditunjukkan yang bernama "autorun" (selalunya ditulis setup information) kerana dia berextension *.inf, delete fail tersebut dengan bangga dan katakan didalam hati, "aku jumpa kau!!". tapi jangan riak, tak baik woooo~ :)
  • ok now, keluar balik ke my computer, right click pada drive tu dan ambil properties.
  • selepas properties dibuka, buka tab tools, dan tekan pada butang check-now pada bahagian error-checking.
  • tick pada bahagian "Automatically fix file system errors". mengapa perlu mengambil part ini? kerana autorun tersebut telah pun melakukan penukaran didalam system file drive anda. oleh sebab itu, system file untuk driver tersebut perlu dibetulkan kembali.
  • so, tekan ok.......... abis dah ke? ok, tekan je butang "ok" untuk tamatkan process itu.
  • cuba masuk kembali ke drive tersebut. ok tak? huhuhu.
  • anda telah sekali lagi berjaya membaiki drive anda tanpa format
kemungkinan yang berlaku sepanjang tutorial ini.
anda tidak menjumpai folder option
anda tidak dapat mengeluarkan hidden folder
dan lain lain yang tidak akan mengeluarkan ".... has been disable by administrator"

untuk itu anda dgalakkan untuk meneruskan perjalanan tutorial anda ke
my buddy : SukiPrettle - show hidden files and task manager
semoga "mereka" dapat menamatkan kerunsingan anda tersebut.

konklusi
kenapa perlu 2 cara? bukankah cara pertama lebih senang? mesti ada yang terfikir begitu. jika mereka memikir. sebenarnya didalam dunia ini ada banyak cara untuk menuju ke tujuan yang sebenar. selagi tidak menyimpang daripada tujuan asal. so, ni baru 2 cara. mungkin diluar sana mempunyai lebih banyak cara. so, belajar banyak cara tidak salah. tetapi tidak belajar mahupun 1 cara itu yang salah. kerana situasi yang berlainan akan mempengaruhi cara yang digunakan.

Source
ini juga adalah pengolahan semula daripada blog K yang asal. [klik sini untuk melawat]. dan K tambahkan lebih penerangan daripada yang lepas. dan akan menambahkan lagi cara-cara yang lain. dan doakan semoga K berjaya dalam misi blog ini.

semoga memberi sedikit ilmu kepada semua.

Tiada ulasan: